Anak-anakku, cuti sekolah datang lagi. Peperiksaan UPSR sudah pun selesai, keputusan pun dah diketahui. Jangan buang masa dengan sia-sia. Penuhi setiap saat yang berlalu dengan melakukan kerja yang berfaedah. Tolong Umi buat kerja rumah. Baca buku teks tahun hadapan. Cikgu bagi buku teks awal, supaya kamu membacanya semasa cuti. Ingatlah bahawa berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Orang yang pernah sakit, dapat merasai nikmat yang Tuhan beri. Sakit adalah isyarat supaya kita cepat-cepat bertaubat.