Friday, 29 April 2011

TERIMA KASIH SEPRI

SALAM PERPISAHAN

Guru Besar bertukar ganti,
Dari Mashitah sampai Ramlan,
Lepas ni ntah siapalah lagi,
Yang penting jiwa sepadan.

Saya seronok bekerja di Sepri,
Kerana keakraban kawan sejati,
Susah nak dapat sehebat ini,
Pasukan kuat menjamin kualiti.

Pernah menjadi Guru Besar,
Tapi hanya sebagai pengganti,
Beban dipikul terlalu besar,
Alhamdulillah.. menang Piala Menteri.

Terima kasih kerana memahami,
Masalah yang sedang saya hadapi,
Tak terkata ucapan di hati,
Hanya Tuhan yang mengetahui.

Semua kenangan saya simpan,
Buat bekal di masa hadapan,
Jadikan pengajaran timba pengalaman,
Doakan saya dalam kesejahteraan.

Murid-murid cikgu sayang,
Jaga diri jaga personaliti,
Wajah kalian tetap terbayang,
Ada yang manja ada yang misteri.

Terima kasih kerana mengerti,
Ada juga yang simpati,
Semua ini tuah dan rezeki,
Ada rahmat yang menanti.

Kawan lama kawan seangkatan,
Sudah ramai berangkat pergi,
Masing-masing ada jawatan,
Kini saya harus pergi.

Rasa bangga mengajar di Sepri,
Kerana Sepri kampung sendiri,
Semangat berkobar menanti realiti,
Segalanya kini ada di Sepri.

Tempat jatuh lagi dikenang.
Inikan pula tempat bermain,
Apa lagi hendak dikenang,
Perpisahan ini bukan main-main.

Tinggal kenangan Saleem nyanyikan,
Lirik bermakna untuk dihayati,
Mohon ampun atas kesilapan,
Hujung rambut ke hujung kaki.

Terima kasih Sepri,
Saya mohon undur diri,
Selamat tinggal Sepri,
Panjang umur jumpa lagi.


oleh : Plah, SK.Sepri(1 Dis 1993 - 15 April 2011)

Selamat Tinggal Cikgu Abdullah Harun

CIKGU ABDULLAH MULA BERKHIDMAT DI SK SEPRI DARI TAHUN 1993 -2011(18 TAHUN)
JASA DAN SEGALA KHIDMAT BAKTIMU AKAN DIKENANG SAMPAI BILA-BILA

SELAMAT TINGGAL CIKGU..HUHUHU..SEDIHNYE :(
SUMBANGAN DARIPADA BAKEWS SK SEPRI
& GBS hehehe

TERIMA KASIH CIKGU....
UCAPAN DARI PELAJAR SK SEPRI BUAT CIKGU ABDULLAH

CIKGU YAZID MENYANYIKAN LAGU
ISTIMEWA BUAT CIKGU ABDULLAH

SUMBANGAN DARIPADA PIBG SK SEPRI
SUMBANGAN DARIPADA PIHAK SEKOLAH

TERIMA KASIH CIKGU ABDULLAH
SEMOGA DAPAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN BAIK DI SEKOLAH BARU
SEMOGA SIHAT DAN CEPAT SEMBUH

Mesyuarat Guru Cemerlang Daerah Rembau

Pada hari Rabu 27 April,
Mesyuarat Guru-Guru Cemerlang telah diadakan
di Makmal Komputer SK Sepri.
Bermula jam 2.30 hingga 4.30 petang.



Saturday, 23 April 2011

TUAN RUMAH...


TERIMA KASIH KEPADA EN MOHD FAIRUZ & ISTERI KERANA MELATIH DN MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA PASUKAN KOIR SK SEPRI..(dapat no.3)


SEMOGA BERJAYA
KEPADA PESERTA-PESERTA PERTANDINGAN PESTA MUZIK SK SEPRI~
BUAT HABIS BAIK OK!!!

KBS BERMULA.....


KEM BESTARI SOLAT 1
~TAHUN 1, 2 & 3~

PERLAKUAN SOLATAMALI WUDUKLITERASI AL-QURAN
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA SEMUA YANG HADIR
KEHADIRAN : 95%

Friday, 22 April 2011

KEM BESTARI SOLAT 1 /TAHAP 1

KEM BESTARI SOLAT 1
BAGI TAHAP 1 (TAHUN 1, 2 & 3)
TARIKH: 23 APRIL 2011
HARI : SABTU
MASA: 8.00 PG - 2.00 PTG
TEMPAT: SK SEPRI
~KEHADIRAN ADALAH WAJIB~

*SILA BAWA:
  1. PAKAIAN SOLAT (TELEKUNG SOLAT)
  2. ALAT TULIS
  3. BUKU TULIS DAN BUKU KEM BESTARI SOLAT
  4. AL-QURAN / IQRA'

Thursday, 21 April 2011

Kejohanan Bola Jaring MSSDR 2011



TAHNIAH DAN SYABAS BUAT PEMAIN BOLA JARING SKS , JURU LATIH DAN PENGURUS PASUKAN
KEPUTUSAN: NO 3
3 ORANG PELAJAR SKS TELAH TERPILIH MEWAKILI DAERAH REMBAU KE KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT NEGERI SEMBILAN.
  1. SITI NUR SYAFINAZ BT MD RAPI
  2. IZZA NURAZZUA BT ISHAK
  3. NURUL FARAH FATIN BT ABD RAZAK
TAHNIAH!!!

Tuesday, 19 April 2011

Pertandingan Catur MSS Daerah Rembau 2011



ALHAMDULILLAH, ESOK SAMBUNG LAGI..


**Gambar: En Azizan Awaludin (YDP PIBG SKS)~TQ

PERLAWANAN ESOK...SEMOGA BERJAYA..

BOWLING
CATUR
BOLA SEPAK
BOLA JARING

~DOAKAN KAMI SEMUA BERJAYA, SEMOGA KAMI DAPAT MEMBAWA KEJAYAAN UNTUK MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH KITA~
***SKS BOLEH***

Monday, 18 April 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN




PASUKAN BOLA JARING SK SEPRI VS SK ASTANA RAJA
PERLAWANAN PERSAHABATAN JE...HEHEHE

Penyampai Hadiah dan Sijil

KARNIVAL BAHASA INGGERIS
PERKHEMAHAN PENGAKAP

Friday, 15 April 2011

LATIHAN KOIR




TERIMA KASIH EN.MOHD FAIRUZ
KERANA SUDI MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA PASUKAN KOIR SKS..
~SEMOGA BERJAYA NANTI~

Majlis perpisahan GPK 1 bersama Murid SKS

TERIMA KASIH CIKGU.......


PUAN MULIANA PUN ADA HADIAH UNTUK PN NORIZAH..
SUMBANGAN DARIPADA PIBG SK SEPRI
SUMBANGAN DARIPADA SK SEPRI

SUMBANGAN DARIPADA GURU-GURU KAP SKS
KENANGAN BERSAMA K.NORIZAH...

Jamuan Perpisahan ..TQ Pn Norizah





TERIMA KASIH CIKGU
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI GURU BESAR

Template by - Abdul Munir - 2010