Thursday, 29 October 2009

Apa yang anda nampak?



Wednesday, 28 October 2009

MATA YANG SEMAKIN TUA


Tanda-tanda mata anda semakin tua :


  • Penglihatan kabur pada objek yang dekat

  • Sukar membaca tulisan yang kecil

  • Mata yang letih terutama apabila membaca di tempat kurang cahaya atau waktu petang

  • Mata tegang dan sakit kepala apabila terlalu dekat dengan bahan bacaan/jahitan.

  • Memegang bahan bacaan pada jarak kejauhan lengan untuk melihat dengan lebih jelas.


  • Petikan Akhbar Berita Harian 25 Oktober

    kESIHATAN UNTUK SEMUA

    video

    "Siapa yang hisap rokok, angkat tangan!" Itulah antara soalan yang diajukan kepada pelajar-pelajar oleh salah seorang jururawat yang memberikan ceramah. Hasilnya tak ada seorang pun yang berani mengangkat tangan kerana hanya mereka sendiri yang tahu jawapannya.

    Pihak sekolah merakamkan penghargaan terima kasih kepada Pusat Kesihatan Rembau kerana peka dengan perkembangan serta sentiasa bersedia memberikan maklumat yang berkaitan dengan pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Sepri.


    plah : Timakasihdaunkeladi

    Benda ni tak bergerak pun..mata kita je yang nampak mcm bergerak.

    Tuesday, 27 October 2009

    Golongan lelaki ditarik perempuan ke neraka.


    Pertama:- Ayahnya
    Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji Al-Quran dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat... ..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anak perempuannya ke neraka.

    Kedua:- Suaminya
    Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri... ... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

    Ketiga:- Abang-abangnya
    Apabila ayahnya sudah meninggal dunia, tanggungjawab menjaga maruah wanita tersebut jatuh kepada abang-abangnya... ..jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan sahaja sehingga dia melencong dari ajaran ISLAM ... .tunggulah tarikan adiknya ke neraka di akhirat nanti.
    Keempat:- Anak Lelakinya
    Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu berkenaan kelakuannya yang haram di sisi Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di Akhirat kelak.... ... nantikan tarikan ibunya ke neraka.

    Oleh itu kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenarnya selaras dengan firman ALLAH S.W.T.:-

    "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLI MU DARI API NERAKA, DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU... .."

    Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda... kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri...... jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan seikhlasnya..

    Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA-NYA...

    Sumber: Islam.net

    Monday, 26 October 2009

    Daulat Tuanku


    Adalah dimaklumkan bahawa pada
    26 oktober 2009
    telah ditetapkan sebagai Hari Kelepasan Am untuk seluruh Negeri Sembilan di atas sambutan Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke Sebelas.

    Saturday, 24 October 2009

    Guru-guru asli menganyam ketupat



    video

    Friday, 23 October 2009

    candid

    Aksi silat pulut yang akan dipersembahkan semasa perkahwinan Azlina nanti....latihan sedang giat dijalankan.
    Orang tengah tak de ni..........bawak balik satu ni pun cantik jugak.....

    Dialog pilihan

    Sir :Cikgu tau ke anyam daun kelapa macam tu.....?
    GB : Apo plak tak tau eeee....macam anyam ketupek yo........
    Sir : cubo tunjuk skit....
    GB : Tengok tangan esei ni.....selit kiri, masuk kanan, selit kiri, masuk kanan..kiri kanan kiri kanan kiri kanan kiri kanan kiri kanan kiri kanan sampai habih......
    Sir : Macam askar la pulak.......
    Jazimah: He..he..he..he..he..he...
    C.Kamil: copek lah tangkap gamba esei ni...dah bopoloh ni...



    paie: Jangan marah ye...dialog tu tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.......

    RIMUP 2009

    Untuk julung kalinya program ini telah berjaya mengintegrasikan pelbagai etnik di Sekolah Kebangsaan Sepri dengan pakaian tradisional masing-masing. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

    RIMUP


    USTAZ TENGAH USHA NAK TAPAU LEBIH LA TUUUU...
    BUAT STOK SAMPAI HARI ISNIN KEEEEE????
    GURU-GURU SEPORI YG BERDEDIKASI

    PAHLAWAN-PAHLAWAN SUKU KAUM SENOI SEDANG MEMANASKAN BADAN SEBELUM PERGI BERJUANG DI MEDAN PERTEMPURAN.... MENGENYAM KEPUTAT


    MAK BATIN SUKU KAUM APE EK??


    YO!!! CAYALAH TUK BATIN..


    Thursday, 22 October 2009

    Ceramah Bimbingan Awal Remaja



    2 orang pegawai dari LPPKN Seremban, Puan Annieyarni dan Puan Sathia telah sudi memberikan ceramah mengenai awal remaja kepada para pelajar tahun 6 SK.Sepri yang akan melangkah ke sekolah menengah pada tahun hadapan. Diharapkan maklumat dan bimbingan yang telah disampaikan akan dapat memberikan pengetahuan dan manfaat kepada semua pelajar Tahun 6.



    Guru Besar SK. Sepri, En. Ramlan bin Hj Ramly menyampaikan cenderahati kepada penceramah. Terima kasih daun keladi, tahun depan kita undang lagi..


























    Wednesday, 21 October 2009

    CANDID

    bakal pengantin diapit oleh kak ina dan jazimah......pengantin-pengantin jugak tapi bab makan.......tak kire, sate saje 13 cucuk, mi goreng yang kat depan meje dia tu......bab make meme kawe tok dapak nok kontro....kate Azlina kepada rakan-rakan...
    ha....ha....ha.....ha....doyan tongah makan sate ni......ekau lah datang jumpo akak... itulah agaknya dialog kak su...............


    cikgu Haryani sedang memasukkan sate yang ke 16 cucuk ke dalam mulut....eem..sedapnya hingga tergigit lidi sate....
    cikgu Akma malu- malu kucing.....mcm makan pengantin pulak padahal anak dah sorang...tapi dalam malu-malu pun apabila ditanya dia kata ....hambo dok panda makang sate sbbnyo hambo dari kechek doh biaso makang kepok leko je.......hambo makang 17 cucuk je.....


    P/s: Gambar ni masa jamuan tahun 6
    21.10.2009.

    Tuesday, 20 October 2009

    Tender Kantin

    Guru Besar SK.Sepri bersama AJK Tender Kantin sedang menyemak borang dan status para pemohon bagi tahun 2010/2011.

    Perkhemahan One Malaysia

    Para peserta yang akan menyertai Perkhemahan One Malaysia di Kem Pusako Batu Kikir, Jempol bermula pada hari ini 20.10.2009 sehinggalah 23.10.2009. Mereka akan diiringi oleh Cikgu Nur Azman bin Mohd.Nor..

    Hebatnya cikgu Yazid kita..

    Cikgu Yazid mendeklamasikan sebuah sajak sempena sambutan Bulan Bahasa Peringkat Sekolah yang diadakan pada 19.10.2009.. Satu persembahan yang menggegar dan memukau..

    video

    Saturday, 17 October 2009

    Happy Diwali..


    Happy Diwali to Ganesan, Renveer and Sharwani a.k.a Shawal of SK.Sepri..sappedivaa..ammak

    Wednesday, 14 October 2009

    Nampak atau tidak?

    Nampak tak badak air dalam gambar di atas?

    "Ahh, Aku kan suami!" - III

    Rupanya...
    Rupanya kita kurang bersyukur!!
    Kurang bersyukur menyebabkan kita dipenjara.
    Dipenjara akal dan budi!

    Kita jarang bersyukur kerana mempunyai isteri yang menyayangi.
    Kita jarang bersyukur kerana ada teman di sisi.
    Kita jarang bersyukur kerana ada yang menjaga.
    Bayangkan jika bukan kerana isteri siapalah kita hari ini.

    Kita jarang bersyukur kerana ada suami yang memahami.
    Kita jarang bersyukur kerana ada suami yang setia.
    Kita jarang bersyukur kerana dia ada melindungi kita.
    Bayangkan jika bukan kerana suami siapalah kita hari ini.

    Apabila kita tidak bersyukur, kita kufur.
    Itulah tanda, ombak yang melanda.
    Ada yang bertempik sampai luka, sedangkan ianya semudah...
    Semudah berkata...

    Alhamdulillah, syukur lilLah.

    Tazkirah

    Tutuplah Aurat dengan Sempurna







    DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian. Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita.

    Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.

    Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

    Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

    Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup.” Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.

    Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

    Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

    tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.

    Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.

    Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.

    Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji).

    (al-Ahzab: 33)

    Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: “Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya.”

    (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).

    Manakala Abu Ubaidah berpendapat: “Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah.”(Tafsir al-Alusiy, jld: 21).Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.

    Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.

    Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai ‘ahl al-bait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

    Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.

    Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.

    Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.

    Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.
    Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.

    Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuan nya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.

    Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua.. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?

    Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini. Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.

    Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.



    P/s:

    Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.

    kita muhasabah diri kita ,anak isteri kita , ahli keluarga kita adakah menutupi aurat sebagaimana yang disyaritkan. kita tengoklah bermacam2 Fesyen yang ada..Menutup Aurat Tapi Sempurna Ke Tak????

    Saturday, 10 October 2009

    RAHSIA MELALUI TULISAN

    Pertama : Tekanan
    i. Tekanan yang kuatSeseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
    Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
    ii. Tekanan yang ringan
    Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

    Kedua : Bentuk Tulisan
    i. Tulisan yang bulat-bulatSemua huruf ditulis dengan bulat·
    Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
    ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
    Tulisan yang angular dan sharp·
    Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

    Ketiga : Kecondongan
    i. Condong ke kanan·
    Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasihsayang, berani, pemurah
    ii. Condong ke kiri·
    Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak sukacampur orang
    iii. Tegak·
    Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalantengah
    iv. Campur-campur·
    Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

    Keempat : Kerapatan
    i. Jarang-jarang· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
    ii. Rapat-rapat· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

    Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
    i. Ada ekor
    a) Besar, panjang dan sempurna·
    Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
    b) Kecil, pendek dan tak sempurna·
    Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

    Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
    i. Tinggi·
    Tahap aspirasi tinggi
    ii.Rendah·
    Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
    iii. Tengah-tengah·
    Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


    Rumusan : -Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

    Petua Mencuci Hati

    1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

    2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

    3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

    4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

    5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

    Sumber dari : fadzilahkamsah

    Friday, 9 October 2009

    KAHKAHKAHKAH....

    Kul 12mlm..amid & alan pulang dari keje,naek teksi..kje byk kt opis,blk pun lewat,sblum ni x pernah mcmni,selalu blk pun naek kereta alan..tapi kereta dah takde,kene curik..
    Alan : eh,betol ke org cakap kt sini de teksi berhantu?? Ade dengar x??
    Amid : Ade dengar.. diorg cakap..die jmput pnumpang tu,pastu die menjelma jd antu..bau busuk..muke huduh.. pastu isap darah org plak tu.. nape ko tanye?? Wat seram je la ko ni..
    Alan : 1st time aku blk keje naek teksi ni..aku rase Laen mcm plak..debar2 jek..something wrong ni.. ah..!! biar la..jgn pkir bkn2..tahyul2..
    Amid : tau..x pe.. haa..!! tu teksi tu..tahan2..
    Pemandu Teksi : Nk blk mne dik?? Korang ni last passenger abg ni..jgn jauh2 da la..
    Alan : kitorg nk ke subang..USJ1 bang..apartment permai..tau x bang?? Boleh la bang..jauh cket jek.. bole ye bang..
    Pemandu Teksi : Eh..!! jauh tu dik dari pandan ni..jauh nye kje..dari subang ke pandan..
    Amid : sbelum ni naek kereta bang..arini jek naek teksi..bole ye bang..
    Pemandu Teksi : Naek Lah..cian aku tgok korg ni..
    Alan & Amid : Mekasih bang.. Hehe..!!Si brader teksi ni pun bukak la cite..
    Pemandu Teksi : korg pernah dengar cite teksi hantu kt sini x??
    Alan & Amid : Pernah..nape bang?? Betol ke cite ni??
    Pemandu Teksi : eh..betul la.. korang ni x caye ek bende2 mcmni?? Memang ade pun..pnumpang yg naek tu akan terhidu bau busuk dari teksi tu..itu tande2 nye la..pastu teksi tu akan benti kat tmpt sunyi,gelap..pmandu die pun akan menjelma jadi lembaga itam yg bsar & bertaring..pastu lembaga tu akan isap darah pnumpang tu.. haa.. mcm tu la cite nye..
    Alan : yeke..malang la nasib sape yg kene tu..hehe.. sy x caye la bende2 ni bang..tahyul-mahyul jek..
    Amid : (sambil berbisik)..oii..mangkuk..pehal cabul sgt mulut ko ni?? Ntah2 brader teksi ni antu tu.. Laen mcm jek aku tgok.. die pun arif bercerita..mcm die jek antu tu.. takut aku..
    Alan : hahahahahaha.. wat lawak la ko ni..
    Pemandu Teksi : Pe yg lawak nye dik?? Gelak besar lagi tu?? Jgn maen2 dik..dgn bende2 halus ni.. hehehe..Lepas kene tegur..amid & alan pun terdiam..tiba2 terbit 1 bau yg agak busuk,menusuk dlm kalbu sanubari hidung diorg..
    Amid : (sambil berbisik)..wei..ko bau x ape yg aku bau?? Bulu roma tengkuk aku da tegak2 ni..Laen mcm jek..abg teksi ni senyap jek.. wei..aku takut La..
    Alan : (sambil berbisik).. eh..ko jgn takut,kalau kau takut..aku pun takut..memang ade bau pun..jgn die benti kt depan tu dah..tempat tu sunyi,gelap..Tibe2 teksi tu benti kat tempat gelap tu..sunyi jek suasane nye..
    Maka......
    Alan & Amid : Aaahhh..sudaahh..!! knape benti bang??
    Pemandu Teksi : hehehe..tempat sunyi ni elok benti..gelap,x de orang..x de sape2 nmpak.. hehehe.. korang duduk sini diam2.. hehehe..
    Alan & Amid : Hah..!! Alamak tok..!! jgn isap darah kami tok,kami x kawin lagi.. kursus kawin baru je daftar,tu pun kelas die x pegi Lagi.. ampun kan kami tok.. waa..waa..
    Pemandu Teksi : Tok?? eh..apahal korang ni..?? aku nak gi berak la kat semak tu,kang terang2 kang orang nampak..eh!! aku sakit perut la..makan jering&petai tghari tadi..ko x bau ke kentut aku tadi?? Lagipun sini bukan ade toilet pun.. dah..dah.. lepas kaki aku..siap melutut,merayu Lg ni.. ape kes?? eishh..!! Lepas2..berak dLm seluar plak aku kang..!! eish..!!
    Alan & Amid : Hah?? Laa..!!

    Jamuan Hari Raya bersama peserta KEDAP






















    PEMANTAUAN GC

    PEMANTAUAN GURU CEMERLANG
    (USTAZAH NUROL AMIRAH SAHARI)





    Thursday, 8 October 2009

    Rehat sat.............

    Wednesday, 7 October 2009

    Rumah Terbuka Norhaslinda


    Gambar atas: Tuan rumah... sibuk melayan tetamu.
    Sehingga menjilat jari..














    Template by - Abdul Munir - 2010