Saturday, 31 December 2011

TAHUN BARU 2012


Friday, 30 December 2011

SBPA

KESIBUKKAN PN. FAZLIYATUN MENYIAPKAN
SURAT TAWARAN SBPA KAKITANGAN SK SEPRI.

LIYA: JULING-JULING MATO DEN MENYEMAK GAJI ORANG NI KAK OOIII...

PENDAFTARAN TAHUN 1/2012






Thursday, 29 December 2011

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1/2012

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 BAGI SESI 2012

TARIKH: 30 .12.2011
HARI: JUMAAT
MASA: 8.30 PG
TEMPAT: KELAS TAHUN 1


*
dengar tahun ni tahun 1 tak ramai yg daftar (25 orang je)...

HARI INI DALAM SEJARAH


KEGAGALAN RUNDINGAN BALING 29 DISEMBER 1955



Pada hari ini dalam tahun 1955, Rundingan Baling telah berakhir dengan tanpa mencapai kejayaan. Rundingan yang berlangsung di antara pihak kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM) ini bertujuan untuk menamatkan darurat Pertemuan bersejarah ini telah berlangsung di dalam empat sesi selama dua hari, bertempat di sekolah Kerajaan Baling, Kedah. Pihak kerajaan diwakili oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Singapura, Encik David Marshall serta Dato' Sir Tan Cheng Lock. Manakala PKM diwakili oleh Chin Peng selaku Setiausaha Agung PKM, bersama dengan Chen Tian dan Abdul Rashid Maidin. Dalam rundingan itu Tunku Abdul Rahman telah menerangkan syarat-syarat berkaitan pengampunan beramai-ramai dan pergolakan politik negara. Beliau meyakinkan PKM bahawa Persekutuan Tanah Melayu sedang menuju ke arah mencapai kemerdekaan dan menyeru PKM agar menghentikan keganasan. Sesungguhnya, Rundingan yang diadakan ini merupakan kemuncak usaha kerajaan dalam mengatasi pemberontakan bersenjata komunis. Kegagalan rundingan ini ialah kerana permohonan PKM agar mereka diberikan pengiktirafan serta dibenarkan mengamalkan ideologi Komunis ditolak dan tidak diterima sama sekali oleh kerajaan.

Wednesday, 28 December 2011

TAKLIMAT GAJI SBPA

LIYA : GAJI PUAN ROSIDAH PADA 1/1/2012 IALAH RMxx xxx.
PUAN ROSIDAH: HUI.... BANYAK GAJI DEN TA... SYUKUR.. BULE DEN BOLI SET SK II BUAT STOK 15 TAHUN.


MENGHITUNG HARI


PUAN HARLINI BAKAL MELAHIRKAN ANAK YANG KE 3
BILA-BILA MASA SAHAJA..



CIKGU BARU

SELAMAT BERTUGAS DI SEPRI

PUAN NORZILA BT HAMSHAH
DARI PULAU PINANG

MENGGANTIKAN
PUAN NORHASLINDA BT ZAINAL ABIDIN

Tuesday, 27 December 2011

SELOROH KUPIAH DARI MEKAH


USTAZ: "APO BOSA-BOSA BONA KUPIAH NI KAK... TAK DO SAIZ DEN"
HAJAH SU: "NI ADo 1 SAIZ BUDAK NI, KO TRY LA.. KOK MUEK (MUAT). KALAU TAK MUEK, TAK DAPEK NAK NOLONG DO. "

TAKLIMAT SBPA DAN MESYUARAT KURIKULUM 2012






Thursday, 22 December 2011

QOUTE OF THE DAY

Tuesday, 20 December 2011

MAKLUMAN PENTING!!!

Monday, 19 December 2011

KERJA ADALAH IBADAH


Sesungguhnya setiap perbuatan yang dilakukan seorang muslim akan dianggap sebagai ibadah jika ia mematuhi garis panduan yang dikehendaki syarak. Namun kenapa masih ada komuniti pekerja yang memandang remeh mengenai kerja yang diusahakan dengan melakukan sambil lewa dan ala kadar. Salah satu punca yang dikenalpasti adalah kerana mereka menganggap kerja sebagai amalan rutin untuk mendapat upah atau hasil tanpa membabitkan perancangan, etika dan kualiti.

Kerja merupakan” kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”.Manakala ibadah bermaksud” kepatuhan dari ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadanya”. Apabila digabungkan ,ia bolehlah diertikan sebagai tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah.

MAKLUMAN PENTING!!!

DIMAKLUMKAN BAHAWA

PERJUMPAAN GURU PADA

22 DISEMBER 2011
KHAMIS

DIBATALKAN.


TERIMA KASIH

GURU BESAR SK SEPRI.


Friday, 16 December 2011

6 KELEBIHAN HARI JUMAAT

1. Berlakunya hari kiamat.
Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan

QOUTE OF THE DAY


"Ideal teachers are those who use themselves as bridges over which they invite their students to cross, then having facilitated their crossing, joyfully collapse, encouraging them to create bridges of their own." -- Nikos Kazantzakis

Tuesday, 13 December 2011

MESYUARAT GURU,KURIKULUM,HEM& KOKO

PERHATIAN!!!

MESYUARAT GURU, KURIKULUM, HEM & KOKURIKULUM KALI PERTAMA AKAN DI ADAKAN PADA;

TARIKH: 27 & 28 DISEMBER 2011
HARI: SELASA & RABU
MASA: 8.30 PAGI
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER

KEHADIRAN SEMUA GURU WAJIB!!!

~TERIMA KASIH~

Taklimat SBPA

TAKLIMAT
SBPA & TANDATANGAN BORANG OPSYEN


TARIKH: 22.12.2011
HARI: KHAMIS
MASA: 8.30 PAGI
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER SKS


~SEMUA GURU DAN KAKITANGAN SK SEPRI WAJIB HADIR~

TERIMA KASIH

Monday, 12 December 2011

HARI INI DALAM SEJARAH : 12 DISEMBER 1901



FRANK SWETTENHAM MENAMATKAN TUGASNYA SEBAGAI RESIDEN GENERAL NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU.




Pada hari ini 12.12.1901, Frank Swettenham telah menamatkan tugasnya sebagai Residen General Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang meliputi Negeri-negeri Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang. Beliau yang merupakan Residen General pertama Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang ditubuhkan dalam tahun 1896 tersebut telah memulakan perkhidmatannya pada 1 Januari pada tahun tersebut. Beliau telah digantikan oleh W.H. Treacher yang mula bertugas pada 13 disember 1901. Sebelum beliau dilantik sebagai Residen General Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Frank Swettenham juga pernah memangku dan memegang jawatan Residen. Beliau pernah memegang jawatan Residen Selangor dari 2 oktober 1882 sehingga 31 Mei 1889 dan dalam masa yang sama juga iaitu dari 22 Mac 1884 sehingga Januari 1886 beliau memangku jawatan Residen Perak. manakala dari 1 Jun 1889 hingga 30 Jun beliau bertugas sebagai Residen Perak. Dengan tamatnya tugas beliau sebagai Residen General Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 12 Disember 1901 tersebut, beliau telah dapat menumpukan pada tugasnya yang baru iaitu sebagai Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang juga disandangnya dari awal tahun 1901 lagi. Ini membolehkan beliau bekerja dengan lebih baik setelah memegang satu jawatan sahaja dan dapat menumpu sepenuh perhatian pada Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu.


Friday, 9 December 2011

Buah hati cikgu Linda

HARI INI DALAM SEJARAH : 9 DISEMBER 2004



Wanita Asia Pertama Merentasi Antartika Secara Solo


Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir merupakan wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo. Syarifah Mazlina merupakan bekas pensyarah Psikologi Sukan, Fakulti Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pada 9 Disember 2004, beliau mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya merentasi Antartika sejauh 1,110 kilometer dalam 22 hari, dua hari lebih awal daripada rekod sebelum ini yang dipegang seorang lelaki warga Britain.

Beliau dijadualkan akan memulakan ekspedisinya, Ekpedisi Kutub Utara: Misi Kutub ke Kutub 2006/2007 ke Kutub Utara pada 8 April 2007 depan dan kejayaannya nanti akan menempatkan beliau sebagai wanita Asia pertama yang berjaya menjelajah kedua-dua Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Thursday, 8 December 2011

HARI INI DALAM SEJARAH : 8 DISEMBER 1908


SEKOLAH INGGERIS PERTAMA DITUBUHKAN DI KEDAH


Pada hari ini 8.12.1908, Sekolah Inggeris yang pertama telah ditubuhkan di negeri Kedah. Sekolah yang diberi nama \"Sekolah Inggeris Kerajaan\"(Goverment English School) yang mula-mula ditubuhkan yang kemudiannya diikuti dengan penubuhan beberapa Sekolah Inggeris Kerajaan yang lain. Guru Besar Pertama Sekolah Inggeris Kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1908 ini ialah Encik Mohamad Iskandar (bapa Tun Dr. Mahathir bin Mohamad).

GES merupakan sekolah Inggeris merupakan sekolah tertua di Negeri Kedah. Pada tahun 1911, GES dipindahkan ke Jalan Penjara Lama (belakang IPD Kota Setar) dan sekali lagi dipindahkan ke Jalan Langgar (tapak yang ada sekarang) pada tahun 1917. Pada tahun 1935 nama GES ditukar menjadi Sultan Abdul Hamid College (SAHC).Sekolah ini dikenali umum sebagai kolej,KSAH dan para pelajar yang belajar disini dikenali sebagai Kolejians.Pada tahun 1999, KSAH telah diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri sebagai Sekolah Premier Negeri Kedah


Wednesday, 7 December 2011

HARI INI DALAM SEJARAH : 7 DISEMBER 1941





PENDARATAN JEPUN DI TANAH MELAYU.



Pasukan penyerang utama Jepun bagi penjajahan Tanah Melayu, Tentera Ke-25 di bawah pimpinan Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita, telah belayar daripada Pelabuhan Samah di Pulau Hainan pada 4 Disember 1941. Kapal tambahan yang membawa lebih banyak tentera bergabung dengan konvoi dari Saigon, Indochina Perancis. Pada kedua-dua hari 6 dan 7 Disember, pesawat Lockheed Hudson yang diterbangkan oleh Skuadron No.1 RAAF, Kota Bharu, dan Skuadron No.8 RAAF, Kuantan, menjumpai dan cuba mengekori kapal-kapal ini.

Pada 7 Disember, bot terbang PBY Catalina dari Skuadron No. 205 RAF yang diketuai oleh Pegawai Penerbangan Bedell, ditembak jatuh oleh pesawat Jepun semasa cuba memantau kemajuan angkatan Jepun. Pegawai Penerbangan Bedell dan anak-anak kapalnya menjadi korban Pihak Berikat pertama dalam peperangan menentangi Empayar Jepun. Pada pukul 10.00 malam., konvoi penjajahan Jepun berpecah ke arah kedudukan pendaratan yang telah diatur sebelumnya. Peperangan di Pasifik hampir bermula.

Tuesday, 6 December 2011

HARI INI DALAM SEJARAH


TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA MENINGGAL DUNIA


Tarikh Peristiwa pada 06-12-1990

' Pada hari ini dalam tahun 1990, Bapa Kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah kembali ke rahmatullah pada usia 87 tahun di Hospital Besar Kuala Lumpur pada jam 10.25 malam. Jenazah Almarhum telah di bawa ke bangunan Parlimen daripada tempat kediamannya bagi membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir.




CIKGU LINDA DAPAT BABY GIRL..





CIKGU LINDA TELAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAK PADA
5 DISEMBER 2011

SELAMAT BERPANTANG..




Tuesday, 29 November 2011

Cuti oh Cuti




Salam Maal Hijrah ~1433H

Monday, 21 November 2011

SELAMAT BERCUTI

DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA SK SEPRI.

Thursday, 17 November 2011

Tahniah!!!~Keputusan UPSR 2011




TAHNIAH BUAT SEMUA YANG BERJAYA.
YANG TIDAK BERJAYA JANGAN BERSEDIH.PERJALANAN MASIH JAUH.INI BARU PERMULAAN.

HARI ANUGERAH CEMERLANGAN 2011











sila layari
www.facebook.com/Sksepri Rembau untuk lihat lebih banyak gambar.

Template by - Abdul Munir - 2010