Tuesday, 31 August 2010

MERDEKA!!MERDEKA!!!!!!!!!!!!!...................

Merdeka dari penjajah dan merdeka dari sifat2 mazmumah...merdeka dari hawa nafsu yang mengajak kepada keburukan...itulah erti merdeka sebenarnya....MERDEKA!!!!!!MERDEKA!!!!!MERDEKA!!!!! kita kena ingat sekarang ni dah masuk 10 ramadhan yang terakhir...kena lipat gandakan amalan kita...dan ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qadar..rebut jangan tak rebut....

IHYA" RAMADHAN

MAJLIS KHATAM AL-QURAN,
BACAAN YASSIN, BERBUKA PUASA, SOLAT HAJAT & SOLAT TARAWIH
PERINGKAT SEKOLAH
KHATAM AL-QURAN PELAJAR TAHUN 6~AKAD ILMU~

BACAAN YASSIN

video



BERBUKA PUASA


MENU BERBUKA PUASA
~NASI BERIANI~


Monday, 30 August 2010

Persediaan Awal Majlis Khatam Al-Quran



GPK 1 dan beberapa orang guru sedang menyiapkan bunga pahar
untuk cenderamata Majlis Khatam Al Quran

Nyanyian Sambutan Kemerdekaan

SATU MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
video


video


video
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Ikrar Mingguan

video
Setiap minggu mereka membacakan ikrar yang sama.
Semoga setiap pelajar dapat menghayati apa yang dilafazkan.

Sunday, 29 August 2010

Sedia untuk Penggredan PSS


SK.SEPRI TELAH BERSEDIA UNTUK PENGGREDAN PSS
SEMOGA MENDAPAT GRED YANG TERTINGGI.

Friday, 27 August 2010

Amanat dan Pesanan HEM

video
HEM ; En Hanapiah memberikan amanat dan
pesanankepada para pelajar yang akan
menduduki peperiksaan UPSR 2010

Thursday, 26 August 2010

Pembelajaran Kendiri



Pembelajaran kendiri nyata menyeronokkan apabila murid diberi peluang untuk menyusun dan mengolah bahan secara 'hands on' berpandukan manual yang disediakan.


Murid Orang Asli Semakin Maju


Komputer memang sangat diminati oleh semua murid. Murid orang Asli sudah mula berani menggunakan komputer. Syabas !! Semoga menjadi murid yang berjaya suatu hari nanti.

Maklumat terus dikumpul

GPK 1 Cikgu Norizah terus mengumpulkan maklumat berkaitan pengurusan dan pelaksanaan Jadual Waktu pembelajaran di sekolah. Beginilah GPK Sk.Sepri.. Semua maklumat perlu berada di hujung jari. Cikgu Suhaya memberikan penerangan berkaitan Jadual Waktu Ganti guru-guru

Wednesday, 25 August 2010

' Duit raya' RM500 untuk kakitangan awam, pesara

2010/08/25

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - BERNAMA

GB jadi doktor.

Hebatnya Guru Besar SK Sepri, En Ramlan Ramly, bertindak segera untuk mengetahui tekanan darah salah seorang daripada staff yang mula rasa sakit kepala.  ( memang ada gaya seorang doktor)

Lawatan dan Pemantauan LHDN


24 OGOS, SEPRI,  Pn Munaliza bt Janis bersama dua orang rakannya telah menjalankan pemantauan berkaitan "incometax" semua warga SK.Sepri....      Alhamdulillah .. tiada masalah.

JADUAL WAKTU DIROMBAK LAGI !!


Berkat kesabaran, jadual dapat disiapkan dengan segera. Diharap semua cikgu berpuas hati dengan susunan jadual yang dibuat oleh jawatankuasa jadual waktu.

Tuesday, 24 August 2010

DUA DUNIA BERBEZA

video

Cikgu Yazid memang hebat....
Umpama pelakon yang boleh menjiwai pelbagai watak.
Syabas Cikgu Yazid

Monday, 23 August 2010

Pengganti Sir

Selamat datang Puan Norizah bt Zainol. 
Beliau akan menggantikan Cikgu Momd.Taufik sebagai GPK Akademik.
Selamat menjalankan tugas.


SK.Chuah..

Wednesday, 18 August 2010

A friend in need..

                         A friend in need 
                          is a friend indeed..

Sumbangan MB N. Sembilan

Sumbangan YAB Menteri Besar NS diwakilkan kepada YB Tuan Zaiful Bahri Bin Idris ADUN Chembong kepada PIBG SK. Sepri bagi Tahun 2010. Terima Kasih YAB MB.

Bacaan Ayat-Ayat Lazim

Bacaan Ayat-Ayat Lazim diadakan pada setiap hari di tapak perhimpunan

Tazkirah Ramadhan

 Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

Hah!!!!apa lagi tuan-tuan/Puan-puan/Datuk/Datin.....Moh le kite lipat gandakan amalan kita bulan pose ni. Tak nak lagi ke??Allah dah offer dah kat kita....apa tunggu lagi...kalau derma bulan posa ni pahala dia sama mcm pahala zakat...kalau sembahyang subuh bulan pose sama mcm 70 kali sembahyang subuh bulan biasa.....

Monday, 16 August 2010

Penyampaian Hadiah & Sijil Street Smart

TAHNIAH diucapkan kepada 3 orang pelajar dari SKS yang telah mengharumkan nama sekolah keperingkat kebangsaan dalam pertandingan Street Smart 2010.
SYABAS !!!

 
Adik Mohd Zuhairi
 Adik Nur Afza Amalia
 Adik Ainin Shuhada
Cikgu Yazid (Guru Pengiring peringkat Negeri)
Cikgu Kamil Norzian (guru pengiring peringkat kebangsaan)
Cikgu Suryati sebagai tenaga pengajar.
Terima kasih juga kepada semua guru yang terlibat secara lansung atau pun tidak dalam mendidik pelajar tersebut.

Sekolah Kebangsaan Sepri, Rembau yang mewakili Negeri Sembilan telah mendapat tempat ke 9 daripada 16  pasukan.
SK SEPRI BOLEH!!!!

Tadarus Al-Quran Sepanjang Bulan Ramadhan

* Terima kasih kepada semua...semoga apa yang kita lakukan diberkati dan amalan kita bertambah

Friday, 13 August 2010

FEQAH

Alhamdulillah hari ini adalah hari keempat kita semua berpuasa, harap puasa tahun ini adalah puasa yg terbaik dalam hidup kita semua.Sedikit ilmu yang nak dikongsi bersama berkaitan amalan dibulan puasa ni..Antara perkara-perkara sunat dalam bulan puasa ni ialah:

1 – Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.{ jangan nak mengada2 bukak posa lewat kononnya nak over time.....makruh..}
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2 – Makan sahur walaupun sedikit.{jangan nak makan sahur je....sebelum sahur tu buat lah solat tahajud...kita ni dah tua...tak lama lagi nak mati dah...entah hari ni...entah esok...entah lusa...entah tulat...entah tonggeng..... ehh....ada ke tonggeng???}
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3 – Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.{pukul 1 pagi dah sahor?  bondo eh sahur pukul satu....}
4 – Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.{kalau dua2 tak de sunat minum air kosong je...lain kali gi pasar ramadan tu beli lah buah kurma..ni tak....asyik menjeling anak daro je...lupo nak beli kurma....tak de buah kurma kulai kurma pun jadik laaaa...}
5 – Memperbanyakkan membaca Al-Quran...{sekurang2nya sekali khatam...lagi banyak lagi bagus.....ni khatam masa nak kawin je....pas tu tak pernah ngaji dah....quran masa hadiah kawin pun cantik lagi tak penah bukak..}
6 – Memperbanyakkan sedekah.{jangan kedekut sangat nak sedekah tu......sbb sedekah kita adalah simpanan di akhirat}
7 – Beriktikaf siang hari dalam masjid.{yang lelaki2 tu.......jinak2kan lah diri solat jemaah kat masjid atau surau...banyak ganjarannya.....}
8 – Menghadiri majlis-majlis ilmu.{jgn rasa dah a'lim...lagi banyak belajar lagi banyak kita tak tahu..}.
9 – Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.{sponsor lah buah kurma ke...air ke...buah tembikai ke...kalau bg buah kurma tu..bagi lah yang ada jenama sikit...yusop tayop ke..mak dara ke...jgn bagi buah kurma yg timbang dari guni jalur tu...tak sodap..}
10 – Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa..{bagun pagi tu gosok lah gigi....bucuk!!!!}

Thursday, 12 August 2010

Program Ihya' Ramadhan 1431 H/2010 M

 
Ustaz Mohd Rafai memaklumkan program yang akan berjalan sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini.

Antara program yang akan dijalankan ialah 
1.Tadarus Al-Quran pelajar bersama guru pada waktu rehat
2.Bacaan Ayat-ayat Lazim ditapak perhimpuanan setiap pagi.
3.Program khatam al quran, majlis berbuka puasa dan solat tarawih

* Semoga program ini berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan dari ALLAH.

Terus Cemerlang

Pelajar yang memperolehi 5A & 4A mendapat ganjaran daripada Guru Besar atas usaha yang ditunjukkan..
TERUSKAN PERJUANGAN!!!
Yang lain pun boleh BEJAYA jika ada USAHA & KESUNGGUHAN 
Guru Besar dan GPK Akademik bersama pelajar-pelajar cemerlang PRA UPSR
(5A & 4A)


** P/S: Jangan putus asa!!!Anda pun boleh dapat 5A..

Wednesday, 11 August 2010

Tempahan bermula

Bukan apa.. takda masa nak buat. So, jalan yang paling mudah.. tempah saja..Kuih apa nak? Semua ada.. pilih saja mana yang berkenan.

Tuesday, 10 August 2010

Salam Ramadhan

Zakat fitrah Negeri Sembilan kekal RM6.50

10/08/2010 4:46pm


SEREMBAN 10 Ogos - Kadar zakat fitrah yang ditetapkan di Negeri Sembilan kekal RM6.50 seorang tahun ini, kata Pengurus Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS), Nor Azmi Musa.
Katanya, kadar itu adalah bersamaan 2.751 kilogram harga beras semasa.
"Orang ramai boleh melakukan pembayaran zakat fitrah kepada 1,100 orang amil dilantik oleh PZNS di surau dan masjid kariah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau menyeru umat Islam di negeri ini menunaikan zakat dengan lebih awal dan tidak menunggu di saat-saat akhir bagi mengelakkan kesesakan di kaunter zakat.
Sementara itu, katanya dalam usaha memberikan kemudahan yang terbaik kepada pembayar zakat, PZNS akan membuka kaunter zakat di seluruh negeri tujuh hari seminggu termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum di sepanjang bulan Ramadan. - Bernama

Monday, 9 August 2010

GB bersama guru Tahun 6

GB SK.Sepri, En. Ramlan Hj Ramly seperti biasa akan terus mengadakan pertemuan dengan guru-guru tahun 6 untuk mengetahui pencapaian pelajar-pelajar tahun 6 di dalam peperiksaan Pra-UPSR yang baru selesai. Dipertemuan ini banyak perkara yang dibincangkan khususnya mengenalpasti kekuatan dan kelemahan calon-calon UPSR kita dan tindakan susulan yang perlu diambil.

"Mantai"


 Haghi nie haghie mantai… kadang-kadang oghang sobut “Hari Bantai”… duo-duo samo yo… ikut tompek masing masing lah nak nyobut ei camno… ghamai gak yang tertanyo-tanyo… apo haghi mantai nie ? hanyo waghih-waghih yo yang tahu apo de haghi mantai… haghi mantai nie salah satu adat oghang minang baik di negeri sembilan, mahu pun sekitar sempadan N9 macam kek lubok cino, alor gajah, broga, manchis, segamat, dan lain-lain perkampungan..
Oghang lain tak nyambut poso sangat… cumo oghang negoghi sembilan yo yg beriyo-iyo nyambut poso agak eh... Sobab tuh ado haghi mantai… dlm setahun cuma ado duo haghi yang disobut haghi mantai… pertamo haghi nengok anak bulan ramadhan … satu laei, haghi nengok anak bulan syawal… tapi yang paling meghiah maso nak ghayo lah…. sumo anak cucu balik kampung. kuk tak paham bahaso N9, den tulis ikut omputih sikit… apo de haghi mantai nie.
“Hari Mantai“ is one of Negeri Sembilan traditions, where people sell fresh meat (not sure if it is also done in other states) on the day of seeing ‘anak bulan Ramadhan’ and ‘anak bulan Syawal’. On this day, the men are busy selling and buying fresh beef, buffalo meat and chicken. At the same time, women are also busy preparing ketupat, lemang dodol and cooking rendang and nut gravy.
Biaso ei.. kalau nak dapek daging yang sodap-sodap… lopeh subuh dah kono caghik daging mantai nie… baghu lah buleh ngaso daging batang pinang ko…. daging bertodoh ko…. kalau nak poghut, hati, limpo… pun kono caghik pagi-pagi… kalau dah pukul 8, dapek daging biaso yo lah… kalau dah pukul 10… 11…. dah habih… tak ngaso lah daging mantai…. daging mantai nie sogar… sodap buek ghondang… tulang selangko sodap di buek sup… lombut, tak liat.. apo tak ei.. pagi-pagi smolih… tongah haghi dah siap nak di ghondang… mano samo ngan daging boli kek pasar… satu laei, bilo nak nyambut poso, elok buek ghondang… ghondang itam oghang minang tahan lamo… buleh lah buek juadah berbuko 2,3 haghi poso yang pertamo tuh. Ado yo yang rajin bakar lomang.. ikut suko la.. Apo-apo pun si ramadhan kito tu dah buek hal laie..dah tak datang dah hari nie..apo nak jadi budak tu...

Saturday, 7 August 2010

Template by - Abdul Munir - 2010