Thursday, 30 September 2010

Happy Birthday Reen

Friday, 24 September 2010

Cepat Mendaftar......

.....HADIAH LUMAYAN......
Pertandingan Nyanyian Lagu Raya Aidilfitri

Air-Cond dah service dah.....


Harap-harap lepas ni tak rosak lagi...

Aktiviti Bilik BOSS

PELAJAR SEDANG MENGIKAT BUKU YANG HENDAK DILUPUSKAN

ANTARA BUKU-BUKU YANG AKAN DILUPUSKAN....
(Bila la lori tu nak sampai agaknya....)

Cikgu Norlita bersama pelajar tahun 4 Harmoni sedang menyusun buku-buku aktiviti yang baru diterimanya
Nasib baik ada pelajar-pelajar ni...ringan sikit beban cikgu..
t.kasih:) nanti boleh la tolong lagi ok.

Wednesday, 22 September 2010

Kelebihan Puasa 6 di Bulan Syawal

Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”

Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”

P/S: Jangan lepaskan peluang....Semoga amalan kita diterima OlehNya..

UPSR .... PERJUANGAN PELAJAR THN 6

BERDOA SEBELUM MENDUDUKI PEPERIKSAAN


SEMOGA SEMUA PELAJAR BERJAYA DENGAN CEMERLANG


video
Mohon restu guru-guru.


Friday, 17 September 2010

Hujan di SK Sepri

Pandangan dari tingkat 2 bangunan baru.

Tinggal Beberapa Hari Lagi.....

KEPADA CALON2 UPSR SK SEPRI SEMOGA BERJAYA DALAM UPSR NANTI.
BUKTIKAN ANDA BOLEH.
GOOD LUCK!!!
KAMI GURU-GURU SK SEPRI MENDOAKAN ANDA SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG

Sunday, 5 September 2010

MAJLIS PENUTUPAN IHYA' RAMADHAN 2010

video
Ustaz Mohd Rafai mengepalai Majlis Khatam Al-Quran

video
Ucapan Penutup Guru Besar

video
Sumbangan utuk anak yatim.

video
Ucapan Ustaz Mohd Rafai b Ismail

videoh
Ucapan Guru-guru Tahun 6

video
Salam Aidil Fitri

video
Guru-guru bersalaman dan bermaafan

Friday, 3 September 2010

Untuk Renungan...

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang... nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Wednesday, 1 September 2010

Pemantauan dan Penggredan PSS selesai


Pn Noraini bt Abd Aziz, Penyelaras PKG Rembau datang untuk pementauan dan penggredan PSS Sk.Sepri. Semua urusan berjalan dengan lancar.

Projek Lanskap SK. Sepri




Sekolah Kebangsaan Sepri terus ceria dengan kerjasama JKR, Rembau menyediakan lanskap yang menimbulkan mood dan suasana yang kondusif. Semoga keceriaan yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta menaikkan reputasi SK. Sepri.

Template by - Abdul Munir - 2010