Saturday, 31 July 2010

Kem Bestari Solat 4

~ Amali Wuduk ~



Cikgu Kamil memberi sedikit penerangan kepada pelajar.

Dah habis dah untuk tahun ni...
Ustazah Jazimah bersama pelajar tahun 1

 ~ Tekun....tengah menghafaz ke?

Friday, 30 July 2010

Terima kasih Cikgu Nuramira

Street Smart Peringkat Kebangsaan 2010



 
Tarikh: 28 Julai 2010
Tempat: Dewan Tok Puan Norasyikin, Cheras







TAHNIAH!!!





Wednesday, 28 July 2010

Semoga berubah


Sebahagian murid orang asli SK.Sepri yang menyertai Program Kecemerlangan UPSR Untuk Murid Orang Asli Negeri Sembilan/Melaka 2010 yang telah diadakan dari 26.7.2010 hingga 28.7.2010 bertempat di Pusat Kokurikulum Rembau.
Semoga program ini dapat mengubah sikap dan minda murid-murid orang asli kita ke arah keperluan dan kepentingan pelajaran. Seramai 2 orang guru kita terlibat di dalam program ini, iaitu En. Norazman Md.Nor sebagai fasilitator dan En. Zakaria Md.Saleh sebagai penceramah Matematik.

Tuesday, 27 July 2010

Demo mesin rumput tenaga solar!

26.7.2010 - Sepasukan pegawai dari JKR Rembau telah mengadakan satu demonstrasi khas di Sekolah Kebangsaan Sepri..

Ya.. Inilah mesin rumput yang menggunakan tenaga solar yang dihasilkan oleh sepasukan pakar dari JKR Rembau yang akan menyertai satu pertandingan peringkat negeri. SK.Sepri mendoakan pasukan JKR Rembau akan menjuarai pertandingan tersebut.




En. Murali dari JKR Rembau menemuramah Guru Besar SK.Sepri untuk mendapatkan maklumbalas penggunaan mesin rumput yang menggunakan tenaga solar.


Cikgu Abdullah mengambil kesempatan menerangkan fungsi sel-sel solar kepada murid-murid yang menyaksikan demonstrasi tersebut.


ps: memang praktikal mesin rumput tu...ringan, senyap dan ekonomik.

Guru Ganti Baru

Cikgu Nuramira Hazirah bt Rahim akan menggantikan Cikgu Abdullah Harun yang berkursus selama 4 hari mulai hari ini sehingga 30 Julai 2010.
Selamat datang dan selamat menjalankan tugas.

Ujian bulan Julai


Murid-murid SK.Sepri dari Tahun 1 hingga 6 menduduki Ujian Bulan Julai bermula hari ini 27 Julai 2010 dan berakhir pada 28 Julai 2010.
Selamat menduduki ujian..

Monday, 26 July 2010

Nisfu Syaaban


Malam ini merupakan malam ke 15 bulan Syaaban yang juga turut dikenali dengan malam Nisfu Syaaban, Kebiasaannya sudah menjadi amalan sebahagian daripada umat Islam di negara ini untuk meraikan sambutan malam nisfu syaaban dengan berhimpun di masjid atau surau berdekatan sambil mengadakan majlis bacaan yassin. Dalam khutbah Jumaat minggu lepas di estet saya juga turut menceritakan mengenai amalan pada malam Nisfu Syaaban ini dan kalau boleh hendaklah juga turut di amalkan bukan sahaja di bulan syaaban malahan di bulan-bulan lain.

Berhubung dengan perbezaan pendapat mengenai amalan sempena malam Nisfu Syaaban ni di mana terdapat sesetengah pihak mengatakan ianya amalan bidaah semata-mata.

Berhubung dengan perkara tersebut juga Blog ini menegmabil inisiatif untuk merujuk kepada satu soal jawab mengenai perkara tersebut yang di temui dalam ruangan soal jawab di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Soalan: Apakah Hukum Sambutan Nisfu Syaaban seperti membaca Yasin 3 kali Selepas Solat Maghrib ai malam 15 Syaaban?

Jawapan: Hukumnya dibolehkan. Namun, berkaitan dengan bacaan yassin 3 kali janganlah dijadikan sebagai satu kewajiban yang perlu dibaca pada malam tersebut. Ia hanyalah amalan sunat (menbaca Al-Quran). Jika hendak membaca surah tersebut sama ada satu kali bacaan ataupun lebih daripada 3 kali pun tidak mengapa.

Pada masa yang sama pihak JAKIM melalui laman ‘Himpunan Hadith Harian JAKIM’ juga ada menyiarkan hadith berkaitan amalan-amalan Sunat Di Bulan Syaaban.

Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.” (al-Bukhari)

Huraian:

  1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
  2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan
  3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
  4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
    1. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”
    2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)
    3. Bertaubat; dan
    4. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=620

Selamat beribadat di bulan Syaaban.

Jadual Ujian Julai

Mengemaskini SSQS




Beberapa orang guru dan murid mengisi data SSQS (Smart School Qualification Standard) untuk tujuan penarafan. Diharap tahun ini sekolah kita akan dapat meningkatkan pencapaian ke taraf 5 bintang! Caranya.. tingkatkan penggunaan ICT dalam P&P dan kemahiran diri menggunakan ICT.

Saturday, 24 July 2010

Tazkirah

Rezeki

Manusia sering bimbang mengenai rezekinya apakah ada atau tidak cukup? Tetapi apakah itu rezeki? Adakah harta atau wang ringgit itu rezeki?

Menurut Islam, Allah S.W.T. berkehendakkan kita supaya bercakap benar dan jangan melakukan yang batil. Buatlah apa yang diredai Allah dan ketahuilah bahawa rezeki kita berada di tanganNya. Tidak seorang pun yang boleh mengambil atau menyekat rezeki kita. Allah telah menerangkan kepada kita bahawa Ia mengurniakan Qarun dengan harta yang banyak. Namun Qarun tidak pernah puas kerana angkuh.

"Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku.' Dan apakah ia tidak mengetahui bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? (Surah Al-Qasas: 78)

Sesungguhnya rezeki itu tidak berperanan pada harta, darjat, keturunan atau pangkat saja, malah ia memainkan peranan mendapatkan keredaan Allah dari segi percakapan dan amalan. Di sinilah kita dapat memahami maksud firman Allah yang berikut, yang bermaksud:

Dan jadilah orang-orang (yang sebelumnya) itu mencita-citakan kedudukan Qarun itu berkata: Aduhai, benarlah Allah telah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dari hamba-hambaNya dan menyempitkannya. Kalau Allah tidak melimpahkan kurniaNya atas kita, benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). Aduhai, benarlah! Tidak beruntung
orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah). (Surah Al-Qasas: 82)

Allah telah mengurniakan orang-orang yang bermaksiat terhadapNya dengan harta yang banyak atau darjat keduniaan yang tinggi.

KEMURKAAN

Jika ditinjau dari segi zahirnya, ini adalah satu kebaikan bagi mereka. Namun yang sebenarnya adalah khilaf. Harta dan pangkat ada kalanya tidak mendatangkan kebaikan.

Allah berfirman yang bermaksud:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan dibukakan jalan keluar baginya (dari sebarang masalah) dan akan dikurniakan rezeki dari sumber-sumber yang tidak diduga. (Surah At-Talaaq: 2 & 3)

Bertakwa kepada Allah dan mengetahui akan sebab-sebab rahmatNya adalah rezeki yang sebenarnya. Oleh yang demikian, Rasulullah S.A.W. tidak mengibaratkan kerana banyak harta itu adalah kaya, akan tetapi kesucian itu adalah diiktibarkan kaya yang sebenarnya. Baginda pernah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud:

Bukanlah kekayaan itu oleh sebab banyak harta yang dipamerkan akan tetapi kekayaan itu adalah kekayaan jiwa. Bukanlah nikmat Allah yang zahir yang dilimpahkan kepada manusia dengan harta yang banyak dan sebagainya menunjukkan kebaikan dan keredaan Allah. Bukanlah dugaan Allah ke atas hambaNya satu dalil yang menunjukkan kemurkaan Allah. Perkara ini adalah sebaliknya.

Boleh jadi sesiapa yang telah dilimpahkan oleh Allah dengan pelbagai nikmat itu mungkin dianggap sebagai satu 'pujukan atau umpanan yang berperingkat' dan berkemungkinan pula sesiapa yang diduga oleh Allah adalah sebagai satu kelebihan di sisiNya. Allah berfirman yang bermaksud:

Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (bererti bahawa) Kami segera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sedar. (Surah Al-Mukminuun: 54 & 56)

Rasulullah pula ada menegaskan dalam sebuah hadis yang maksudnya:

Apabila kamu melihat seseorang itu dikurniakan atasnya rezeki dan masih bermaksiat kepada Allah, maka ketahuilah kamu bahawa ini sesungguhnya adalah satu pujukan atau umpan.

Oleh yang demikian, janganlah kamu sangka bahawa sedikit harta itu adalah jauh daripada rezeki Allah.

DOSA-DOSA

Berkemungkinan bahawa orang-orang yang diberi nikmat rezeki itu adalah sebagai nikmat yang negatif seperti menjauhkan daripada penyakit dan dosa-dosa sehingga dia meninggalkan dunia ini dengan penuh kesucian dan beroleh kemenangan dengan syurga yang abadi.

Rezeki di sisi Allah dikurniakan untuk semua makhluk sama ada dari golongan manusia, jin, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Allah mengurniakan rezekinya pada had yang tertentu seperti firmannya yang bermaksud:

Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu. (Surah Az-Zaariyaat: 22)

FirmanNya lagi yang bermaksud:

Dan tidak ada satu binatang yang melata (segenap makhluk Allah yang bernyawa) pun di bumi melainkan Allahlah yang memberikan rezekinya dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. (Surah Huud: 6)

Tidak ada makhluk di muka bumi ini yang berupaya menambah atau mengurangkan, mempercepatkan atau melewatkan rezeki seseorang. Rasulullah S.A.W. telah bersabda dan menekankan hal ini dalam hadisnya yang bermaksud:

Ketahuilah! Jika sesuatu umat itu dikumpulkan untuk memberi manfaat kepada kamu, nescaya tidak akan terlaksana melainkan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagi kamu dan jika mereka memudaratkan kamu, tidak juga akan terlaksana melainkan apa yang telah dicatat oleh Allah. Diangkat 'Kalam-kalam' dan dibentangkan 'Buku-buku'.

Maksud 'kalam' di sini ialah "kuasa mentakdirkan rezeki dan ajal", manakala 'buku' pula adalah segala apa yang telah termaktub sejak dari azali sebelum Allah menjadikan langit dan bumi seperti yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Rasulullah yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah telah menetapkan kuasa ketakdiranNya sebelum dijadikan langit dan bumi dalam lima puluh ribu tahun.

Di sini ternyata kepada kita bahawa seorang Mukmin yang sempurna imannya tidak khuatir pada rezekinya kerana yang mengurniakannya adalah Allah S.W.T.

IMAN DAN TAKWA

Iman dan takwalah yang dapat memainkan peranan bagi memahami ujian Allah bahawa kekayaan dan kemiskinan itu terletak di tangan Allah sebagaimana yang difirmankanNya:

Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakanNya dan diberiNya kesenangan, maka dia berkata: 'Tuhanku telah memuliakanku'. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membataskan rezekinya, maka dia berkata: 'Tuhanku menghinaku'. (Surah Al-Fajr: 15 & 16)

Berjuta-juta manusia mati kelaparan disebabkan kemarau yang berpanjangan. Ajal mereka telah sampai sebagaimana yang ditetapkan Allah S.W.T. sejak dari azali lagi. Dengan kembalinya seseorang itu maka terhenti dan terputuslah rezekinya. Dengan kembalinya seseorang itu ke hadrat Ilahi, maka terhenti dan terputuslah rezkinya. Al-Quran ada menerangkan yang bermaksud:

Maka apabila telah datang ajalnya, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) memajukannya. (Surah Al-Araaf: 34)

KESESATAN

Rasulullah telah menerangkan dengan jelas dalam wasiatnya kepada Ibnu Abbas yang bermaksud:

Jagalah Allah semoga Allah akan menjaga kamu; jagalah Allah semoga kamu mendapatiNya berhadapan dengan kamu; jika kamu mohon pertolongan, maka mohonlah kepada Allah.

Inilah wasiat yang tidak syak lagi bahawa Allah sajalah yang memberi manfaat dan memudaratkan, merendah dan meninggikan; memulia dan mengeji, menghidup dan mematikan. Tidak ada suatu makhluk sama ada individu atau kumpulan masyarakat yang
dapat memberi kesan pada manusia melainkan dengan izin Allah. Firman Allah, bermaksud:

Jika Allah menimpakan suatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri.Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah An-Anaam: 17)

Kesimpulannya, apa yang boleh mendatangkan manfaat bagi seseorang, itulah rezekinya yang sebenar. Selain daripada itu, apa yang diperolehinya itu boleh membinasakan dan menyesatkannya.

P/s:kepada rakan2 yg dah ambik ptk 2,3 kali tapi tak jugak lulus-lulus tu tak peeee...ada rezeki lain pulak...kepada yg dapat APC tu kira rezeki laaa....yg tak dapat tak peee....ada rezeki lain....jgn poning2 memikirkan bila la aku nak dapek pulak????bilo??bilo???rezeki kita kat dunia ni semua dah diaturkan oleh Allah...jgn pikir2 sangat..yg kita nak kena poning ialah apa bekalan kita nak dibawa bertemu dengan Allah nanti!!!! yang n kono poning......

Friday, 23 July 2010

Jamuan Bubur Jagung





Ke - 10 000 ...


Hari ini 23 Julai 2010. Blog SK.Sepri telah menerima
kunjungan ke-10 000.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah melawati laman blog ini sejak 27 Jun 2009 yang lalu.

Thursday, 22 July 2010

LDP : SISTEM FAIL

Tarikh: 22 Julai 2010
Hari : Khamis
Tempat: Makmal ICT
Masa: 2.30 pm
Penceramah: En.Mat Rodzi b Kadir
Penyelia Pembangunan
Pejabat Pelajaran Daerah Rembau







Masa Menuai...


Buat apa tu Yung?

Cikgu Norleza turut membantu Pak Jalil menuai jagung yang telah matang.

Hmm.. boleh tahan jugak jagung kita..




Wednesday, 21 July 2010

Latihan Kebakaran

GPK HEM, Cikgu Hanapiah Embot memberi penerangan dan maklumbalas hasil latihan kebakaran yang diadakan pada hari ini.

Guru-guru memastikan semua pelajar selamat..

Cikgu Suhaya dapat mengesan dua pelajarnya yang hilang dengan pantas... Tahniah!

Jagung kita sudah matang..


Insyaallah, Jumaat ini seluruh Warga SK.Sepri akan dapat menikmati bubur jagung istimewa...

Guru Ganti

Cikgu Syahruzaman Kamarudin menggantikan Cikgu Rosidah Md Tahir yang mengikuti kursus JU Matematik di Radius Hotel K.Lumpur bermula 19 hingga 22 Julai 2010.

Template by - Abdul Munir - 2010