Wednesday, 29 February 2012

Kem Bestari Solat 1 ~ tahun 1 & 2





KEM BESTARI SOLAT 1
TAHUN 1 & 2

TARIKH: 29 FEB 2012
MASA: 1.50 PTG- 5.30 PTG
TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN SEPRI

FASILITATOR:
  1. USTAZ MOHD RAFAI
  2. USTAZAH NUROL AMIRAH
  3. USTAZAH NOORAZLINA
  4. USTAZAH MASITA
  5. USTAZAH JAZIMAH

TEKNIK BERFIKIR= MAJU DIRI

KENAPA

BERFIKIR, RISAU & KHAYAL adalah proses-proses mental yang seakan-akan sama. Bezanya hanyalah dari segi tujuan dan hasilnya saja.


SISTEM PEMIKIRAN SAINTIFIK:
  1. BAGAIMANA KINI?
  2. BAGAIMANA DULU?
  3. SEPATUTNYA?
  4. JADI APA DIA?
  5. APA YANG PERLU DIBUAT?
  6. APA YANG AKU BUAT SEBENARNYA?
  7. KENAPA?


* Untuk memotivasikan diri....


Monday, 27 February 2012

Keputusan UPKK 2011 di umumkan...


TAHNIAH
diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya dalam peperiksaan UPKK 2011


8A: 6 ORANG
  1. AZRUL NAJWAN B AZIZAN
  2. MOHD NAJMIN QUSYAIRY B MOHD HANIM
  3. MUNAWWIRAH BT MOHD NOR
  4. NUR HANIS HIDAYAH BT AZLY
  5. SITI NUR SAKINAH BT MOHD FAUZI
  6. WAN NUR HAYATI BT WAN ROSLAN


#YANG TIDAK BERJAYA JANGAN BERSEDIH, TERUSKAN PERJUANGAN DALAM UPSR NANTI..ANDA BOLEH BERJAYA JIKA MAHU BERJAYA.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PPD REMBAU








..diadakan di SMSains Rembau..
dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan..
sekolah kita dapat anugerah audit kewangan tanpa teguran..tahniah

Sunday, 26 February 2012

bersatu teguh, bercerai roboh..



setiap dari kita sebenarnya tidak dapat hidup sendiri walaupun kita selalu perasan yang kita adalah sangat serba boleh
dalam segala hal..namun tanpa kita sedar sebenarnya kita tidak dapat melakukan kerja dengan sendiri tanpa bantuan dari orang lain..kita hanya manusia biasa, yang dikurniakan Allah dengan pelbagai kebolehan atau "multiple intelligence" namun, bukan semua orang memiliki kesemua multiple intelligence tersebut..

di sini saya nyatakan apa dia multiple intelligence ye cikgu-cikgi sekalian


Konsep kecerdasan pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada 1983. Terdapat sembilan kecerdasan utama yang dicadangkan oleh beliau.

oleh yang demikian jika kita hendak melaksanakan sesuatu perkara atau sesuatu aktiviti atau sesuatu rancangan di sekolah, kita memerlukan kerjasama daripada semua pihak kerana setiap dari kita mempunyai kepandaian yang pelbagai..setiap daripada akan dapat menyumbangkan sedikit idea, tenaga agar apa yang kita kerjakan menjadi sempurna..kita tidak dapat untuk bersandar atau mengharapkan hnya satu pihak sedangkan sebenarnya setiap dari kita sebenarnya mampu untuk menyumbangkan sesuatu..jadi amat tepat jika kita kaitkan amalan kerja berpasukan dengan "teori kecerdasan pelbagai" atau multiple intelligence kerana kita memiliki kelebihan kita sendiri dan seterusnya kita dapat menyumbang sesuatu yang berguna untuk sekolah kita..

kesimpulannya, amalan kerja berpasukan amatlah penting dalam sesebuah organisasi khususnya sekolah kerana kita ingin melahirkan sekolah yang cemerlang, bukan hanya dari aspek akademik malah aspek sahsiah juga..

...kerana, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh..

sekian, terima kasih..

AMALAN HIDUP YANG SIHAT


Umat manusia diciptakan dengan memiliki kelebihan tersendiri berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain kerana ianya dibekalkan dengan akal fikiran dan anggota badan yang sempurna. Kerana kelebihan itulah, menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia untuk menjaga akal fikiran dan anggota badan dengan sebaik mungkin dengan mengamalkan cara hidup yang sihat serta mengelak diri dari melakukan perkara yang memudaratkan.

Antara perkara-perkara yang ditegah dan diharamkan oleh Allah SWT terhadap hambanya ialah seperti melakukan perkara yang boleh merosakkan diri, harta benda, kesihatan, kekayaan dan hubungan sesama manusia. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah Ayat 195 yang bermaksud:

Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya”.

Membudayakan gaya hidup sihat berkait rapat dengan kesihatan jasmani dan rohani. Gabungan kesihatan fizikal dan kerohanian akan menentukan prestasi pekerjaan dan tempoh hayat seseorang. Dengan demikian, kesihatan menjadi harta yang amat bernilai dalam kehidupan seseorang. Faktor pemakanan yang berlebihan atau kandungannya yang tidak seimbang sering menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, penyakit buah pinggang, kanser dan sebagainya.

Untuk mengawal keadaan ini ke arah mengekalkan prestasi kesihatan yang lebih baik, maka Islam menggalakkan umatnya bersederhana dalam pengambilan makanan dan minuman. Mengikut pakar perubatan kita digalakkan mengambil banyak sayur sayuran dan buah buahan dan mengelak daripada makanan yang berkolesterol serta lemak yang tinggi. Kita juga perlu memberi perhatian kepada pengambilan gula agar ianya tidak berlebihan dengan memilih makanan dan minuman yang kurang manis.

Selain pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya supaya mengamalkan aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian dengan Islam. Ini bertepatan dengan saranan Saidina Umar RA yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani dengan katanya yang bermaksud:

Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda.

Seruan ini adalah jelas bahawa Islam meletakkan kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas dan bertepatan dengan pepatah Melayu yang menyebut: Minda Yang Cerdas Bermula Dari Badan Yang Sihat.”

Gaya hidup sihat dalam Islam juga dapat diperolehi dengan melakukan ibadah-ibadah khusus seperti berwudhuk, bersolat, berpuasa dan sebagainya. Orang Islam digalakkan bersuci dengan berwudhuk dan membersihkan badan. Berwudhuk boleh menghilangkan jangkitan kuman dan habuk-habuk daripada terus melekat di badan atau di dalam rongga-rongga. Sesungguhnya amalan berwudhuk lima kali sehari ini selari dengan tuntutan ilmu kesihatan.

Namun persoalan besar timbul pada hari ini ialah ramai daripada umat Islam tidak mengambil berat dan mengabaikan apa yang dituntut oleh Islam tentang menjaga kesihatan diri. Ada juga dari kalangan kita yang melakukan perkara-perkara yang ditegah serta diharamkan dalam Islam sehingga menyebabkan boleh merosakan diri sendiri, harta benda dan hubungan sesama manusia. Mereka ini terlibat dalam pengambilan perkara-perkara yang memudaratkan dan haram seperti mengambil minuman beralkohol, meminum arak dan pengambilan dadah. Perkara yang memudaratkan ini sebenarnya memberi kesan kepada kehidupan terutama kepada tubuh badan dan akal fikiran. Rasulullah SAW telah berpesan pada seorang sahabat, Abu Musa al-Asy’ari yang telah bertanyakan kepada Baginda SAW tentang hukum minuman memabukkan yang berasal daripada madu yang diperap, dan minuman memabukkan yang diperah daripada bijirin. Jawab Baginda SAW dengan ringkas yang bermaksud:

Setiap yang memabukkan itu adalah haram

(Hadith Riwayat Muslim)

Sebenarnya persoalan dadah sehingga ke hari ini tiada kesudahannya dan ianya masih menjadi bebanan atau liabiliti kepada negara. Banyak wang negara terpaksa diperuntukkan untuk membasmi gejala ini. Sebagai contohnya melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan, pihak Kerajaan telah menubuhkan Pusat Pemulihan Penagih dadah dan yang terbaru dengan Klinik Pulih dan Prihatin 1Malaysia. Kesemuanya ini atas dasar keperihatinan dan rasa tangggungjawab pihak Kerajaan bagi membasmi gejala ini serta memulihkan mereka yang terjebak agar kembali kepada gaya hidup yang sihat....


Tuesday, 21 February 2012

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 2012


~SEDANG MENYEMAK BUKU PROGRAM~


TAHNIAH PUAN ROSIDAH~BENDAHARI PIBG SKS 2012


AJK MAKANAN SEDANG MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK VIP


~SENYUMAN GPK-GPK SKS~


BARISAN IBU BAPA / PENJAGA YANG HADIR


SESI PELANTIKAN AJK BARU BAGI SESI 2012-2013


PEN.SETIAUSAHA YANG SIBUK MENGURUSKAN PERJALANAN MESYUARAT PIBG BERJALAN DENGAN LANCAR~TAHNIAH CIKGU REEN



BUAH TANGAN BUAT Y.B TUAN ZAIFULBAHRI~TERIMA KASIH


WAKIL PENJAGA YANG MENERIMA DUIT SUMBANGAN KECEMERLANGAN UPSR 2011


SUMBANGAN DARIPADA DATOK ABDULLAH KEPADA PELAJAR YANG MENDAPAT 5A DALAM UPSR 2011 (7 ORANG)


UCAPAN Y.B.TUAN ZAIFULBAHRI B IDRIS ~ADUN CHEMBONG


UCAPAN GURU BESAR




HADIAH UNTUK AJK PIBG 2011-2012


BARISAN AJK PENDAFTARAN MESYUARAT PIBG KALI INI...


Sunday, 19 February 2012

10 perkara.......

Friday, 17 February 2012

sambutan maulidur rasul peringkat sekolah 1433 H





Thursday, 16 February 2012

Gosok GIGI





Wednesday, 15 February 2012

Warga SK Sepri 2012

u


WARGA SK SEPRI 2012

Tiada: Cikgu Haswani,Cikgu Faizal & Cikgu Harlini.
nanti masuk kemudian...jangan sedih :)






Monday, 13 February 2012

Penyerahan Wang KWAPM


Penyampaian Sijil Bola Jaring~KETIGA


Template by - Abdul Munir - 2010