Thursday, 29 April 2010

Rawatan Pergigian di SK Sepri 2010




Ramai murid yang takut , namun ada juga yang berani..
Apapun keadaannya..gigi yang rosak perlulah dirawat.
Terima kasih misi... Tahun depan datang lagi..

Wednesday, 28 April 2010

heheeeeeeeheeeee

gambo ni dicandid masa program motivasi kat pertanian Ulu Sepri niiii....ish..ish...ish...apalah yang menariknya sampai boghonti makan masing2.yang si Suhaya tu sampai berkerut dahi memikirkan.yang akan hujung tu pulak...eemmm melopong {eh....tak sempat nak melopong lah...} dongar ceghito apa lah tu....tapi si Liza...[ada kena belasah budak niiii.....dalam hati lah tuuuu] muka serius je...mcm tak percaya dengan apa yg didengar....apa- apa pun...apa lah cerita yang didengar tu kan?pastu sape pulak yg tukang cerita tu?nampak jari jeee...

Tuesday, 27 April 2010

Lawatan Pembangunan




27 April 2010- Sekumpulan pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan JKR Daerah Rembau mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sepri untuk mengadakan perbincangan dan melihat sendiri perkembangan pembinaan 2 blok baru SK.Sepri. Setakat ini hampir 62% pembinaan telah siap dijalankan. Pembinaan ini dijangka siap sepenuhnya sebelum bulan Ogos tahun ini.

Syabas atas kejayaan

Syabas kepada Panitia Bahasa Melayu dengan
kejayaan dalam Karnival Bahasa Melayu.


Monday, 26 April 2010

Gotong Royong Peringkat Sekolah



Terima kasih kepada semua yang menjayakan
Program Gotong Royong Peringkat Sekolah

MTAQ Peringkat Negeri


Tarikh : 26 April 2010
Hari : Isnin
Tempat : SMK Bukit Jalor, Gemenceh

Hafazan (P) SR: Siti Nur Syakirah Mohd Fauzi


Pemenang-pemenang bergambar bersama MB...


TAHNIAH!!!..dapat tempat ketiga

** Tahun depan kita cuba lagi ok.....

Sunday, 25 April 2010

~Happy Birthday ~

Saturday, 24 April 2010

Hari Pertama...~Program Motivasi & Klinik UPSR 2010~

....CERAMAH MOTIVASI.....


Ustaz Norazman Imam Masjid Ampangan

Air mata keinsafan...


Semoga Keinsafan ini berkekalan....


Maafkan kami ibu...maafkan kami ayah.....


Ibu ....... Ayah...
Begitu besar pengorbanan yang kau berikan kepada kami....
Terima kasih ibu..terima kasih ayah..

Sedang berlangsung..

Thursday, 22 April 2010

Taklimat Program Motivasi...

Cikgu Nor Azman, Guru Bimbingan dan Kaunseling SK.Sepri memberi taklimat kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menyertai Program Motivasi dan Klinik UPSR yang akan diadakan pada 23 hingga 25 April 2010 bertempat di Kompleks Teknologi Pertanian
Ulu Sepri.

Tuesday, 20 April 2010

Berikan yang terbaik


Para peserta Karnival Bahasa Melayu mempersembahkan kebolehan mereka di hadapan kawan-kawan sebelum acara sebenar yang akan berlangsung esok. Semoga berjaya..

Kusyuk mendengar cerita yang disampaikan....


Mungkin ada "tips" kejayaan yang diberikan oleh GB kepada peserta-peserta karnival...

Monday, 19 April 2010

SYABAS SEMUA....... VIVA SK.SEPRI!

Tahniah kepada pasukan Sk Sepri yang menyertai 
Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Rembau.

Harimau muda SK.Sepri..

19 April 2010- Pasukan bolasepak SK.Sepri sedang giat menjalani latihan di bawah pengawasan Cikgu Zakaria dan Cikgu Nor Azman.

Wednesday, 14 April 2010

KARNIVAL BAHASA INGGERIS

Tarikh: 14 April 2010
Hari: Rabu
Tempat: SK Undang Rembau
Masa: 8.00 pagi - 2.00 Petang

TAHNIAH!!!!
Nor Shaidatul Aqeela....JOHAN public speaking..

Action Song.....tahun depan kita cuba lagi k...jgn sedih tau...


Tuesday, 13 April 2010

Good luck ..




We wish you all the best..

Friday, 9 April 2010

KEM BESTARI SOLAT 2

TARIKH: 10 APRIL 2010
HARI: SABTU
MASA: 8.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT: SK SEPRI
SASARAN: TAHUN 1,2,3 DAN 4


Perkhemahan Pandu Puteri Tunas

9 April 2010 - Dua pelajar SK.Sepri iaitu adik Nurul Hanisah bt Ab.Malek dan Anis Athirah bt Mohd. Rafai menyertai Orientasi Perkhemahan Pandu Puteri Tunas Peringkat Negeri di SK.Chembong bermula 9 April hingga 10 April 2010.
Mereka diiringi oleh Cikgu Muliana Hj Abang.
Selamat menjalani perkhemahan...

Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Tahun 6



8 April 2010 - Sepasukan pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Rembau menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada pelajar-pelajar tahun 6. Mereka juga diberikan nasihat dan kaedah penjagaan kesihatan diri.

Wednesday, 7 April 2010

Selamat Hari Lahir Cikgu Mad

Hari ni MENANG lagi...

Guru-guru sentiasa memberi semangat....GB pun datang hari ini...:)

Rahimi boleh..laju lagi...
viva sks...viva sks...viva sks...
Pingat Perak: Lompat Jauh Lelaki (Fairuz Fadhil Rahimi)
Pingat Gangsa: 200M (Fairuz Fadhil Rahimi)

** semoga esok kita dapat bawa balik pingat lagi..

~Pingat Pertama~ 4X100M Lelaki B12

KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT DAERAH REMBAU 2010

Tarikh : 6 April 2010
Hari : Rabu
Tempat : Padang SMK Undang Rembau

....Pingat Perak....

Tuesday, 6 April 2010

Taklimat SIP dan SIT

Cikgu Rahazreen dan Puan Zalina menghadiri taklimat SIP dan SIT ( School Improvement Programme dan School Improvement Toolkit) di SK. Undang Rembau pagi tadi. Banyak maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam sistem online KPM.

Monday, 5 April 2010

Syabas SKSepri !! Johan Negeri


Syabas Pasukan SK Sepri kerana telah berjaya mewakili Negeri Sembilan ke Peringkat Kebangsaan dalam pertandingan Petronas Street Smart setelah berjaya menjadi Johan di Peringkat Negeri. Teruskan kecemerlangan.. Tahniah kepada pelajar yang terlibat... termasuk juga ibubapa yang sentiasa memberi sokongan. Tidak lupa tahniah kepada cikgu-cikgu yang telah membimbing pelajar berkenaan.

Template by - Abdul Munir - 2010