Wednesday, 30 September 2009

LAYAN.......

Kisah jatuh bagunan

Seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuahbangunan.Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjayamenyambutnya.
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...
Lelaki Inggeris : Sama2, tapi anda harus membalas budi...
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan aku....
Wanita : Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki Inggeris : Baiklah kalau begitu...
Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya...
Lelaki Perancis : Sama2, tapi anda harus membalas budi...
Wanita : Bagaimana?Lelaki Perancis : Tidur dengan aku...
Wanita : Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki Perancis : Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu...
Lelaki:Perancis itu melepaskan semula wanita itu.
Dari tingkat 50,40.. dan 30,tidak ada sesiapa pun yangdapat menangkap wanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap,jika ada orang yang menyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata...
Wanita : Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda.
Lelaki Arab : Astaghfirullah..(lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut..)
HAHAHAHAHA......

Saturday, 19 September 2009

SALAM AIDIL FITRI




Friday, 18 September 2009

SELAMAT HARI RAYA


Ucapan daripada guru-guru



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



Ucapan daripada murid-murid








Khatam AL Quran



Majlis Khatam Al-Quran pimpinan Ust.Mohd Rafai b Ismail

Thursday, 17 September 2009

Selamat Hari Raya Cikgu..


Salah silap mohon diampun..

Wednesday, 16 September 2009

Majlis Penutup Ihya Ramadan 2009

JUMAAT CUTI UMUM

Jumaat ini diumum cuti sekolah
Sep 16, 09 5:20pm
Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga menteri pelajaran, di Putrajaya hari ini.


-Malaysiakini

Tuesday, 15 September 2009

Kancil Merdeka..

Tarikh rakaman : 15.09.2009
Tempat : Kendong

Monday, 14 September 2009

REZEKI HARI RAYA....

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI PEKERTI DAN BANTUAN PELBAGAI AGENSI KEPADA ORANG KURANG UPAYA, ANAK-ANAK YATIM, SAUDARA BARU, IBU TUNGGAL DAN FAKIR MISKIN PERINGKAT DAERAH REMBAU TAHUN 2009
DISEMPURNAKAN OLEH:
YM RAJA DATIN SERI HAJAH SALBIAH BINTI TENGKU NUJUMUDIN
YANG DIPERTUA PEKERTI NEGERI SEMBILAN
TEMPAT: DEWAN SRI REMBAU
TARIKH: 14 SEPTEMBER 2009 (ISNIN)
MASA: 10.00 PAGI

Seramai 295 orang yang menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri

Tadarus AlQuran






Saturday, 12 September 2009

Lailatul Qadar

Definition of Lailatul Qadar

The term Lailatul Qadar is made of two words. In Arabic, Lailat means night and Qadr means honour and dignity. Therefore, the term Lailatul Qadr refers to the night of honour and dignity. It is this night in which the first Divine Revelation came to the Prophet sallalahu alayhi wasallam, when he was in meditation and prayer in the Cave of Hira’. Since this night enjoys the honour of having the first revelation brought to the Prophet sallalahu alayhi wasallam, it has been named Lailatul Qadr.

This is one of the holiest and most blessed nights, which is likely to occur on one of the odd nights on the last ten days of Ramadhaan, most likely to be the 27th. The reward of worship on this night is better than the worship of a thousand months of worship, equivalent to a person’s lifetime. So, on this night one should perform the night prayers, recite the Qura’n, do tasbih, zikr and du’as as much as possible.

This night had already opened its gates of treasures when the angel for the first time had come with the Divine Message in the cave of Hira, but its auspiciousness has continued to be with us permanently. Every year in the month of Ramadhaan, this night is given to the Ummah. Muslims engage in prayers, recitation of Qur’an and praying to Allah. As the Prophet sallalahu alayhi wasallam was reported to have said:

“The person who offered prayers to Allah in the night of Dignity with faith and with hope of reward from Allah, all his past sins have been forgiven.” (reported by Bukhari)

In the Hadith, we have been asked to seek it in the last ten nights of the month of Ramadhaan. A’ishah radhiyallahu anhaa narrates that the Messenger of Allah sallalahu alayhi wasallam has said:

“Seek the night of Dignity in the odd nights of the last ten days of Ramadhan.” (reported by Bukhari)

By odd nights, the reference is made to the 21st, 23rd, 25th, 27th, 29th night of the month of Ramadhaan. No one night has been fixed so that the yearning to find it may increase and people may spend more nights in worshiping Allah. From this aspect, the importance of `Itikaaf (seclusion) during the last ten days of Ramadhaan is clear.


Lailatul qadar is of religious importance as it is based on Qur’an 97:1-5 as follows:

In the name of God, the Benevolent, the Merciful.

1. Lo! We revealed it on the Night of Predestination.
2. Ah, what will convey unto thee what the Night of Power is!
3. The Night of Power is better than a thousand months.
4. The angels and the Spirit descend therein, by the permission of their Lord, with all decrees.
5. (The night is) Peace until the rising of the dawn.

The verses above regard the Night as better than a thousand months. The whole month of Ramadhaan is a period of spiritual training wherein believers devote much of their time to fasting, praying, recitating the Qur’an, remembering God, and giving charity. However, because of the revealed importance of this night, Muslims strive harder in the last ten days of Ramadan since the Lailatul qadar could be one of the odd-numbered days in these last ten (the first, third, fifth, or seventh).


The Night of Power

The Night of Power is full of blessings, because the Noble Qur’an descended on this night. The Qur’an is peace in itself. It distinguishes between the good and evil and shows to the way of peace and the eternal joy for all humanity. Being this thus, the night in which this Divine Book was sent down is worthy of great esteem. The Qur’an says:

“Surely We revealed it [the Holy Quran] on the grandest night. And what will make you comprehend what the grandest night. The grandest night is better than a thousand months. The angels and Gabriel descend in it by the permission of their Lord for every affair. Peace onto it until the break of the morning.” (97:1-5)

On the Night of Power, pray to God with all your heart and He will definitely respond to all your prayers. During this night, as quoted in the above-mentioned verse, the angels and the celestial spirit (Gabriel alaihis-salaam) descends. Its proximity to the Earth gives to a spiritual brightness to the hearts and souls of the believers. The Prophet (SAW) on this night spend time in oration and adoration of God. To that they spend his night in oration, the unimaginable experience joy, a deep feeling of great pleasure, like result of immense celestial blessings in tonight.

Recite the Qur’an, look for the pardon of Allah and pray for the good of this world, as well as in the next.

Thursday, 10 September 2009

Orang Berbudi Kita Berbahasa.



Guru Besar SK.Sepri, En. Ramlan b. Hj.Ramly menyampaikan cenderahati kepada
Ketua Pengawas UPSR, En. Zulkefli b Kanan sebagai menghargai sumbangan beliau bersama rakan-rakan mengawas calon-calon UPSR SK.Sepri 2009.

Salam Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
P/S: Jangan main mercun tau.....bunga api x pe kot hehehe

Wednesday, 9 September 2009

Ada apa-apa yang istimewa?



09.09.09

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan olehYang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Tuesday, 8 September 2009

Salam Semangat...


Guru Besar, En. Ramlan Hj Ramly memberikan kata-kata perangsang kepada calon-calon UPSR sebelum menghadapi peperiksaan.

PASTI BOLEH

PASTI BOLEH,YAKIN BOLEH,BUAT BOLEH,
KEJAYAAN DIPEROLEHI...SELAMAT BERJUANG

GOOD LUCK !!!



SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR KEPADA SEMUA MURID-MURID TAHUN 6, SK SEPRI REMBAU NSDK


8 - 10 SEPTEMBER 2009
SELASA-RABU & KHAMIS



ALL THE BEST & GOOD LUCK!!!

Monday, 7 September 2009

Esok UPSR..


Doakanlah kejayaan mereka.

Sunday, 6 September 2009

UPSR 2009

Mudah-mudahan S.K.Sepri mencapai keputusan yang tak tercapai akalku

Kebetulan

Laporan dan foto KAMAL RASHID
am@hmetro.com.my

REMUK... kereta Myvi yang meragut nyawa Norazlina
dalam nahas.

JELI: “Selamat hari jadi ayah!” Itulah ucapan terakhir diterima Mohd Noor Mohamed, 50, daripada anak sulungnya itu maut dalam kemalangan di Kilometer 100 Jalan Kota Bharu-Machang-Grik, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, kereta Myvi dinaiki Norazlina Mohd Noor, 27, bersama dua adiknya, Hafeez, 19, dan Noraina Shuhada, 22, serta rakannya terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

Kejadian itu mengakibatkan Norazlina yang duduk di sebelah tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta patah lengan dan paha kiri.

Kemalangan itu turut menyebabkan Hafeez yang memandu kereta cedera ringan di tangan kiri manakala Noraina cedera di muka. Mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Jeli


“Hari itu (hari kejadian), kami berbual seperti biasa dan tidak ada apa yang pelik dalam perbualannya, selain ucap selamat sempena hari jadi saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Jeli, kelmarin.


Katanya, dia sedih kerana hasrat anak sulungnya untuk pulang bercuti selama tiga hari dan menyambut Ramadan bersama keluarga di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok tidak kesampaian akibat kemalangan itu.

“Saya memang sedih kerana ini kali pertama arwah pulang ke kampung sejak melanjutkan pengajian di UPSI Julai lalu,” katanya sebak.

Sementara itu, Hafeez yang memandu kereta mendakwa ternampak objek melintasi jalan, menyebabkan dia panik dan cuba mengelak melanggar objek misteri itu.

Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak itu berkata, kejadian itu menyebabkan dia hilang kawalan dan kereta dipandunya terbabas ke kanan dan melanggar pokok.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi dan saya panik. Arwah yang duduk di sebelah saya cedera teruk dan gagal diselamatkan. Saya terkilan kerana arwah kakak sangat mengambil berat mengenai adiknya,” katanya.

emel Emel Artikel cetak Cetak Artikel
P/s: Sekali baca suspen je............

Saturday, 5 September 2009

Jangan Lupa Bayar Zakat Fitrah

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1)Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2)Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3)Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4)Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim
WAKTU MENGELUARKAN FITRAH
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1)WAKTU WAJIBApabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2)WAKTU YANG PALING AFDHALSebelum sembahyang Hari Raya
3)WAKTU SUNATSepanjang bulan Ramadhan
4)WAKTU MAKRUHSelepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5)WAKTU HARAMSelepas terbenam matahari satu Syawal
p/s: Tunaikan kewajipan anda..

Calon-Calon UPSR SK.Sepri 2009

TAZKIRAH RAMADHAN


Rahsia dan syarat puasa batin.
Kata Imam Al Ghazali dalam Ihya Ulumuddin.

1 Menahan pandangan dari perkara yang haram
2 Menjaga lidah dari perkara yang tidak bermanfaat, berdusta ,mengumpat,mengadu
domba,perkataan kotor,caci maki,permusuhan dan riak.
3 Menahan pendengaran dari perkara tang dibenci.
4 Menahan anggota lain dari perkara dosa.
5 Jgn terlampau banyak makan waktu berbuka.
6 Hendaklah selepas berbuka hati sentiasa mengharapkan agar amalan kita diterima oleh Allah.

p/s Gambar diatas sekadar gambar hiasan



Telinga siap ada antenna..

Friday, 4 September 2009

CANDID

Tiga teruna sedang menunggu pinangan agaknye......abdul wahab, abdul wahub dan abdul wahid

candid 2

kak Aida macan tengah menyanyikan lagu selamat ari raye je...

Guru-Guru SK.Sepri 2009

SELAMAT HARI RAYA DARI GURU-GURU SK SEPRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Selamat Hari Raya Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
KEPADA:
SEMUA WARGA SK SEPRI DAN GENG BAS SEKOLAH
"MAAF ZAHIR & BATIN "


IKHLAS DARIPADA:
AZIEY & SUAMI

Thursday, 3 September 2009

Thank You Seven

Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris. Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four five, six, seven dan bye-bye


Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.

Mat salleh ; Oh, I'm sorry

Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.

Mat salleh ; Thank you too.

Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.

Mat salleh ; ( hairan ) what for?

Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.

Mat salleh ; Are you sick?

Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .

Mat salleh ; ( bingung )

Tuesday, 1 September 2009

Al Fatihah

Lelaki maut kereta tembung lori

REMBAU: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di satu selekoh di KM 19, Jalan Seremban-Tampin dekat dengan Taman Air Panas Pedas petang ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Mizan Mohd Dom, berkata dalam kejadian 2 petang itu, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Syukor Mohd Idris, 47, sedang memandu seorang diri dari arah Seremban manakala lori terbabit dari arah selatan menuju Kuala Lumpur.

"Syukor dipercayai terbabas ketika melalui selekoh lalu bertembung dengan lori itu," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, Syukor yang cedera parah di badan dan kaki meninggal selepas sejam dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, sementara pemandu lori itu tidak mengalami kecederaan.

Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi polis di talian 06-6852222 untuk membantu siasatan kes. - Bernama

Sikap Pemaaf Dalam Persahabatan

Seringkali dalam persahabatan, akan ada perselisihan faham, ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan. Kesannya, timbul ketidaksefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan.

Masalah gini senang selesai bila adanya sikap pemaaf. Andai kedua-duanya panas baran, ego dan hanya mahu menang, persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan.

Tidak semua orang boleh mendidik hati mereka supaya jadi pemaaf, sebab mereka mahukan orang lain yang minta maaf dulu ngan mereka. Dah menjadi sikap manusia, mereka mahu di hargai, mahu dihormati. Bila pertelingkahan timbul, mereka payah nak jadi pemaaf.

Bagaimana dengan Anda? Adakah Anda juga susah nak memaafkan kesalahan orang lain?
Jika begitu, Anda tergolong dalam kalangan orang yang kurang bermotivasi, susah nak jadi bersemangat sebab di hati Anda penuh dengan noda hitam dari fikiran-fikiran negatif. Benci, meluat dan dendam tu adalah fikiran negatif sebenarnya.

Contohi sikap Rasulullah s.a.w. yang pemaaf, walaupun dia pernah luka di lempar batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Saya sedar kita bukan setabah Rasulullah s.a.w, namun kita boleh membina sikap pemaaf, penyabar dengan mencontohi sikap Baginda.

Latih diri Anda menjadi pemaaf, kerana ia dapat membuang fikiran-fikiran negatif yang bersarang di hati. Kesannya, Anda senang di dekati oleh sesiapa saja, even complete strangers. Sesiapa saja akan melihat Anda unik lalu tertarik untuk mengenali Anda dengan lebih lanjut lagi.
Dalam perhubungan, ia akan membuat rakan Anda menyenangi Anda dan bersemangat bila bersama Anda.

Hargailah kawan, kerana tanpa sokongan darinya, Anda keseorangan lalu membuat diri jauh dari kejayaan.


Be a good friend.

Template by - Abdul Munir - 2010