Sunday, 28 February 2010

Akhirnye....sampai juga ke puncak..

Hehehe..walaupun lambat sampai, kami tetap berjaya sampai ke puncak.
YES!!! bebaloi-baloi

Kami sedang menikmati keindahan...cantik...rugilah sape tak naik..hehehe

Bersemangat betul anak GB ni..awal-awal lagi dh sampai atas..POWER lah
Ni tengah betulkan urat-urat..
Tabik la K.Ina..memang betul2 kuat...macam tak caya..
Cikgu Mohd memang POWER...

Saturday, 27 February 2010

kemuncak

pemandangan dari puncak Gunung Datok utk dikongsi ngan kengkawan yang tak lepas naik tuuuuu..

gambar ini di ambil dari puncak Gunung Datok dari ketinggian 2900 kaki

horeyyyyyy....horeyyyyyy kami dah sampai puncak......rugi sapa yg tak naik atas tau...kami akan tawan Gunung Kinabalu pulak tahun depan[eksyen jee]

XPDC Gunung Datok

ni dah nak dekat sampai dah ni...posing lagi.....bilo nak sampai asyik bergambar je....kalau nak tahu ni rombongan yang terakhir ni...kat belakang dah tak de dah....kira2nya kami lah last.bukan apa simpan tenaga untuk turun pulak....
sempat berposing si Suhaya ngan kengkawan..kelihatan GB yang santai dengan jeansnya mcm nak balik Monceh..........tapi santai2 pun dpt jugak menamatkan misi menawan puncak Gunung Datok.
Berehat di pertengahan pandakian bagi menghilangkan penat....mana tang lain??masa ni..ada yg patah balik dan ada yang dah ke depan...bergantung kepada stamina masing2.

Sesi bergambar di kaki gunung Datok sebelum memulakan cabaran pedakian.Kelihatan Cikgu Yazid yang berkobar2 untuk menawan puncak Gunung Datok.



Friday, 26 February 2010

Gunung Datok

Negeri Negeri Sembilan, Rembau
Gunung Gunung Datok
Ketinggian 2,900 Kaki
Ringkasan

Gunung Datuk adalah merupakan gunung yang tertinggi di daerah Rembau dengan ketinggian 2900 kaki dari aras laut. Gunung ini terletak di Kampung Batang Nyamor mukim Gadong dalam daerah Rembau. Ia boleh dikunjungi dari Tol Simpang Empat Alor Gajah Melaka, dari selatan, Tol Pedas/Linggi dari sebelah utara pintu masuk ke Daerah Rembau dengan jarak 13 km dari Pekan Rembau dan Pekan Tampin.

Di kaki Gunung Datuk pengunjung disajikan dengan aliran air sungai dan terdapat tapak perkhemahan yang luas. Kawasan ini dilengkapi dengan dewan dan tandas awam untuk keselesaan pengunjung.
Pendakian ke puncak mengambil masa 2 jam dari Hutan Lipur Gunung Datuk dengan melihat keindahan flora dan fauna disepanjang pendakian. Trak laluan adalah sesuai untuk semua peringkat umur. Apa yang menariknya, puncak Gunung Datuk mempunyai kelainan iaitu permukaan yang berbatu hampar dan lebih menarik lagi terdapat kesan tapak kaki Laksamana Melaka yang masyhur iaitu Hang Tuah yang dikatakan pernah ke sini.

12 Rabiul Awal

Thursday, 25 February 2010

Lunch with GB..

[isyarat tangan sambil berbisik] lopeh makan jangan lupo cari kayu api yo...."kata GB kepada guru2nya...
Reen:he..he..he..bukan kayu api lah cikgu.........lopeh makan jangan lupo basuh pinggan...


kau ambik yang bahagian poho tu dir.....siap kau....[sambil menunjukkan penumbuk]
Abang Hidir:[dalam hati dgn muka takut]tak heran do setakat poho sokotol tu....den ari sabtu ni nak pi makan KFC ngan ayang den kat Terminal.


p/s: ini lah suasana jamuan tgh hari tadi...
terima kasih daun keladi.....kalau boleh buatlah hari-hari.....

Jawap pantun:
daun keladi masak tenggiri...nak hari-hari pakai duit sendiri....huhuhuhu..

"Salam Maulidur Rasul"

Selamat Hari Lahir Cikgu Abdullah

Wednesday, 24 February 2010

merentas desa

Petang tadi sekolah aku ada buat merentas desa untuk warming up cikgu2 yg nak panjat gunung Datuk pada hari sabtu niiiii....jadi dalam pada merentas desa tadi tuuu mcm2 lah gelagat yang dapat aku tgk...antara nya ialah....ni...yg gambar atas tu..punyalah semangat nak rentas desa tapi......yg aku musykilkannya diorang ni jalan mengundur....lebih kurang 3 km kot jalan gostan..aku ni sbg pemerhati jeee...aku ikut diorang ni sampai sudah jalan mengundur..mmg power tul....tapi aku tak tahan nak tanya gak"apasal jalan mengundur ni Tuan" hee..he...he..he...dia kata apa nak tau...ee sebenarnya inilah latihan yg kami kena buat untuk panjat gunung nanti...
aik???? org lain joging biasa je..kedepan..
ooooooo.....kami lain..."apa yg lain"? aku bertanya...kami ni nak masuk malaysia book of rekod....
ye lah apa kene mengenanya ngan jalan mengundur...???oooo....hari Sabtu ni kami akan panjat gunung datuk sambil mengundur sampai ke puncak....................turun???? turun pun kami akan mengundur....fuh bagus..bagus..bagus...satu idea yg baik..nak mula mengundur dari mana??aku bertanya......kami akan mengundur dari rumah mak long esah depan sekolah kita tu...kami akan naik keta pun mengundur sampai kaki gunung datuk..fuuuuuhhhhh....mmg bagus lah idea cikgu ni...kenapa tanya??awak nak join saya tak??[dlm hati......tak do kojo den nak ikut....]
bagus jugak tu...nanti saya tanya wife saya ye....
tu siapa pulak lelaki kat tgh2 tu.....oooo tu lah juara pada ptg tadi...juara merentas desa...power nya dia....biasalah....hari2 makan madu ngan telur ayam kampung....eemmm patut lah juara...
habis tu sape pulak gadis2 yg keliling dia tu......oooohhh...biasa lah...juara kan mesti ramai peminat.....apapasal semua tunjuk tanda dua je....yg tu tak leh bagi tau dalam blog ni.....nak tau esok jumpa saya ye.....
apa lah yg cikgi2 tu tgh buat.....kenapa awk nak tau ke?????Ustzh tu tgh perah baju dia laaaa...lepas jalan keliling kg tadi..[jalan ke lari?...jalan je]peluh punya lah banyak..dekat2 sebaldi.
yg si Muliana ngan Shidah tu pulak nak cuba pijak atas papan tu katanye nak test patah ke tidak...maklumlah lepas lari tadi setidak2 nya turun 5 paun.
yg cikgu Rohaida pulakbertekak ngan Masita....bertekak???apapasal....apalagi....masing2 mengaku juara rentas desa....bincang punya bincang...ghupo ek..duo2 tak masuk bertanding...jaga chekpoint je....[monyosa den masuk kan dialog diorang]

Cuba Teka Siapa Saya ???


Transformasi kurikulum sekolah


MUHYIDDIN Yassin melihat R.Mitra melayari laman sesawang MyIdeas pada Majlis Pelancaran MyIdeas@Schools di SK Lenga Pagoh, Muar, Johor, semalam.


MUAR 23 Feb. - Kementerian Pelajaran akan melakukan perubahan dalam kurikulum sekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan.

Untuk itu, aspek penerokaan ilmu akan diberi penekanan dengan lebih banyak tumpuan kepada pelajar dan bilik darjah, bukan lagi dominasi oleh guru.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan yang dilakukan dari semasa ke semasa itu bertujuan menerapkan budaya berfikir yang kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

"Proses pembelajaran ini akan lebih mementingkan interaksi di antara murid, guru dan rakan sekelas yang diharapkan dapat membantu percambahan idea yang kreatif dan inovatif.

"Di samping itu, budaya kreativiti dan inovasi juga boleh dipupuk melalui aktiviti kokurikulum seperti bengkel, seminar dan pertandingan," katanya semasa melancarkan program MyIdeas@Schools di Sekolah Kebangsaan Lenga, Pagoh dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili; Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran percaya kunci pemupukan budaya inovasi adalah kurikulum yang seimbang dari aspek penyampaian ilmu dan penjanaan budaya berfikir.

Katanya, kerjasama kementeriannya dengan Yayasan Inovasi Malaysia serta Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) bagi menjayakan MyIdeas@Schools adalah inisiatif yang dapat melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi.

"Kementerian Pelajaran dengan kerjasama MDeC telah melatih seramai 42 guru dari 21 sekolah bestari luar bandar dalam fasa pertama program ini.

"Latihan ini bertujuan memastikan guru-guru mempunyai kemahiran yang diperlukan bagi membimbing murid-murid menggunakan portal MyIdeas@Schools dan melaksanakan strategi berkesan bagi menggalakkan murid menghasilkan idea yang kreatif dan inovatif," katanya.

Beliau berharap ia akan menjadi landasan menghimpunkan idea-idea inovatif murid-murid supaya dapat diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.

"Saya percaya, dalam usaha kita untuk menjadi negara maju, kita perlu memiliki teknologi tempatan yang dihasilkan oleh anak watan.

"Contoh terbaik ciptaan satelit RazakSAT yang dihasilkan anak tempatan dan kini mengelilingi garisan Khatulistiwa," katanya.

Tuesday, 23 February 2010

Cerita kedai kopi..


Ujian bulanan dah selesai.. Release tension la agak eh ni..

Monday, 22 February 2010

NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia

NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia




Di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:


1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.


Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :

1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)

2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.

3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).

4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).

5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.

6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

Ujian Bulan Februari SKS 2010 bermula..


Pelajar-pelajar tahun 6 Harmoni dan 6 Dinamik 2010



semoga berjaya semua....

Saturday, 20 February 2010

Kegemilangan sukan sekolah akan dikembalikan, kata TPM

20/02/2010 6:49pm

PETALING JAYA 20 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah-sekolah memandangkan ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi.

"Sudah hampir 10 atau 20 tahun sukan di sekolah tidak diutamakan, apa sebabnya tidak diketahui. Sehinggakan di sekolah-sekolah, sukan bukan sesuatu yang dibanggakan berbanding zaman saya muda dulu.

"Ketika itu, sukan suatu yang kita pandang sebagai acara yang menceriakan dan menyeronokkan. Saya telah buat keputusan untuk kembalikan semula kegemilangan sukan di sekolah kerana pembangunan sukan negara bermula di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah SAM-100Plus 2009 anjuran Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan, menggariskan lima unsur penting untuk dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Antaranya, beliau telah mengarahkan Bahagian Seni, Sukan dan Ko-Kurikulum di Kementerian Pelajaran supaya dirombak dan meletakkan sukan berasingan daripada yang lain.

"Kita akan wujudkan pegawai atau pengarah tertentu yang akan ditetapkan untuk menjaga pembangunan sukan di sekolah,” katanya. – Bernama


Kementerian Pelajaran timbang guna kaedah PFI – Puad

20/02/2010 5:32pm

BATU PAHAT 20 Feb. – Kementerian Pelajaran bercadang menggunakan kaedah Inisiatif Kewangan Swasta (PFI) bagi membina infrastruktur sukan di sekolah-sekolah, kata Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Beliau berkata, kementeriannya bercadang menggunakan kaedah itu berikutan kekurangan peruntukan yang diterima tahun ini serta kos pembinaan infrastruktur sukan yang tinggi.

"Pada tahun ini, sebagaimana yang dimahukan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sukan akan menjadi elemen yang penting di sekolah-sekolah dan selaras itu, kita akan meningkatkan infrastruktur sukannya, “ katanya yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat kepada pemberita di sini hari ini selepas merasmikan pelancaran Skim Khairat Kematian Percuma Parlimen Batu Pahat.

Mohd. Puad memberi contoh tentang perbelanjaan tinggi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan jika ia membuat keputusan untuk membina sekolah sukan di mana kos pembinaannya boleh mencecah sehingga RM120 juta sebuah.

"Di dalam pembinaan sebuah sekolah sukan, kerajaan bukan hanya membina bangunan sekolah tetapi juga stadium yang siap dengan trek olahraga dan balapan serta gelanggang untuk sukan-sukan yang berlainan” katanya. – Bernama

Sifu Comp.com



Pas tu buat camne sir...? Sir senyum jer.. dalam hati ( dia ni faham ke tidak ni.?) Latihan dalaman secara tak langsung ni memang selalu berlaku di sekolah. Cikgu tulis aje aktiviti pembelajaran seperti ni kat belakang buku Ringkasan Mengajar. HEM pun tak lepaskan peluang mempelajari sesuatu yang baru hari ni..

Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Bilik Darjah 2010

HEM memberikan penerangan terperinci cara pelaksanaan dan penilaian program Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Bilik Darjah

Panel-panel penilai tekun mendengar taklimat

Dengarnya kelas yang paling bersih akan adapat anugerah. Guru kelas pun akan diberi anugerah akhir tahun nanti

Friday, 19 February 2010

Guru Pondan mungkin dipindah

MELAKA: Guru lelaki berusia 41 tahun yang dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) malam kelmarin, atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh, berkemungkinan dikenakan tindakan tatatertib termasuk ditukarkan tempat kerja jika terbukti melakukan kesalahan berlagak perempuan.

Pengarah Pelajaran negeri, Isa Abu, berkata beliau perlu menunggu laporan lengkap berhubung siasatan terhadap guru sekolah rendah terbabit sebelum sebarang tindakan susulan diambil. Saya akan mendapatkan laporan lengkap dan terperinci mengenai perkara berkenaan sebelum buat sebarang keputusan.

Saya juga akan meneliti siasatan berhubung butiran peribadi lelaki itu sama ada beliau benar-benar seorang guru. Jika terbukti beliau seorang guru dan melakukan kesalahan kita akan tentukan apakah bentuk tindakan disiplin dan tatatertib yang bersesuaian, katanya, ketika diminta mengulas laporan akhbar ini semalam berhubung seorang guru sekolah rendah di Bukit Rambai, dekat sini ditahan penguat kuasa Jaim kerana didapati berlagak wanita di Taman Astakona, Bandar Hilir, dekat sini, awal pagi kelmarin. Isa berkata kejadian berkenaan adalah yang kedua dilaporkan media selepas kes membabitkan seorang guru yang ditahan bersama 15 pondan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) pada 25 Julai 2008, kerana menyertai pertandingan ratu cantik mak nyah di sebuah pusat peranginan di Bachok, Kelantan.

Sumber : Harian Metro

3 pelajar perkosa, disula dengan kayu hingga pengsan

KUALA LUMPUR: Kejam adalah istilah paling tepat menggambarkan tindakan tiga lelaki yang bukan hanya memperkosa seorang wanita bergilir-gilir, malah turut menyula mangsa dengan kayu hingga pengsan akibat kesakitan. Difahamkan, kumpulan penjenayah yang juga pelajar berusia awal 20-an berkenaan sengaja mencucuk kayu ke bahagian dubur mangsa dipercayai bagi mendapat keseronokan selain menyeksa mangsa. Sumber polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, berkata kumpulan penjenayah terbabit sebelum itu dikatakan berkeliaran mencari mangsa di sekitar Pandamaran, Klang, sebelum cuba menculik seorang gadis jam 5.30 pagi kelmarin. Menurutnya, dalam cubaan pertama itu, gadis yang hampir menjadi mangsa terbabit berjaya menyelamatkan diri. Dalam cubaan seterusnya sekitar jam 6 pagi hari sama, suspek menyerang seorang wanita berusia 35 tahun yang ketika itu berada di tepi jalan, katanya. Menurutnya, suspek yang menaiki kenderaan kemudian membawa mangsa ke kawasan belukar sebelum memperkosa mangsa bergilir-gilir. Tidak cukup memuaskan nafsu dengan memperkosa mangsa, suspek turut mengambil kayu sebelum memasukkannya ke bahagian dubur mangsa. Tindakan terbabit menyebabkan mangsa mengalami kesakitan sehingga pengsan, katanya. Menurutnya, pada masa sama mangsa pertama yang hampir diculik dan diperkosa membuat laporan polis sebelum pihak polis segera menjalankan siasatan bagi menjejaki suspek. Usaha polis akhirnya berhasil apabila dua daripada penjenayah itu berjaya diberkas polis pada hari sama di sekitar daerah Klang, katanya.

Sumber : Harian Metro

Jurufoto Profesional Sepori.


aku nak cerita sikit pasal cikgu Kamil ni...dia ni mmg dari dulu bab tangkap gambar kapala niii mmg tak de org lain..dari zaman jepun lg...yang aku sukanye , bila dia tangkap gambo tu....muka tua boleh jadi muda ..tu yg aku suka tu....kulit gelap boleh jd putih kalau ia tangkap..
Gambo yg kat atas tu ialah gambo cikgu Kamil tgh tangkap gambor 2 org murid OA..tgk budak tuuu..menyongge je....dalam hati budak tu....emmm dia kata apa nak tau...[ahh..sudah lah dahh..abish ong kenak tembak]...yang sorang lagi tu dia punya takuttt sampai tak bergerak..togak jo...

tapi aku puji lah cikgu Kamil ambil gambar sambil menari...releks je....[seksi U} awwww tak kuasa I

Makluman kepada Guru Kelas SKS 2010

PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS
TAHUN 2010


ANTARA PERKARA-PERKARA YANG AKAN DI NILAI IALAH:
  1. TEMA
  2. KEBERSIHAN LANTAI DAN TINGKAP
  3. SUDUT ABM,INFO DAN BACAAN
  4. KEKEMASAN/ SUSUN ATUR MEJA DAN KERUSI
  5. HIASAN DALAMAN DAN LUARAN
PERTANDINGAN AKAN BERMULA PADA 22 FEB 2010 (ISNIN)
PEMANTAUAN AKAN DIBUAT BILA-BILA MASA..HARAP BERSEDIA

**P/S: DIHARAP SEMUA GURU KELAS MENGAMBIL PERHATIAN DAN TINDAKAN.
"SELAMAT BERJAYA"

Thursday, 18 February 2010

Buat apa tu?


tolong!!!!!tolong!!!!!!tolong!!!!!bunyi sayup suara orang memanggil.......yeeeeee!!!! kenapa???
tolong halang cikgu Dolah tuuuu!!!! kenapa pulakkkk!!!!.....dia nak jadi Kasim Selamat.......jgn bagi dia jadi Kasim Selamat.......ala Kasyhiimm!!!jgn cocok mata kau Kasyiimm...

Wednesday, 17 February 2010

Frametoy. com


asal....

Yang ini dah edit dah...guna photoImpact



Kunjungan Hormat PIBG SK.Sepri.



Monday, 15 February 2010

Program Menangani Masalah Disiplin

Sekolah Kebangsaan Sepri telah menghantar
seramai 36 orang pelajar bagi menyertai
Program Menangani Masalah Disipli
bertempat di SMK Dato Abdullah, Astana Raja, RembauAntara prengisian program termasuklah
Ceramah Motivasi Diri dan Masalah Disiplin.
Ceramah disampaikan oleh
Guru Kaunseling Daerah Rembau
dan angota Polis Diraja Malaysia.
Semua murid yang hadir diberikan Lencana Disiplin.
Kontigen SK Sepri dibawa oleh Cikgu NorAzman b Mohd Nor.

Sunday, 14 February 2010

MSOFFICE 2010


Admin: Harga USD 499. Ada berani?

Saturday, 13 February 2010

Kurikulum baru Bahasa Inggeris diperkenalkan tahun depan

13/02/2010 7:22pm

BESUT 13 Feb. – Bermula tahun depan, kerajaan akan memperkenalkan kurikulum baru bagi memperkasakan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kurikulum baru itu telah siap diteliti dan satu projek printis juga telah dijalankan yang setakat ini memberi keputusan yang baik.

"Kita nak melihat bagaimana anak-anak kita menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik lagi dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Kurikulum ini akan mula diguna pakai tahun depan pada anak-anak kita yang masuk ke sekolah Tahun Satu.

"Perubahan (mungkin) pada bentuk atau formula yang ringkas seperti ‘language art’, atau pada komponen ‘grammar’ tetapi dibuat secara menarik atau ‘fun learning’ dan kita tekankan soal boleh bertutur menggunakan apa yang disebut ‘phonics’ yang betul supaya ada satu perkara yang standard iaitu Bahasa Inggeris British yang standard,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk Daerah Besut di sini hari ini. – Bernama

Dapat imbuhan jika berjaya lonjakan prestasi sekolah

13/02/2010 7:42pm

KUALA TERENGGANU 13 Feb. – Bermula tahun depan, guru besar dan pengetua yang berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan akan diberikan ganjaran dan insentif oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penilaian prestasi akan mula dilakukan tahun ini dengan setiap pencapaian sekolah akan menjadi kayu pengukur terhadap prestasi guru besar ataupun pengetua.

“Malah bukan sahaja kepada pengetua ataupun guru besar, imbuhan itu juga akan turut dirasai guru-guru di sekolah yang terlibat dan ini akan memberikan galakan kepada golongan tersebut untuk berusaha lebih keras bagi meningkatkan prestasi sekolah masing-masing,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri pelajaran, berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar Yayasan Terengganu kali ke 31 dan program Juara Rakyat peringkat Parlimen Kuala Terengganu di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memperjelaskan bentuk ganjaran atau insentif yang akan diberikan nanti. – Bernama

Rekod Kunjungan Tertinggi.

13 Februari 2010, Blog Sekolah Kebangsaan Sepri telah mancatat rekod kunjungan tertinggi dalam sehari. Catatan tertinggi sebelum ini adalah 62 kunjungan. Terima kasih pada semua pengunjung yang telah melayari blog sekolah ini.

Friday, 12 February 2010

Made in China


antara ibubapa penjaga yang hadir dalam mesyuarat PIBG kali ke 36 sk sepri 2010.kehadiran pada hari tu kira Ok la...lebih kurang seratus orang lah kalau tgk pada buku pendaftaran pada hari tu.
cuba kita fokuskan pada Sir dan Masita tu.....dia tgh belek2 ape tu????ooooo tgh belek kamera...
em..baru ingat Masita bertugas bahagian jurukamera....emm dah paham dah...nak talipon dia jap......nak tanye apa yg dia bualkan tu..."hallo Masita"......ya ..."Masita cakap"...[perbualan terpaksa dipotong, panjang sgt]
rupanye cerita dia cam ni...
Masita tangkap gambar tapi tak jadi...tangkap gambar anak dara jadi mak orang...tangkap gambar ustaz jadi ustazah...tangkap gambar durian jadi rambutan.kalau tangkap gambar rambutan jadi duku........poning2.

Masita:Sir apa masalah kemera ni hah!!!
Sir: kamera ko cap ape?
Masita:FUJI
Sir:bak tgk.....[sambil membelek2 sampai tunggang terbalik] aik????[kompius]
Masita:nape???? [terkejut]
Sir:Bukan FUJI lah......ini cap POJI made in china...
Masita:hampeh boto...kono tipu den...

Produk P & P Seni

Inilah hasil kreativiti guru Pend. Seni.. Menarik untuk dijadikan asessories diri dan alat permainan. Namun begitu ia boleh menjadi bahan yang melalaikan sewaktu P & P mata peajaran lain. Lihat betapa seronoknya dia bermian dengan benda tu !!

Nasihat Guru

Kamu tak faham lagi ke? Bukit pasir tu jangan dipanjat. Sudah berapa kali cikgu pesan. Jangan bermain di kawasan bukit pasir dan kawasan pembinaan tu.. Kalau berlaku apa-apa nanti,, siapa yang susah ?! ....... Budak dua orang tu diam aje le...

Releks jap..

Dialog yang tak ingin kita dengar



langkah pertama klik pada gambar utk mendapatkan imej yg sebenar.


Siapa yang sokong poligami tunjuk tanda dua!!!
maka dalam ramai2 cikgu ada lah dua orang yang sokong dengan mengangkat dua jari...
yang si Suhaya mula2 nak angkat tapi si Linda kata jangan kak..[sbb tu jari dia mcm nak angkat tapi tak jadi.

calon dapat payung emas di syurga....AMIN.....!!!!

maka situasi pun berubah selepas cuti raya cina....
Jazimah ngan Haryani:sape yang pandai2 masukkan gambar saya yang tunjuk tanda dua tu????? tolong bagi tau!!! cepattttt....[ahhh sudah...mati aku kali ni...] cakap cepatttt [sambil menyinsing lengan] mati akuuuu......[dlm hati] kalau aku mengaku karang mmg nahas lah...Jazimah ada tekwando pulak tu..si Haryani....dua kali ganda besar pada aku...

akhirnye selepas kawan2 suruh ngaku jugak....aku pun angkat tangan...sssaaaye..[dgn terketar2] betul ke dapat payung EMAS kat syurga? Jazimah ngan Haryani bertanye aku....ye...nape? kalau mcm tu kitaorang setuju lah!!!! [maka tersenyumlah suami2 mereka sambil menghulurkan borang]
fuhhhh...lega aku....ingat nak kena belasah tadi....

p/s:situasi yg sebenar ialah bila semua kerja2 berkaitan mesyuarat dah selesai cikgu2 ni pun buatlah tanda peace maknanye YES!!! kerja dah beres...

Di sebalik tabir Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36










Template by - Abdul Munir - 2010