Sunday, 28 November 2010

Astaka..


Jeram Toi,Jelebu..


Saturday, 27 November 2010

Sekolah Dapat Sumbangan Monitor Komputer

Setinggi penghargaan kepada En Azman Ambia dari PPD Rembau atas usaha beliau membantu sekolah mendapatkan sumbangan monitor yang sememangnya sangat diperlukan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Syarikat Radhi Comp. atas kesudian beliau memberikan sumbangan sebanyak 3 biji monitor komputer.

MAHA 2010

Cantik...

Thursday, 25 November 2010

Latihan BOWLING....@ Melaka




Tarikh : 25 Nov 2010
Hari : Khamis

Tempat : Melaka International Bowling Centre

Anjuran : Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sepri

Wednesday, 24 November 2010

SAJE NAK KONGSI




UNTUK KENGKAWAN YANG NAK TENGOK AKU PAKAI JUBAH KONVO? DAH SAH DAH AKU HABIS BELAJO.....yANG SEBELAH TU SAPE?.....SAPE LAGI BOS KITE LAAAA.....EN RAMLAN BIN HJ RAMLY...AKU TAYANG GAMBO NI BUKAN NAK MENUNJUK....SAJE NAK KONSI GAMBO JE.....KAN TAJUK KAT ATAS TU {SAJE NAK KONGSI} LAGI SATU NAK BAGI SEMANGAT KAT KENGKAWAN YANG MASIH STUDY LAGI....CEPAT LAH SIKIT HABIS BELAJO TU...LEMAS DAH AKU TGK KORANG ASYIK BERKEPIT DENGAN BUKU KULU KILIR............

yg ni dialog dalam hati:
{ye ke?? tak penah nampak pun!!!!}
SAMBIL MAKAN KAT KANTIN PUN STUDY.........
dialog dlm hati:
{ntah.......lagi sekali aku ckp....tak penah nampak pun!!!!!!!!!!!!!!}
JADI SELAMA NI KALAU KENGKAWAN TGK AKU GI SEKOLAH MATA MERAH JE...BUKAN SEBAB AKU NI ADA SAKA!! MATA AKU MERAH SBB AKU STUDY SAMPAI PAGI!!!!{ye ke??} tanya lah wife aku......dia mesti ckp ntahhhh!!!!!....tanya lah dia sendiri....huhuhuhuhu {sedih}
JADI......AKU NAK UCAPKAN TERIMA KASIH PADA KENGKAWAN YANG BANYAK MEMBANTU AKU SELAMA AKU BELAJO NI....AMPAT TAHUN LAAAAA......[ade ke kengkawan bantu????} ada laaaaaaa....{masa bila????} mula lah tu buat2 lupo!!!!!! kan masa hang pi peksa kami kat sekolah ni tlg masuk kelas hang.......bahasa akedemiknya rileffffff.....{mana ada!!!!} TAK CAYA HANG PI TANYA KAK SUHAYA AKU TU.......DIA TU KAKAK ANGKAT AKU TU.......hehehehehehehehehehhehe
APA-APA PUN TAHNIAH PADA KAWAN LAIN YG BARU KONVO JUGA....CIKGU MAMAT..{mat!!!ko pakai jubah senteng tak??}
DAN TAHNIAH BOS KITA...EN RAMLAN RAMLY....{bilo kita nak buat master????....borang dah ado dah....tak isi je lagi...pen habis dakwat......}
TAHNIAH.....TAHNIAH......TAHNIAH.....BELAJAR SAMPAI TUE.......SENTIASA NAMPAK MUDE.......{falsafah aku lah tu......}

Sunday, 21 November 2010

November Babies

~Ketua ~

Thursday, 18 November 2010

Anugerah Tokoh Pelajar SK Sepri 2010


NUR SHAIDATUL AQEELA BT MOHD SALLEH
4 Sept 1998 di Hospital Besar Seremban merupakan tenggal bersejarah apabila lahirnya seorang puteri kedua yang menjadi kebangaan sepasang suami isteri. Mendaftar masuk ke Sk. Sepri pada tahun 2005. Beliau telah menunjukkan pencapaian yang baik di dalam bidang akademik dan kokurikulum selama bersekolah di sekolah ini.

Dalam bidang akademik beliau telah mencapai nilai purata terbaik sejak Tahun 1 hingga Tahun 6. Selain itu, beliau telah berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Antara pencapaian beliau ialah :
Pengawas Sk. Sepri sejak 2007

Pengerusi Persatuan Agama islam
Sekolah Kebangsaan Sepri

Johan Public Speaking
Daerah Rembau

Pembahasa Terbaik
Daerah Rembau

Naib Johan
Pertandingan Bahas Daerah rembau

Mewakili sekolah dalam permainan
Futsal dan Bowling

Sesungguhnya pencapaian-pencapain ini membolehkan beliau dinobatkan sebaai TOKOH MURID SK.SEPRI 2010.


p/s : Cg Abdulllah beri anugerah Pelajar Paling Ceria Sepanjang Persekolahan

Anugerah Tokoh Ko Kurikulum 2010 ( Lalaki )


FAIRUZ FADHIL RAHIMI B MOHD FAIRUZ
Tempat ke-5 secara individu
seterusnya meletakkan pasukan sekolah ke-8 daripada 15 pasukan
dalam Kejohanan Tenpin Bowling MSSNS 2010


KEJOHAHAN OLAHRAGA MSSM PERINGKAT DAERAH REMBAU
Acara 200m Lelaki 12 Tahun ( Ketiga)
Acara 100m Lelaki 12 Tahun ( Ketiga )
Acara Lompat Jauh Lelaki 12 Tahun ( Naib Johan)
Acara 4 x 100m Lelaki 12 Tahun ( Naib Johan )

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSNS 2010
Membantu Quartet 4 x 100m L 12 menjadi Johan
Membantu Quartet 4 x 200m L 12 mendapat Perak

Mewakili pasukan Bola Baling
Bawah 12 Tahun Daerah Rembau
Kejohanan Bola Baling MSSNS 2010

Anugerah Tokoh Ko Kurikulum 2010(Perempuan)


SIITI NOR SHAQIRAH BT MOHD FAUZI
Johan Hafazan Sekolah Rendah
Majlis Tadarus Al-Quran(MTAQ)
Peringkat Daerah Rembau

Majlis Tadarus Al-Quran(MTAQ)
Peringkat Negeri 2010
Tempat Ketiga

Mewakili sekolah dalam kejohanan Olahraga
MSSM Pejabar Pendidikan Daerah Rembau

Mewakili sekolah dalam Karnival Bahasa Melayu
Daerah Rembau
Kategoori Mengarang Tahap 2

Kek TQ Cikgu

(2 in 1)
HADIAH UNTUK CIKGU-CIKGU &
SK. SEPRI 100 TAHUN

Hari Anugerah kecemerlangan Pelajar 2010

HADIAH YANG BAKAL DITERIMA OLEH PELAJAR CEMERLANG..

PELAJAR-PELAJAR YANG AKAN MENERIMA HADIAH ..SYABAS!!!

ACARA POTONG KEK SEMPENA 100 TAHUN SK SEPRI.TAHNIAH!!!




Wednesday, 17 November 2010

Tahniah SK.Sepri

HAPPY BIRTHDAY SK.SEPRI

video
SK.SEPRI TELAH BERUSIA 100 TAHUN
(15 NOVEMBER 2010)

Monday, 15 November 2010

Ten ten ten ten ten ten ten ten ten ten = 100

100 TAHUN SKS

Kek Ulang Tahun 100 Tahun SK Sepri




Check Mate

Mana satu aku nak jalan ni ?
Yang kiri atau kanan ?
Betul ke keputusan aku ni?
Boleh menang ke ni?
Macam mana ni ?
Eleh... dia belum kenal sapa aku.. CHECK MATE!!

Moral of the story :
1. Kena ada keyakinan diri
2. Perancangan mesti betul
3. Minda mesti selalu dioperasikan.
4. Jangan lalai dalam tindakan

No. 5 dan seterusnya , korang tambah la sendiri.

KSSR

Cikgu Rohaida beri taklimat Bahasa Melayu

Sampaikan cara menulis huruf pun kena ambil perhatian!
( Cigu Norizah - JU BM Negeri)

Teacher Harlini beri taklimat KSSR, BI

Sekarang ni semua sekolah sibuk dengan KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah). Satu lagi perubahan berlaku dalam dunia pendidikan di negara kita ini. Mulai tahun hadapan semua murid Tahun 1 kembali ke Bahasa Melayu dengan sukatan pelajaran yang berasaskan KSSR. Semua mata pelajaran terlibat.. Cikgu-cikgu dah mula sibuk... Nampak gayenya dalam cuti ni kerja mentelaah Sukatan aje la...

Apapun SK.Sepri sangat bernasib baik kerana Jurulatih Utama Peringkat Daerah dan Negeri ada dalam sekolah. Sepri ada JU BM, JU MT, JU Sns, JU PJK. Subjek teras dah selamat la tu.. Teacher kena kerja keras sebab Teacher JU Sekolah.. Tak kisah lah yang penting VISI dan MISI mesti betul.

Mereka nak berpindah sekolah

Dengarnya sekolah baru yang berdekatan dengan Taman Seri Rembau dan Taman Rembau Utama akan dibuka pada tahun hadapan... Hah.. maka ramailah murid-murid yang akan bertukar untuk ke sekolah baru tu... Sama ada mereka sendiri yang mahu bertukar atau ibu bapa mereka yang mahu mereka bertukar, isunya tetap sama.

"Ada lagi ke ?.. Siapa lagi, nanti cikgu tulis nama dia ye.." Kata cikgu Zeck.


"Mak yang suruh atau kamu yang nak pindah?" Interview cikgu Yani

"Cepat.. siapa lagi ni!..?"

Dalam pada tu.. ada juga murid yang memang dia sendiri tak mahu pindah.. Guru Besar tanya , "kenapa kamu tak nak pindah?". Dia jawab dengan selamba aje.."Sayang cikgu.. sekolah besar nii.. Baru pulak tu!"

Rupa-rupanya masing-masing mempunyai prinsip yang tersendiri..

SYABAS DAN TAHNIAH LAGI !!

Wakil Sekolah dalam Perkhemahan Kelab Keselamatan Jalan Raya, N.Sembilan di Port Dickson pada 12 - 14 Novenber 2010.


Setelah penat seharian, akhirnya mereka berjaya menyelesaikan MISI Perkhemahan Unit Beruniform 2010 Sk. Sepri.
"Best cikgu,, kalau ado can kita buek lai."... Cikgu senyum je..

Pasukan yang melengkapkan Program Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat daerah Rembau di Ulu Bendul.
"Cabaran cikgu.... bermalam dan menyeramkan." Kata seorang daripada mereka

"Kita sudah menang cikgu!".. Jerit mereka sewaktu di padang.
Pasukan Bola jaring mendapat tempat ke-2 Kejohanan MSSN Peringkat Negeri di Sekolah Sukan Negeri, SMK Zaaba, Kuala Pilah

Kontigen Bola Jaring (Kumpulan B) yang mendapat tempat kedua Peringkat Daerah, Kejohanan Bola Jaring MSSD.
(Bertuahnya Sepri sebab ada Jurulatih Negeri... YES!!)

Sunday, 14 November 2010

Satu lagi monitor rosak










Adush...dah keluar sebolah muko pulak! Macam mano ni..lopeh satu, satu lai rosak.. Monitor tu kalau nak ikut'an pun ldah lamo bona... Den nak repair tak pulak pandai. Ni nak cito sikit.. Sekolah Spoghi ni sobonar ei handa.. Banyak kemudahan yang ado tompi... bondo ei dah tuo-tuo.. Sian dio orang tu.. Ilmu teknologi tinggi tonpi dapek guno bahan teknologi yang dah tak berapo canggih laie.. macam dah ketinggalan yo.. Camno nih Bos ? PIBG tak bulih tolong ko ? Sikit-sikit PIBG...sikit-sikit PIBG.. Takdo ko NGO yang lain.. Dongar ei.. murid tuo Spoghi nih kepalang lah gamai ei.. Cubo kiro... dah seghatuis tawun umo sekolah tu (16 November).. Mak oii ai.. ghamai tuuu..

Den tau korang baca apo yang den tulih nih.. memang iyo.. ghamai yang handa kek Spoghi ni.. yang Jutawan pun ado... tompi den tak kona.! Kok kona dah lamo den bisik-bisik'an. Den nih bona eh.. nak minta tolong.. Takdo ko yang bulih sponsor..? Kok ado.. kelua la..munco la.. .. mai la sinia ha.. Apo salah eh.. tolong wargo Spoghi nih.. Den nih tak beduit, kok beduit dah lamo den boli'an tuk bebudak tu.. Hari tu ado yo den survey.. rupo eh takla maha bona.. RM200 dah bulih dapek satu monitor baru 15 inci.

Ni... nak koba'an satu bondo laie.. Kurikulum sekolah sekrang dah bergubah.. bebudak tu sumo eh.. kono belaja dan tahu ilmu ICT. Tawun dopan dah mulo dah.. Tebayang den kek bebudak tu... camno nak belaja ?.. ado 7 yo monito eh. Yang lain tu sumo eh dah tak bulih pakai.. CPU ado 5 yang takdo monito.. Pulak tu yang selow sepid eh.. Sian boto den nengok eh..

Camno pun sekolah Spoghi ni memang hebat.. dapek Anugorah Pengurusan Sekolah Comolang tahun ni.. Den tabik la kek cikgu-cikgu nih.. Itu guno teknologi lamo tu.. Cubo bayang'kan kalau guno teknologi terkini.. Tak dapek den nak koba'an do. Itu baru satu bahagian.. Ada banyak lai bahgian lain kalau nak cito. Apo pun den harap korang yang paham dan mampu tu.. tolong la sekolah nih... Bukan sonang nak bangunkan sebuah sekolah kampung macam Spoghi nih... tapi dah terbukti.. Spoghi BOLEH !! Timo kasih pado yang membaco dan memahami...

Penawar bagi hati {Tazkirah}

Mengungkit-ungkit

Mengungkit ngungkit sesuatu pemberian dikira riak. Ada dermawan suka mengungkit sumbangannya. Ada kawan suka mengungkit bantuannya. Allah berfirman:
Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (al-Baqarah, 2: 264).
Sesungguhnya orang yang ikhlas yang mengharapkan keredhaan Allah sentiasa menghindari sikap buruk ini.

Terdapat 2 golongan yang boleh bersifat mengungkit pada sesuatu keadaan, iaitu ibubapa dan golongan guru.

Ibubapa boleh mengungkit akan jasa yang dicurahkan terhadap anak anaknya andaikata anak anaknya bersikap tidak tidak mengenang jasa terhadap kedua ibubapanya mengikut yang dianjurkan agama.

Manakala golongan guru pula boleh mengungkit akan ilmu baik yang dicurahkannya andaikata anak didiknya telah lari dari landasan ajarannya.

Sikap mengungkit ngungkit amat dilarang. Selain daripada menghilangkan pahala sendiri dan dibenci Allah ianya boleh menimbulkan rasa sakit hati pada yang menerima pemberian.

Sikap suka mengungkit peristiwa lama pula demi menjatuhkan maruah seseorang perlu dihindarkan. Yang mengungkit ngungkit perkara baik pun dilarang ini kan pula mengungkit ngungkit perkara buruk. Samada ianya berunsur fitnah maupun benar, sesuatu niat itu akan menjerumuskan ke perbuatan maksiat.


Maka, bersegeralah kita menjauhi hal-hal yang seperti itu dan menerapkan keikhlasan dalam setiap amal perbuatan kita dengan mencari redha dari Allah s.w.t.

DUA YANG BERBEZA


Kasut yang tersusun menggambarkan dua kumpulan pelajar. Bilakah mereka akan sehati dan sejiwa, se-ia dan sekata, bersama bergerak menuju wawasan ?

Sama-samalah kita memainkan peranan masing-masing secara berterusan. Moga suatu hari nanti mereka akan menjadi insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.

Graduasi G.Cemerlang SK.Sepri

Syabas kepada Cikgu Abdullah DGA34 dan Cikgu Zakaria DGA32 kerana telah dinobatkan sebagai Guru Cemerlang oleh PPD Rembau, Datin Hjh Naemah bt Ahmad Dahalan. Tahniah juga kepada GB Sk.Sepri kerana telah disahkan dalam perjawatan sebagai Guru Besar Sk.Sepri Gred DGA34.

SK.Sepri menang lagi... SYABAS!


SYABAS SK.SEPRI..
Semoga terus mencipta kecemerlangan..

Taklimat HEM


HEM terus memberikan taklimat kepada para pelajar tahun 6 tentang keperluan dan persediaan ke sekolah menengah serta kemasukan ke sekolah berasrama penuh.

Template by - Abdul Munir - 2010