Wednesday, 30 June 2010

Motivasi: 3 Tanda Kekotoran Hati

Kali ni saya kongsikan 3 tanda kekotoran hati. Hati yang bersih terpancar pada sinar cahaya wajah dan dapat dikenalpasti dari tutur kata, perbuatan, perilaku dan pemikiran yang bersangka baik setiap masa.

3 tanda kekotoran hati saya mulakan dengan…

1. Dengki
Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.

2. Tamak
Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.

Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.

3. Banyak Bercakap Seolah-olah Dia Tahu Semua Perkara.
Biasanya orang sebegini mahu dirasakan kehadirannya penting.
Oleh itu, dia akan banyak bercakap, sangat banyak untuk memperlihatkan yang dia tahu banyak perkara dan mahu memberitahu minda orang bahawa dia boleh bercerita pasal apa saja.
Tapi, dia tak pernah ambil tahu sama ada apa yang dia ceritakan itu bohong, khabar angin atau fakta.

Anda perlu berhati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka bijak membuat fitnah dan pandai berlakon. Dia pandai membuat fakta dan biasanya, lebih banyak bercakap daripada bertindak melakukan apa-apa.

Muhasabah diri Anda. Andai sikap sebegini ada pada Anda, ubah segera hari ini juga!.

Pilih untuk menjadi orang yang cemerlang.

Cemerlang dari segi sikap, perangai, tutur kata dan fikiran.

Tuesday, 29 June 2010

Kalau berbudi pada tanah..


Monday, 28 June 2010

Budak 3 tahun hafaz 3 juzuk al-Quran

IPOH 27 Jun - Kebolehan Darwisha Adriana Rozali, 3, memperdengarkan bacaan surah al-Waqiah bukan sahaja mengagumkan kira-kira 1,000 hadirin tetapi turut menarik perhatian Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Darwisha berjaya menghabiskan bacaan hafalan 96 ayat dalam surah ke-56 itu dalam tempoh tidak sampai 15 minit.

Ibunya, Mazlina Ramli, 39, ketika ditemui berkata, kebolehan anak sulungnya itu terbukti apabila dia mampu menghafaz tiga juzuk al-Quran termasuk surah-surah pendek dalam juzuk ke-30.

"Sejak usia enam bulan, saya sudah mendedahkan kepada Darwisha Adriana ayat al-Quran menerusi cakera padat video (VCD) surah al-Furqan.

"Saya mengajarnya dengan menggunakan buku Iqra' ketika berusia setahun," katanya yang berasal dari Shah Alam.

Sementara itu, Zambry berkata, kerajaan negeri akan mewujudkan sekolah tahfiz al-Quran dan hadis dalam usaha melahirkan tahfiz yang berkaliber di negeri ini.

Beliau berkata, langkah itu juga bagi membolehkan pelajar yang menamatkan pengajian di sekolah-sekolah agama dapat meneruskan pengajian tahfiz mereka.

"Setakat ini, sebuah pusat pengajian tahfiz sudah diwujudkan di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan tahfiz," katanya di sini.

Sementara itu, Zambry berkata, perkembangan Pusat Pendidikan Al Barakah merupakan satu pendekatan yang komprehensif ke arah melahirkan insan yang mempunyai kemahiran dalam bidang agama.


Sumber:Utusan Malaysia

Sunday, 27 June 2010

Perhimpunan Hari Guru Peringkat N.Sembilan 2010












Mawi pun ada....







....Menu....

Monday, 21 June 2010

Anugerah Cemerlang 2009

ANUGERAH CEMERLANG
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2009

Sekalung Tahniah Daripada:
KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN
MAJLIS GURU BESAR NEGERI SEMBILAN

~TAHNIAH KEPADA SEMUA~

Thursday, 17 June 2010

~Happy Birthday~

Monday, 14 June 2010

Siapa juara kali ini??

Thursday, 10 June 2010

Panduan harga komponen PC

Wednesday, 9 June 2010

Monday, 7 June 2010

SUKMA


10 - 19 Jun 2010

Friday, 4 June 2010

Majlis Perpisahan


Thursday, 3 June 2010

6 penjuru

Hari ini dalam sejarah

pada hari ini bersamaan dengan hari Khamis bertarikh 3.6.2010, bertempat di SKS diadakan perjumpaan 3 penjuru antara guru.penjaga dan murid. Dari segi sambutan memang menggalakkan laaaa...ramai yang datang dah macam kenduri kawin pulak....ada yang pakai baju batik, pakai baju kemeja, pakai kain batik pun ada.....huhuhu...Cikgu-cikgu jangan cerita la...memang sibuk sesangat...tak sempat nak pi makan kat kantin....ada yang minum kat situ je....tengok Kak Suhaya kita tu....air yang atas meja tu dah masuk air yang ke 4 gelas tuuu..dahaga sesangat....
Tapi apa yang sejarah nya hari tu....
nak tahu apa yang sejarahnya.......???cuba tengok gambar pasangan penjaga tu....yang pakai baju warna biru tu laaaa......orang lain semua atas tajuk perjumpaan 3 penjuru....tapi bagi penjaga tu bukannya perjumpaan 3 penjuru tu.....kira2 nya dah perjumpaan 6 penjuru tu....semua turun....apa yang spesialnya sampai 6 penjuru sekali? liat sangat ke?huhuhuhu
tak de lah liat sangat tapi........nak menunjukkan bahawa betapa komitmennya penjaga ngan guru2 kat SKS dalam menyelesaikan masalah anak mereka.......ITU YANG KITA NAK!!!!!![mcm biasa dengar je ayat tu.....tiru ka???] apa-apa pun TERIMA KASIH CIKGU..........

Perjumpaan 3 Penjuru

Terima kasih kepada ibubapa dan penjaga murid SK.Sepri yang sempat hadir ke Perjumpaan 3 Penjuru pada hari ini.
TAHNIAH !

Anda sememangnya ibu bapa yang prihatin terhadap kemajuan pencapaian akademik anak-anak tuan/puan.


Wednesday, 2 June 2010

Jangan tak gosok..

Tengok sini..begini caranya yang betul..

Tuesday, 1 June 2010

Aktiviti Kemahiran Hidup


Aelis Alim sedang belajar menjahit.. ada bakat!

Template by - Abdul Munir - 2010