Saturday, 30 January 2010

Teacher Haryani..

Head and shoulders..
Knees and toes..
Knees and toes..

PROMOSI KAUNSELING

video
Cikgu Nor Azman Md nor merupakan Guru Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sepri. Oleh kerana Unit Kaunseling merupakan sesuatu yang baru di SK.Sepri, maka promosi kaunseling dijalankan bagi memberikan pendedahan tentang apa yang boleh diperolehi daripada Unit Kaunseling.

plah : cikgu yang bermasalah pun boleh jumpa Azman gak ...

Friday, 29 January 2010

PEKA Sains Cikgu Norlita





Awak dah tando ke bolom dia punya starting piont ?

2 guru ‘bergusti’

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
2010/01/29
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BANTING: Memalukan apabila seorang ustazah dan guru wanita di sebuah sekolah rendah di sini bergaduh sesama sendiri dengan disaksikan pelajar dan guru lain di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, ustazah berusia 40-an dan guru Matematik berusia 24 tahun dikatakan ‘bergusti’ selepas berlaku salah faham ketika berada di kantin sekolah. Difahamkan, guru muda terbabit terpaksa melarikan diri sambil dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum ditampar dan bergelut dengan ustazah terbabit. Sumber berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada dendam ustazah berkenaan sejak setahun lalu selepas anaknya yang diajar guru terbabit dipukul dengan pembaris kerana melakukan kesalahan. Bagaimanapun katanya, tindakan guru itu menimbulkan perasaan tidak puas hati ustazah itu sehingga membawa kepada pergaduhan. “Guru muda itu dikatakan dikejar sehingga ke padang sekolah sebelum dia ditampar, dipukul dan bergelut dengan ustazah itu. “Insiden itu berlaku beberapa minit dan dipercayai turut disaksikan pelajar yang sedang melakukan aktiviti luar sebelum beberapa guru lain berjaya mententeramkannya,” katanya di sini, semalam. Difahamkan, kejadian itu kali pertama berlaku di sekolah berkenaan, bagaimanapun kejadian itu boleh menimbulkan implikasi negatif kerana ia disaksikan pelajar. Susulan kejadian itu, guru Matematik itu kemudian membuat satu laporan polis kira-kira jam 10 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat berhubung kejadian itu. Kedua-dua guru berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, bagaimanapun difahamkan mereka sudah dipanggil pentadbir sekolah untuk mendapatkan penjelasan mengenai kejadian itu kerana ia mula menjadi buah mulut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu. “Saya difahamkan kedua-dua guru terbabit pernah berselisih faham sebelum berlaku kejadian ini. “Bagaimanapun ia dapat dikawal dan diselesaikan secara baik oleh pihak sekolah,” katanya.

P/s: harap2 sekolah kita tak de la cam ni......memalukan...

Thursday, 28 January 2010

Sumbangan untuk Pelajar Cemerlang UPSR 2009

Majlis Penutupan Program Juara Rakyat

Tarikh: 31 Januari 2010
Hari: Ahad
Masa: 2.00 ptg
Tempat: Dataran Rembau
Perasmi: YAB. DATO' SERI UTAMA
HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN

Menteri Besar Negeri Sembilan

Dijemput ibubapa dan pelajar cemerlang 5A UPSR 2009 hadir untuk menerima sumbangan daripada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.
1. Mohd. Zhafir bin Aminuddin
2. Mohd. Iqbal bin Mohd.Talha
3. Nur Tashnim bt Rozman
4. Khairun Nasren bt Azree
5. Nur Sakinah bt Sabaruddin
6. Balqis Aqilah bt Mohammad Yazid
7. Mohd. Akmal Hazim bin Mohd. Jafri

Tuesday, 26 January 2010

CHICKEN DANCE

video
Bravo Cikgu Zeck ! U memang hebat la..




video
Eh, sapo pulak ni.. apo lak adap ke sanun ....
pandang la sinie ha...


Operasi bersih kuku

Tunjuk kuku.. Panjang tak ?

Kenapa kuku awak warna hitam ? Ini mesti dipotong dan dibersihkan..faham tak ? Tegur HEM

Senyuman menawan


Ini yang kita mahu !! tegas HEM ( Cikgu Hanpiah ) Kita mesti sentiasa senyum.. Jangan lupa... Tak rugi kalau kita selalu dan sentiasa senyum.

Relax..

Monday, 25 January 2010


Sunday, 24 January 2010

perjumpaan ibubapa dan guru tahun 6



Suasana sewaktu perjumpaan ibubapa penjaga murid tahun 6 dan guru2 yg mengajar tahun6 telah berlansung pada hari Sabtu 23.Jan.2010.
Di harap hubungan erat antara penjaga dan guru terus berkekalan

Tazkirah

Teringat masa zaman budak budak dulu, selalu baca cerita riwayat hidup tentang “benda dan perasaan”, seperti “aku sebatang pen”, atau “aku sepasang kasut” dan lain lain, yang mana kisah akan bermula dari kilang dan berakhir di tong sampah…, dan cerita perasaan pen dan kasut atau benda-benda yang sekejap gembira, sekejap teruja, lepas tu cemas, dan akhir sekali sedih…, korang ingat tak?

Entahlah budak zaman sekarang?, masih ada lagi tak cikgu bagi kerja sekolah suruh karang cerita “aku sepasang selipar” atau lebih moden sikit, “aku sebuah Tumb drive 4G”, ada ke?

Lantaklah…

Aku ingat tadi nak tulis cerita “aku sebuah kereta mayat”.., tapi sebab aku perasan sibuk, aku tukar cerita dari “aku sebuah keretamayat” kepada sebuah monolog yang bertajuk: “Aku tak peduli”, sepatutnya kisah keretamayat dari kilang di lahirkan dan berakhir di puspakom, tapi aku tukar kisah korang yang naik keretamayat yang banyak harta dan mati sorang sorang di baham tanah, lantaklah…, aku tak pedulipun…

Akhir kata: apabila kereta korang di tahan oleh JPJ atau polis, mereka tak tanya korang tentang sport rim berapa harga? Spoiler beli kat mana?, bila basuh kereta? ada face book tak? Tak tanyapun! Mereka tak peduli!, Mereka bertanya dua soalan sahaja, iaitu:Ada lesen tak? dan Road tax hidup tak?, Jika sangkut salah satu, hukuman berat menanti..,

Begitulah kita bila jadi mayat kelak hanya akan di tanya tentang dua perkara sahaja, iaitu Iman dan amal, cuba check ‘road tax’ dan ‘lesen’ korang, hidup tak?, dan sila renew sebelum keretamayat hantar kamu ke kubur dan tak peduli sama kamu..

Sekian.

Ps: Walaupun kamu first time naik aku, tak puas lagi berbaring kerusi belakang, sampai di tanah perkuburan islam, kamu kena turun, aku tak peduli siapa kamu, aku nak blah cepat cepat.., banyak lagi mayat yang tak sabar nak naik kereta aku dan aku tak peduli siapa korang..{AKU SEBUAH KERETA MAYAT}

Boikot Barang-Barang Israel

Lahir Kembali

Komputer-komputer dan peralatan ICT yang tidak ada surat beranak telah didaftarkan semula. Namun begitu semua yang didaftarkan adalah komputer yang sudah rosak dan sedia untuk dihapus kira. Pegawai Aset yang bertanggungjawab ( MRI, NBJ, ZMS dan NMY ) selepas ini tidak boleh goyang kaki. Kerja-kerja hapus kira peralatan yang rosak ini perlu disegerakan. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah hadir bergotong royong pada hari itu.

Sesama la kita berdoa semoga selepas ini sekolah akan mendapat bekalan komputer yang baru.

plah : Terima kasih daun keladi

Saturday, 23 January 2010

SeMangat betul...



Pak Dol,cari no surat beranak PC ke?

Ustaz tu nk dengar Pak Dol cakap ke nak makan karipap kt sebelah..


ustaz semangat betul....maklum la Guru ASET...bagus-bagus, teruskan usaha..
tengak tu nampak tak..dekat betul....jangan masuk dalam tu dah.hahaha :)

Impian setelah bersara.

Kak su, bila bersara nanti...agak2 nya kak su nak wat ape?
eemmmm.....akak dak ada planing dah...agak ingat nak bukak kodai baiki komputer la...
akak pandai ke repair komputer.?
apo lak tak pandai eh.......kou tgk ni.....yg bolambak2 ni semua akak nak kono repair balik ni...
yg tu apa masalahnya kak su....
ontah..!!!!yang ni nak kno tukar RAM dia ni...banyak masalah ni...nak install balik .., nak tukar hard disd.., akak nak programkan semula ni....anti virus pun nak kono update kan..hiu..banyok kojo laie ni...
akak repair saya punya sekejap boleh?
tak dapek do...Sir punya minggu lopeh ngan cikgu Dolah pun akak tak dapek nak engkohkan lg...dah lamo dah Sir hantar kek akak...tak sompek boto ni...
p/s :Maaf lah Sir...akak tak dapek nak program kan Sir punyo lg...minggu dopan yo...AKAK JANJI.!!akak masukkan anti virus yang the lates K
BELANJO AKAK tEH tarik NGAN NASI LOMAK PUN JADIK LA...
HE..HE..HE...Upah akak botokan komputer SIR...

Friday, 22 January 2010

Majlis Penutupan Transisi Tahun 1/2010

Ustazah Jazimah dan Noorazlina turut membantu meniup belon untuk persiapan majlis penutup transisi Tahun 1.

Guru Besar memberikan nasihat dan pesanan kepada murid-murid tahun 1.

Cikgu Rahazreen sedang menasihatkan seorang murid tahun1 membetulkan pakaian.

Thursday, 21 January 2010

Program Mentor Menti Sifir



Cikgu Zakaria sedang memberi maklumat kepada pengawas berkaitan program Mentor Menti sifir yang mana pengawas mesti terlebih dahulu menghafaz sifir.

minggu pertama KOKO

cikgu Mamat banyak memainkan peranannya pada hari tersebut..TQ Mamat...
Cikgu2 lain turut membantu..
Sedang mengambil kedatangan murid..
Guru sedang sibuk mengagih2 kan kumpulan murid bagi persatuan dan juga permainan pada hari pertama KO kurikulum.

CaNtikNye WaNiTa

RAHSIA 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1. Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu'
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam
Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Tahniah kepada mereka..

video
Ibu bapa pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2009 hadir mewakili anak masing-masing untuk menerima sumbangan daripada Yang Berbahagia Dato Hj Abdullah bin Abas.

Sumbangan telah disampaikan oleh Guru Besar SK.Sepri yang mewakili Yan g Berbahagia Dato. Hj Abdullah b Abas. Tahniah kepada semua yang telah berjaya.. Semoga kejayaan para pelajar 2009 menjadi inspirasi kepada pelajar 2010





Sumbangan Ihsan PIBG



PIBG turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa keluarga En Md Rapi apabila rumah beliau hangus terbakar bebrapa hari yang lalu.  Sehubungan itu sumbangan ihsan diberikan kepada keluarga beliau.  Mudah-mudahan sumbangan yang kecil ini dapat membantu sedikit sebanyak beban dan masalah yang dipukul.  Seluruh warga Sepri mendoakan semuga keluarga beliau tabah dalam menempuh dugaan yang mendatang.  Sumbangan disampaikan oleh En Mukhriz mewakili Yang Di Pertua PIBG Sk.Sepri.

Mama Cikgu..

Apo sodih yo nie ? Sakit perut cikgu .. Meh sinie ha... nah bubuhkan minyak. Pas ni.. baik la tu.. Itulah dialog antara Cikgu Norlita dengan Nur Aina Safia(Tahun 2)



e
Dialog atas:
Shidahh..!!! kau tolong tengok an porut budak ni...tah apo kono agak eh....momuleh2..ghisau akak. { sambil berkerut dahi} dlm hati: kalau den porut monondang2 tu tau lah makno eh...ipan nak dapek adek..ini porut momuleh...eeee....ghisau akak..


Cikgu di sekolah ni kadang-kadang jadi mak, kadang-kadang jadi kawan.. Hari ni.. Cikgu Norlita dah macam mak budak tu..

plah : cikgu lelaki kot nak jadi apak, carilah budak lelaki.

Wednesday, 20 January 2010





tidakkkkkkkk!!!!!!!!!!

Ulasan:

sape lah yg masukkan gambar ni.........tgk pada gaya tangan mcm lelaki lembut je...yak aaauuwww..
mungkin ni lah watak kedua....watak pertama garang dan watak kedua lembut...
tapi...eemmmm TIDAAAAAKKKKKK!!!!...{SAMBIL MENJERIT DIHADAPAN KOMPUTER }nape bang?"tanya org umah....
ni..gambar abang ni...tah sape yang masuk kan ntah...karang abang delete karang diorang kata tak aci pulak...nak tak nak PODULIKKANNN!!!!!

Template by - Abdul Munir - 2010