SEJARAH


     Sekolah Kebangsaan Sepri diasaskan pada 15.11.1910 bersamaan hari Selasa dengan nama Sekolah Melayu Sepri .
Walau bagaimanapun pada 10.10.1914 bangunan sekolah runtuh dan nazir-nazir Negeri Sembilan terpaksa menutup sekolah ini hampir sebulan sebelum ianya dibuka semula pada 2.11.1914. Bangunan baru mula digunakan pada 20 Disember 1914. 76 orang kanak-kanak lelaki telah didaftarkan bersama 4 orang guru. Kanak-kanak perempuan mula belajar pada akhir tahun 1920-an.   

Md kasim, Mohd Noh Shawal, Abd Hamid Ibrahim dan Mohd Sa’id Hj Hassan adalah guru-guru perintis sekolah ini.Sek Keb Ulu Sepri ditutup secara rasminya pada 10.01.1960 untuk murid tahap 2 dan 01.02.1972 untuk murid tahap 1. Murid- murid diarahkan berpindah ke Sek. Keb Sepri. Jawatankuasa Lembaga Pengurus Sekolah ditubuhkan pada 01.09.1942 manakala Persatuan Ibu Bapa dan Guru pada Februari 1974.

Pada 29.01.1942 sekolah ditadbir oleh kerajaan Jepun dan dijadikan tempat pengumpulan padi daripada penduduk tempatan.

Sewaktu pemerintahan Jepun, cara pengajaran dan pembelajaran Jepun terhadap sekolah ini lebih berbentuk kekerasan.

Semenjak ditubuhkan 25 orang Guru Besar telah mentadbir sekolah ini. Sekolah Kebangsaan Sepri kini ditadbir oleh En. Ramlan bin Hj.Ramly


Template by - Abdul Munir - 2010