Thursday, 30 December 2010

Cuti Umum: Jumaat 31 Disember 2010

Piala Suzuki AFF: PM isytihar Jumaat cuti umum


2010/12/30

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA

Wednesday, 29 December 2010

Terima Kasih Kak Siti


Pn Siti Ramlah bt Alias(Pembantu Am Rendah~Kontrak) yang telah berkhidmat selama 6 tahun di Sk. Sepri akan menamatkan kontraknya pada 31 Disember 2010. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn Siti Ramlah kerana telah banyak membantu membangunkan keceriaan sekolah. Jasa baik dan sumbangan Pn Siti Ramlah akan sentiasa menjadi ingatan kepada seluruh warga Sk. Sepri. Semoga Pn Siti Ramlah akan terus berjaya dengan cemerlang bersama kerjaya yang baru nanti.

Mesyuarat Pertama sesi 2011



Meskipun dalam keadaan infrastruktur yang tidak begitu sempurna, VISI SK.Sepri harus dicapai melalui MISI yang disusun secara terancang. Tidak kira apa pun, gandingan semua pihak akan dimanipusikan sepenuhnya bagi mencapai VISI yang disasarkan. Semuanya bermula dengan mesyuarat pertama yang membincangkan perbagai agenda sehingga memakan masa selama 2 hari. Hasilnya keputusan dicapai dengan kata sepakat. Tinggal pelaksanaan sahaja yang harus dilakukan . Semoga Tahun 2011 membawa pelbagai kejayaan dan kecemerlangan kepada SK. Sepri.

Monday, 27 December 2010

Urusan Persekolahan 2011 sudah bermula.



1 Januari merupakan hari pendaftaran persekolahan bagi semua aliran di Sk. Sepri dan 3 Januari merupakan hari pertama persekolahan. Ibu dan bapa sudah mula sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak. Cikgu Kamil dan Jawatankuasanya sudah mula beroperasi bagi memudahkan pengurusan pembelian peralatan buku tulis. Urusan pembelian buku dan alat tulis ini dibuka lebih awal bagi memudahkan pengurusan pada hari pertama persekolahan nanti.

Seperti biasa pelbagai karenah anak-anak akan dapat dilihat pada hari pertama persekolahan nanti. Bagi guru-guru di SK.Sepri, semua itu adalah mainan yang pasti berlaku setiap tahun. Namun begitu... sememangnya kita mengharapkan tiada sebarang masalah pada hari pertama persekolahan.

Thursday, 23 December 2010

MESYUARAT GURU

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2011

TARIKH:28 & 29 DISEMBER 2010
HARI: SELASA & RABU
MASA: 8.30 PAGI
TEMPAT: MAKMAL KOMPUTER SK SEPRI

**Cikgu-cikgu jangan lupa..datang awal..:)

ASTAKA KITA DAH SIAP DAH....

Wajah-wajah

Wajah memberikan seribu makna. Namun hanya pelukisnya yang dapat memberikan tafsiran yang tepat melalui hasil karyanya. Demikianlah kreativiti yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar Tahun5(2010). Berasaskan satu bulatan empat wajah terhasil melalui empat orang pelajar. Ini jelas menunjukkan kebolehan individu(pelajar) adalah berbeza namun halatuju mereka tetap sama. Potensi ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Bukan sahaja para guru tetapi ibu bapa juga seharusnya peka dengan perkembangan dan potensi anak-anak. Pastinya suatu hari nanti anak-anak ini akan berjaya jika dimanfaatkan sepenuhnya potensi diri yang ada pada mereka.


Tafsiran pelukis pertama :
Seorang gadis berbangsa India berasa gembira kerana dapat mengikuti keluarganya bercuti ke Langkawi.

Tafsiran pelukis kedua:
Seorang pelajar lelaki berasa gembira kerana mendapat hadiah sebuah basikal daripada bapanya kerana berjaya dalam peperiksaan akhir tahun di sekolah.

Tafsiran pelukis ketiga :
Seorang yang berasa gembira kerana berjaya menjawat jawatan sebagai seorang jururawat di sebuah hospital. Juga berasa gembira kerana dapat memberikan rawatan dan khidmat masyarakat kepada komuniti setempat.

Tafsiran pelukis keempat :
Seorang pelajar yang sangat gembira kerana mendapat hadiah "Handphone" daripada bapanya.

Wednesday, 22 December 2010

Barangkali Pemantauan Terakhir sesi 2010


En Mohd Shohimi b Abdul Halim dari Unit ICT JPNS datang untuk membuat pemantauan insfrastruktur Sk.Sepri.
"Kami dah dapat gunakan bangunan baru tuan, tetapi kerusi dan meja msih belum ada lagi". Agaknya itulah aduan yang diberikan oleh Pn Norizan(GPK 1) Sk.Sepri. Semoga hasil laporan lawatan dan pemantauan daripada En Shohimi membawa perubahan dan menambahkan keselesaan kepada seluruh warga SK.Sepri.

Thursday, 16 December 2010

Jangan bebankan ibu bapa bayaran tambahan tinggi - TPM

16/12/2010 3:36pm

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Bayaran-bayaran tambahan persekolahan bagi sesi persekolahan baru 2011 hendaklah berdasarkan pada pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian tidak mahu melihat para ibu bapa dibebankan dengan pembayaran-pembayaran yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah kepada mereka.

Sesi persekolahan 2011 akan bermula pada 2 Januari di Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri-negeri lain akan bermula 3 Januari.

Namun, jika pihak sekolah berpendapat perlu sedikit sumbangan dari ibu bapa, maka ini boleh dilakukan tetapi mengikut prosedur yang ditetapkan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2011 di Bangunan Parlimen di sini.

Ini perlu dilakukan menerusi mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk mendapatkan persetujuan, katanya. - Bernama

YES..

Monday, 6 December 2010

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun

** Doa Akhir Tahun dibaca sebelum masuk waktu Maghrib.
** Doa Awal Tahun dibaca selepas menyempurnakan solat Maghrib.

Template by - Abdul Munir - 2010