Friday, 29 October 2010

Demam Periksa sekali lagi



Baru sahaja nak reda dengan Peperiksaan UPSR, semua warga sibuk pula dengan Peperiksaan Akhir Tahun. Tiada ada seorang pun yang terkecuali dalam Peperiksaan Akhir Tahun ini.
Selepas ini semua warga SK.Sepri akan sibuk pula dengan Program Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2010. Semoga ramai murid yang berjaya mendapat anugerah pada tahun ini.

Thursday, 28 October 2010

sunat2 dihari Jumaat



Hari Jumaat merupakan penghulu bagi sekalian hari yang ada dalam seminggu. Justeru itu, pada hari Jumaat terdapat amalan khusus yang sewajarnya dilakukan bagi mendapat pahala sunat yang tidak ada pada hari yang lain.
Hari Jumaat atau dikenali juga dengan nama Sayyidul Ayyam (Penghulu segala hari) adalah hari yang utama. Hari yang mustajab doa, hari pertambahan kurnia daripada Allah swt, hari penuh keampunan dan barakah, hari untuk umat nabi Muhammad dan terpelihara dari fitnah kubur sesiapa yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat. Nah.... begitu istimewanya hari Jumaat!
Pada malam Jumaat , dita digalakkan membaca surah al-Kahfi dan surah Yassin. Juga membanyakkan zikir, doa dan selawat.Pada pagi Jumaat, Imam solat Subuh akan membaca Surah as-Sajadah dan akan sujud Sajadah. Juga digalakkan membaca Surah al-Insan, zikir, selawat dan membanyakkan doa.
Kepada kaum lelaki, disunatkan mandi sebelum solat Jumaat, memakai bau-bauan, bersegera ke masjid, memotong kukun dan misai, berjalan kaki ke masjid dan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan zikir. Kemudian Solat Jumaat dan mendengar Khutbah Jumaat.Digalakkan banyak berdoa kerana pada hari Jumaat ada waktu yang mustajab berdoa.
Justeru banyak kebaikan pada hari Jumaat, marilah kita terus beramal dan istiqamah melakukannya kerana ganjarannya yang hebat daripada Allah swt.

Wednesday, 27 October 2010

Tuesday, 26 October 2010

gomo klate gomo

hoben jang hoben (FINAL PIALA MALAYSIA 2009)

Sunday, 24 October 2010

hahahaha


minta maap kpd kawan2 semua sbb aku masukkan gambo lame...bukan ape...cari punya cari..gambar ni adalah gambar yang aku ambik khas untuk Final bolasepak piala Malaysia tahun 2009 antara penyokong kelate{baju merah} ngan penyokong n9 {baju kuning}..masa tu aku tak sempat nak post...sibuk sgt dengan tugasan2 study..{masa tu aku belajo lg kat....UM...ooppp..O tertinggal..hehehe....tapi bila final yang sama gak tahun ni maka aku pun keluarkan balik gambo ni sbb n9 lwn kelate gak...yang penyokong kalantan tu masa tahun lepas masih anak dara lagi...boleh lah dia tunjuk penumbuk kat penyokong n9 cam tu...tahun ni dia dah tak larat dah...dah peretnen {kata pinjaman bahasa ingeris}..nak genggam pun dah tak kuat.....{sori mek na}..so.......30 oktober ni sape nak gi stadium Bukit Jalil tu jom lah kita konvoi tgk N9 kono bolasah ngan kelate 2-1.....hehehehehehehehehe..Hidup Kelate..hidup kelate...{sambil berlari turun tangga dari bilik aksess membawa bendera n9}

P/s: Untuk maklumat....penulis bukan dari kedua2 negeri tersebut..so penulis boleh pakai baju apa shj yang di suka...kalau kelate menang dia sokong kelate...kalau nogori monang dio sokong nogori.....penulis ni sekadar provok shj...{kacau daun...hehehe}

Friday, 22 October 2010

Tazkirah

Bismillahirrahmanirrahim.....

Ah, jangan salah faham. Saya masih belum punyai anak dan masih bujang. Post kali ini sekadar ingin berkongsi sedikit langkah dan pesanan dari para kekasih Allah tentang cara mendidik anak. Anak-anak adalah zuriat dan pewaris kita di masa hadapan. Meskipun kita telah meninggal dunia, saham yang dilakukan oleh anak-anak masih sampai kepada kita. Saham yang dimaksudkan ialah dosa dan pahala.

Beberapa tahun yang lepas saya pernah mendengar seorang ustaz mengajar. Ustaz itu menceritakan kisah Luqman Al Hakim. Sebagaimana yang kita semua tahu, Luqman adalah seorang hamba yang sangat taat kepada tuhan, beliau juga mempunyai anak yang baik budi perketinya, elok akhlak dan kuat imannya. Bagaimanakah Luqman mengajar anaknya? Soalan ini pernah ditanya oleh sahabat Luqman sendiri. Lalu Luqman menjawab:

“Saya mendidik anak saya sebelum mereka lahir lagi, bahkan sebelum saya berkahwin!”

Ehem, bagaimana ya ingin mendidik anak sebelum mereka dilahirkan? Luqman menjawab lagi:

“Didiklah diri kamu dahulu. Jadilah seperti mana anak yang kamu inginkan!”

Kadangkala kita inginkan yang terbaik daripada orang lain, sebaliknya kita sendiri tidak berubah ke arah itu. Begitu juga dengan anak-anak, kita mahukan anak-anak yang baik, rajin, berhati mulia, dihormati, disayangi dan disukai oleh sesiapa sahaja, namun kita sendiri tidak pernah memperbetulkan diri untuk menjadikan diri kita sentiasa lebih baik dari hari ke hari.

Jika mahukan anak yang sentiasa bersembahyang jemaah di masjid, bersembahyanglah kita ke masjid mulai hari ini, jika mahukan anak-anak yang cemerlang, cemerlangkanlah diri kita mulai hari ini, jika mahukan anak yang suka bersosial, hiduplah kita dengan bersosial dan bebas tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku di masa hadapan.

Pesanan Saidina Ali:

Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun.

7 tahun pertama, beri dan ajarkan mereka tentang kasih sayang. Manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta.

7 tahun kedua, berlaku tegas dengan mereka, didik mereka dan perbetulkan kesalahan yang mereka lakukan.

7 tahun ketiga, berkawanlah dengan mereka, di saat ini mereka memerlukan teman untuk berbicara dan mengemukakan pendapat. Mereka sudah boleh berfikir, bersahabatlah dengan mereka sebelum mereka mempunyai sahabat lain yang boleh meroksakkan akhlak.

Wallahualam.....

Thursday, 14 October 2010

En Fitri dari PKG datang lagi

En Fitri datang lagi untuk membuat setting internet schoolnet sekolah. Sayangnya masalah lain pula yang timbul. Talian dari telekom tidak beroperasi. Sehingga hari ini school net tak dapat beroperasi di SK.Sepri. Tugas En Fitri sudah selesai.

Suasana baru

Inilah iklim terbaru di Sekolah Kebangsaan Sepri. (pandangan dari padangan sekolah). Mudah-mudah semua pelajar dapat belajar dengan selesa dan memenafaatkan kemudahan yang disediakan dengan optimum.

Kelas Komputer berbayar


Kelas komputer berbayar mula dilaksanakan pada bulan Oktober. Bayaran bulanan dikenakan kepada pelajar yang menyertai kelas ini. Seramai 30 orang pelajar telah mendaftar untuk mengikuti kelas komputer dengan pengisian PainBrush, MS Word dan MS PowerPoint. Kelas ini akan berterusan sewaktu cuti persekolahan. Sasaran pelajar adalah seramai 60 orang. Murid yang berminat masih lagi boleh mendaftar. Keutamaan adalah pelajar Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Makmal Sains telah mula digunakan


Cikgu Norlita telah mula menggunakan makmal Sains untuk pelajar Tahun 1

Eh.cikgu ita......macam nak ajar buat kek sarawak je...nasib telor ayam tak de...kalau tidak...makan kek Sarawak lah kita yekkkk....

Gotong Royong Pindah Lokasi

Bos beri taklimat kepada semua yang terlibat

Antara perkara yang perlu diselesaikan

Barang-barang Sains yang terpendam sekian lama..

Urusan pindah dan memunggah ni memang memenatkan..namun itulah jalan terbaik yang perlu dilakukan apabila bangunan baru telah boleh digunakan.
Apa pun syabas kepada semua..

Pertandingan Futsal



Yang menang seronok ler... yang kalah..jangan bersedih. Cuba lagi

Wednesday, 13 October 2010

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah




Acara yang dinanti-nanti ialah pertandingan karaoke. Syabas kepada Cikgu Yazid Salleh kerana berjaya meraih undi penonton mengalahkan Cikgu Zakaria

Mereka Terima Anugerah NILAM


NILAM = NADI ILMU AMALAN MEMBACA
Tahniah kepada pelajar yang mendapat anugerah pembaca terbanyak

Wednesday, 6 October 2010

Majlis Penyerahan Bangunan Baru SK Sepri






ALHAMDULILLAH
BANGUNAN BARU SK SEPRI TELAH SIAP SEPENUHNYA


**LEPAS NI BOLEHLAH ANGKAT-ANGKAT BARANG NAIK YE..

Tuesday, 5 October 2010

Aktiviti PANITIA Pendidikan Agama Islam Daerah Rembau

Blog Panitia Pendidikan Agama Islam Daerah Rembau:
http://ppislamdr.blogspot.com/




Wajah Baru SK Sepri

Sumbangan Buku daripada Audit Negara


Cikgu Norhaslinda menerima sumbangan buku daripada Guru Besar yang disumbangkan oleh Audit Negara kepada Pusat Sumber Sekolah
Terima kasih

Perhimpunan Pagi (Isnin)


Pelajar-pelajar sedang melafazkan ikrar...

Tapak Perhimpunan lama dah boleh guna dah
...dah siap..

Saturday, 2 October 2010

BARISAN DI AKHIRAT

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..


Renung-renung la kita berada di mana
?????????

Friday, 1 October 2010

Program IPG Kampus Kota Bharu

PROGRAM
JELAJAH BAHASA 2
"BAHASA KENDERAAN WAHANA BANGSA"



PENYERAHAN BBM YANG DIHASILKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH
~SYUKRAN~


ANJURAN:
IPG KAMPUS KOTA BHARU, KELANTAN

Template by - Abdul Munir - 2010