Monday, 31 August 2009

Akibat Tunjuk Pandai

Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya. Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala.
Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu.
Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur, Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.
Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat jawab, "Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi."
"MasyaAllah..," mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini tak pernah sembahyang Subuh. Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat.

Sunday, 30 August 2009

Tanggal 31

video
Sambutan Pelancaran Hari Kemerdekaan ke-52

Semangat MERDEKA

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Saturday, 29 August 2009

Coklat JAPP

video

Thursday, 27 August 2009

SELAMAT HARI LAHIR

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,
Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan...

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi,

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia.

Selamat Harijadi Cikgu Zakaria

Wednesday, 26 August 2009

Selamat Harijadi Cikgu Norleza

Tuesday, 25 August 2009

PANTUN IKUT SLANG NEGERI2 DI MALAYSIA

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Monday, 24 August 2009

Bazaar Ramadan Tampin


Macam mekna pulak dia ni..

Selamat Berjuang

GOOD LUCK
KEPADA SEMUA CALON-CALON UPSR 2009
BUAT YANG TERBAIK OK !!!

Teh Panas Teh Sejuk

Di suatu pagi yang menyinar..di warung kopi,terdapat seorang penduduk orang asli yang ingin minum pagi di warung tersebut. Apabila tuan warung ingin mengambil order..bertanyalah orang asli ini.."berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk"...jawab tuan warung.."teh panas RM0.70 ,teh sejuk RM 1.20..."..maka orang asli tersebut meminta teh panas..

Apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai habis....pelik tuan warung melihatnya....lalu beliau bertanya.."kenapa kamu minum terlalu cepat..tak rase panas ke..??"jawab si orang asli tersebut.."emm..mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20..saya ada Rm 0.70 je.."..tuan warung pun tersengih...

Ada gak orang macam ni.hehehehe



Misteri?

Sunday, 23 August 2009

Bazaar Ramadan Rembau


Bazaar Ramadan Rembau jam 7.00 pm.

TEKA-TEKI (3)

Salam Ukhwah..berjumpa lagi kita pada minggu ini..
Jom try jawab teka-teki minggu ini lak ek...

  1. Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.

  2. Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?

  3. Kenapa pencuri kena tangkap?Kenapa ubi jadi kayu?Kenapa gigi sakit?(1 jawapan je)

Jawapan teka-teki(2):

1) Jambatan

2) Hingus

3) Telur

Selamat mencuba...

Elakkan Pembaziran...

Saturday, 22 August 2009

Message from AlKashfi

Salams, my name is Shabaan, i am advising you that my neighbour Ramadaan will be visiting you soon with his wife Rekz and two children Sahur and Iftaar. They will be accompanied by three grandchildren Rahmat, Barakat And Touba. They will leave after 30 days by Eid Airlines. Treasure them and you will be blessed. Ramadaan Mubarak.

Friday, 21 August 2009

SELAMAT BERPUASA

TO ALL VISITORS: GB, SIR, PLAH, HANS, USTAZ, YUNG, DUMOKS, CG Z, MAK LANG, KAK KIAH, DORAEMON, POKEMON, KAK SENAH PULAU LEBAU, AL KASHFI, HAGEMARU, CIKGU PRIHATIN, FOKUCHAN, HANG BUAH, SEPRIAN, WAK PARTO, ATIE, SOMEBODY, MAK LONG IPAH, MARKER, IZZUL, DINEY, MAT KACAU, SEPRIAN, CHA'OM, NAJMIN, OLD BOY, COMBI, WARGA ASING, GUEST.

HIKMAT-HIKMAT PUASA

HIKMAT-HIKMAT PUASA

Puasa mempunyai hikmat-hikmat dan faedah-faedah yang banyak, antaranya:

  • Menandakan kesyukuran kepada Allah kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya.
  • Melatih jiwa supaya mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang-orang yang susah dan menderita.
  • Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong dan hasad dengki.
  • Melatih diri supaya bersifat sabar dan tabah menempuh ujian-ujian dalam perjuangan hidup.
  • Menanamkan semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan perpaduan.
  • Menanamkan semangat sama rata dan menjauhkan sifat membeza-bezakan di antara kaya miskin, hina mulia,raja dan rakyat kerana sama-sama menjunjung peritah Allah.
  • Melatih diri supaya mempunyai peraturan-peaturan dan menghargai masa kerana puasa mempunyai batas-batas waktu yang tertentu.
  • Membersihkan anggota-anggota di dalam tubuh badan dari daki-daki dan lemak-lemak makanan yang bekerja sepanjang tahun.
  • Memberi kerehatan kepada alat-alat di dalam tubuh badan - terutamanya alat pengisar makanan yangbekerja sepanjang tahun.
  • Memberi peluang untuk memperbanyakkan amal ibadah kerana Bulan Ramadhan mempunyai keistimewaanyang tidak ada pada bulan-bulan lain seperti Lailatul-Qadar dan Sembahyang Tarawih.

Thursday, 20 August 2009

Jom belajar kechek kelate.....


Kali Arung - Sekaligus

Air Geh - Air Berkabonat

Jauh Sapok - Teramatlah Jauhnya

Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat

Comel Lote - Comel Yang Amat

Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat?

Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya

Punoh Jahne - Rosak

Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkn Pergaduhan

Taik Aye Muna - Tahi Ayam Yang Masih Hangat

Kona Lepe - Corner Lipat

Kelecak - Terpelanting

Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi

Lonjong - Tinggi Sangat

Tinggi Nya - Yuk Sama Macam Di Atas

Masing Pekkok - Teramat Masin

Nipih Nayyang - Sangat Nipis

Maknga - Cuai

Babei - Degil (Tak Tau Nak Eja Camne)

Jabir / Supek - Plastic Bag

Koghok - Tengkorak

Kehek - Muntahkan Semula

Puahsang - Boring

Meppeh - Tak Larat

Kepeh Blepeng - Sangat Kempis

keghah kekong -keras yg teramat

koho/selo - perlahan/slow

kettuk heghek -kentut tarik

blana kokna - banyak yang amat

samah - 50 sen

duo amah -singgit

kekoh -gigit

toksoh -jangan / tak usah

bakpo -kenapa

guano / belah mano -macam mana

gapo / gapo dio -apa / apa dia

ghoyak -bgtau

blago -berlanggar

mokte- rambutan

woh kekoh caa -kuih buah melaka

ccongek -tejungkit

kupik hangik -kedekut nak mampos

woh tteghe-buah gajus

nnetting- melantun

deghah -deras / laju

manih letting -manis yg amat

pok-e-dèng -pepatung

Candid 2

2 ari je.. bukan 4 la....

CANDID

ust tengok je gelagat cikgu-cikgu yang sedang berposing dengan lauk masing-masing...sabo je......

ini pun tak puas hati lagi...mentang-mentang lah lauk free.....
ha.........saya punya banyak tak.........

Ps: memang okap cikgu-cikgu perempuan ni...........

MAJLIS BACAAN YASIN 2009

ASSALAMUALAIKUM.

GURU BESAR , PIBG DAN JAWATANKUASA KERJA
PROGRAM MAJLIS BACAAN YASIN UPSR DAN UPKK 2009
SEKOLAH KEBANGSAAN SEPRI
DENGAN INI MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN
DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA:


YB TUAN ZAIFULBAHRI BIN IDRIS
ADUN KAWASAN CHEMBONG

EN. AZALI BIN HASHIM
WAKIL PPD REMBAU

TN. HJ ZAINAL BIN IDRUS,
IMAM MASJID TG. BERANGAN,

SEMUA AHLI JAWATANKUASA MASJID TANJUNG BERANGAN,
KETUA-KETUA KAMPUNG, IBUBAPA DAN PENJAGA MURID TAHUN 5 DAN 6, GURU-GURU DAN CALON-CALON UPSR DAN UPKK 2009.

TERIMA KASIH DI ATAS KEHADIRAN DAN KERJASAMA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI.







Ahlan Ya Ramadhan Al Karim

Wednesday, 19 August 2009

Terima Kasih Cikgu Nur Atiqah




Tuesday, 18 August 2009

JEMPUTAN



RESEPI JERUK MANGGA

Bahan-bahan:

  1. Mangga muda
  2. Garam
  3. Gula
  4. Air

Cara-cara membuatnya: Potong mangga sesuka hati, masukkan kedalam air yang dicampur garam secukup rasa (masin tak ape). Rendam mangga yang dipotong bersama air garam itu semalaman. Selepas semalaman basuh mangga tersebut dengan air biasa supaya bersih(hilang masam & masin). Masak air bersama gula secukup rasa(kalau suka manis letak gula lebih), biarkan sejuk seketika dan masukkan air gula tadi kedalam mangga yang bilas bersih....1/2 jam lepas tu dah leh makan.


p/s: Selamat mencuba..:)

Laungan Keramat

video


Salam Kenangan


video

Nur Atikah Nordin menamatkan perkhidmatannya di Sekolah Kebangsaan Sepri hari ini (18/8/09) selepas lebih kurang 2 bulan menggantikan Pn Muliana yang bercuti kerana bersalin. Apa pun keadaanya, terima kasih diucapkan kepada Nur Atikah kerana banyak membantu terutamanya dalam menghasilkan foto-foto aktiviti sekolah. Sekolah nampaknya akan kehilangan seorang jurufoto yang berkaliber.... Semoga beliau akan terus berjaya dan cemerlang dalam bidang yang diceburinya selepas ini.

plah : Jangan lupa isi borang ALUMNI selepas ini

Monday, 17 August 2009

Anak Merdeka

Anak-anak yang lahir dalam bulan Ogos sedang memotong kek hari jadi lah tu.....cikgu yang pakai baju merah tu macam nak mengicak jo...tak boleh cikgu sbb cikgu lahir tahun arnab.

Senjata Mukmin

DOA JAUHKAN WABAK

Kami berlindung dengan Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, dan kami berlindung dengan Tuhan yang memiliki alam ghaib, dan kami bertawakal kepada Tuhan yang hidup lagi yang tidak mati, ya Allah jauhkanlah kami daripada wabak ini dan taun, dan segala bala, (kami mohon) dengan ihsan mu wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut lagi Maha Mengetahui sesungguhnya Engkau diatas setiap sesuatu amat berkuasa. AMIN..

Sunday, 16 August 2009

CANDID

GAYA TOKOH PEJUANG TAHUN 50an..........

PS: sonyum tu yang mahal tu..........

Semangat Merdeka


Kita biasa melihat rakyat Malaysia mengibarkan bendera pada kenderaan, bangunan,rumah dan tempat-tempat yang selayaknya......tapi kali ini kita dapat saksikan betapa bersemangatnya salah seorang guru SK Sepri yang melekapkan jalur gemilang pada cermin mata beliau.Mungkinkan ini akan menjadi trend rakyat Malaysia pada tahun ini? Atau untuk lebih menarik anda boleh lekapkan dikedua-dua belah cermin mata anda......................

ps: kalau jatuh longkang,bangun sendiri...MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!.......

Apa dia nak buat tu?

video


MOTIVASI (1)

BUKA HATI

Untuk menjadikan diri Anda bermotivasi di waktu pagi, tengahari atau petang mahupun malam, sediakan diri Anda sebelum mula melakukan sesuatu, sebelum bekerja, sebelum mentelaah pelajaran, atau sebelum membaca.

Sediakan diri Anda. Saya lebih suka panggil dengan nama buka hati. Maksudnya, kita bersihkan hati, berlapang dada dan bersedia menerima pelajaran-pelajaran baru yang hidup ni ajarkan pada kita, untuk kita gunakan dalam usaha kita memburu kejayaan. Nak jadi orang berjaya, kita kena ada mindset belajar sepanjang masa, sebab itu kita perlu buka hati sepanjang masa!.

Kita boleh menjadi student berjaya bila kita buka hati pada kejayaan, buka hati pada menimba ilmu, buka hati pada kerajinan berusaha. Buka hati, menyediakan fizikal dan mental sebelum kita melakukan sesuatu kerja yang akan kita buat berjam-jam lamanya.

Kita boleh jadi usahawan berjaya, pekerja berjaya bila kita buka hati pada kejayaan-kejayaan dalam bidang kita. Andai kita tidak buka hati pada kejayaan-kejayaan kecil, susah untuk kita buka hati pada kejayaan-kejayaan besar, kesannya kejayaan akan menjauh dari hidup kita, seakan sukar untuk dicapai.

Buka hati, maksudnya bersedia untuk menerima. Untuk menerima kejayaan besar, kita kena buka hati pada kejayaan-kejayaan kecil terlebih dahulu, latih diri sendiri. Bangun awal setiap sebelum waktu subuh, kemudian menunaikan sembahyang subuh satu kejayaan kecil juga.
Bila buka hati, Anda akan mendapat stamina dalaman, kekuatan dalaman. Anda boleh buat sesuatu usaha lebih lama dari orang lain buat. Tapi, pastikan Anda tahu 3 tanda kekotoran hati, sebelum buka hati menerima sesuatu.

Saturday, 15 August 2009

TEKA-TEKI (2)

Teka-teki minggu ini....
  1. Saya berada di atas air, tetapi tidak boleh berenang, ataupun bergerak. Siapakah saya?
  2. Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia?
  3. Barang apa yang lebih berguna apabila pecah?

Semoga dapat jawab ek...



Tip Kejayaan

SEMANGAT: Jangan mudah putus asa, teruskan berusaha.
PATUH: Patuh pada yang Esa, ibu bapa & guru-guru.
SEIMBANG: Dunia & Akhirat.
FOKUS: Dengar, lihat dan buat apa yang di ajar. Jangan berangan.

PANTUN PATRIOTIK

Sejuk sawah waktu pagi,
Cuaca gelap buka pelita,
Tumpahnya darah kami di sini,
Megah berdaulat pusaka bonda.

Berkayuh kolek ke Indragiri,
Memutih pasir di Kuala Pasai,
Tetap tegak kami berdiri,
Perjuangan panjang belum selesai.

Pohon meranti tumbuh berjajar,
Dibawa orang dari kuala,
Zaman kini penuh mencabar,
Maruah bangsa tetap dibela.

Cari ikan sampai bertemu,
Lautan gelora bukan halangan,
Anak watan mesti berlimu,
Kemajuan negara jadi taruhan.

Friday, 14 August 2009

Pelancaran Sambutan Kemerdekaan ke-52


MESEJ DARIPADA GURU BESAR SK.SEPRI

14 OGOS 2009

MULAI ISNIN (17 OGOS 2009) PERHIMPUNAN PAGI DITANGGUHKAN SEHINGGA DIMAKLUMKAN OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN.

HARAP MAKLUM.

TERIMA KASIH.

Thursday, 13 August 2009

FIKIR SEJENAK

Malaysia,
namamu menjadi sebutan,
aku mencintamu,
disinilah tempatku dilahirkan,
begitu semangatnya,
mereka melaungkannya,
tetapi,
hari nie,
anak muda lupa akan erti kemerdekaan,
lihatlah,lihatlah,lihatlah,
betapa ramai anak2 melayu,
anak2 melayu termkn,
ideologi jelik pengarung asing
lihatlah,lihatlah.lihatlah
rambut perang,arak ditagan,
ditepi2 mereka minah2 korban,
muzik syaitan,ligat meringi mereka,
dilantai dansa
adakah ini anak2 remaja islam?
waktu senang ingat pada allah
tapi waktu susah,
mereka alpha dgn perintahnya,
tetapi,
adekah mereka ingat,
bagaimana peritnyee,
pejuang2 mereka,
menitiskan darah mereka,
demi negara tercinta,
tanpa mengira wang dan pangkat

Ayuhlah kita tadahkan tangan, mohon kepada Allah, supaya para pejuang negara,ditempatkan bersama2 org yg beriman.

p/s: hayatilah sajak ni kerana banyak membawa mesej yang menyentuh jiwa…peace world

MERDEKA!!!! I LOVE MALAYSIA

SAJAK:
Riang Ria Merdeka

Lari dan berlari..
Kanak-kanak berlari mengejar rakan
Riang bermain di senja hari
Membawa senjata palsu melawan musuh
Kononnya berperang menuntut merdeka
Adakah mereka kenal erti merdeka?

Sorak dan tawa..
Mereka gembira menawan musuh
Mendapat bendera tanda mereka menang
Bersorak-sorak
Melompat-lompat bertepuk tangan

Mengibar bendera menjadi tugu negara
Bangga berjaya mengalahkan musuh
Mereka menjerit mentertawakan yang tewas

Mentari melabuhkan tirainya
Malam menyusul bersama bulan dan bintang
Keheningan malam membangkitkan suasana
Penat bermain di siang hari
Kini lena diulit mimpi

Adik-adikku..
Mengertikah engkau maksud kemerdekaan?
Di sebalik bermain perang menentang musuh
Apakah engkau mengerti apa itu pengorbanan?
Setelah puas ketawa, bersorak dan gembira..
Wahai adik-adikku..
Hayatilah erti kemerdekaan
Ingatilah perwira-perwira negara menuntut kemerdekaan
Kelak engkau akan faham
Mengapa merdeka perlu dipertahankan
Mengapa bendera dikibarkanMengapa tugu negara dibina
Mengapa Malaysia harus cemerlang, gemilang dan terbilang

Kibarkanlah jalur gemilang
Tabikla perwira-perwira negara
Jadila rakyat yang mengerti apa itu kemerdekaan

Adik-adikku..
Bergembirala
Bersorakla
Bila engkau tahu apa itu kemerdekaan
Kerana engkau akan mengerti apa tanggungjawabmu.

Nurkilan: Md.Rz @ Mohd Rozaimie

Menjelang 31 Ogos.

Dalam kebimbangan menghadapi penularan wabak H1N1, Sekolah Kebangsaan Sepri akan terus mengadakan majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 14 Ogos 2009 (Jumaat) di tapak perhimpunan sekolah.


Para pelajar begitu ghairah mendapatkan bendera dan lencana dari guru-guru dengan harga yang amat istemewa.




Atas semangat kemerdekaan, Cikgu Rahazreen telah menjual bendera kepada para pelajar Tahun 1 dengan harga 50 sen seunit sedanglan harga sebenar yang dibeli ialah 70 sen seunit. (Tahniah pada Cikgu Rahazreen)



















Cikgu Hanapiah turut menjadi pembekal lencana " I Love Malaysia"



Wednesday, 12 August 2009

TEKA-TEKI

Jom asah minda...cuba jawab ek:

  1. Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?
  2. Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?
  3. Bandar apa tiada rumah, sungai tiada air, dan hutan tiada pokok?

KISAH HARI LAHIR

Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.

Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.

Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama : Tak boleh!Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....

Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!


http://kahkahkah.nmazman.com

Tuesday, 11 August 2009

KISAH BENAR H1N1

Assalamualaikum, bersua lagi di dalam blog in. Kali bukan nak santai Matematik tetapi nie nak kongsi pengalaman tentang rakan yang hantar emel kepada saya iaitu pengalaman sebenar keluarganya menghadapi H1N1 so mari baca

Pengalaman yang ade family terlibat H1N1. Untuk panduan bersama,
Based on my colleague experience..please spread the story.

High risk infection to person yg smoking, has atshma, children, pregnant women.
Beginner stage
batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila bersin bunyi tak kuat.....

Second stage
susah bernafas, simptom mcm asma tetapi bukan asma, pada stage ini tidak boleh berada dlm
satu bilik 80% pasti dijangkiti, so kuaratin mcm adik I. Bila pengsan mcm nak mati baru dia
orang admitted.

Critical
Lung infection. Bila X-ray we can see the virus covered the lung, like my brother kes.
Very scary bila tengok X-ray tu. At least 7 days O2 kena bagi, % utk recover depend
to age. Thats why kalau baby atau budak2 normally die. My brother hari nie genap 8 hari. Still
need O2, masa tahap kritikal tercungap2 dia bernafas sampai sat tahap........dia berguling
atas simen sbb tak tahan...... sampai dia blh cakap. lebih baik Allah ambil nyawa dia.

To support him what we did, bagi SMS sbb di ICU tak blh masuk utk tahu perkembangan.
Bagi dia Al-Quran dan air Yassin, lepas tu dia okey sikit.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 kes depends on hospital kerajaan yg most of
the doktor still young the doktor in my brother wad was 28 years old. All the otai dah
pergi private, so 1 doktor 5 patiens. Kesian doktor2 tu.....I appreciate them diorang
jaga adik I dgn baik, so for hospital Ampang is the best Governtment yg I jumpa very
effesian.

Anyway the doktor dont have much pengalaman, they work hard sampai tak balik
rumah and tidur kat hospital, rasa nak peluk dan cium mereka kerana selamatkan
adik I. take care and be carefull krn virus tu very strong. Sesiapa kena memang menderita
utk cover kerana no vaksin. so far hanya lelaki dewasa can fight the virus....women might be
70%, children most probably will die.

Nor azura bt Husin
Department of computer science
University Putra Malaysia

Monday, 10 August 2009

Esteem Diri

Esteem Diri.

video

nb: ni klip lama, saja upload.

Korban H1N1 terus meningkat.

10Ogos2009:Enam lagi menjadi korban selesema A (H1N1), menjadikan jumlah semuanya 32 orang sejak kes pertama 23 Julai.

Semalam lapan disahkan mati akibat virus wabak tersebut.

Sumber: Malaysiakini

Sunday, 9 August 2009

Cara Jawab Telefon Paling Kerek

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon)....

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?.
Jawapan: maap.sini bukan balai polis...

2. Soalan: haloo, siapa disana?.
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane....

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?.
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya...

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?.
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur...

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?.
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli...

6. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?.
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih...

7. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye..
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap..

8. Soalan: halloo... ....
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?..

9. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya....
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan...

10. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?.
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu...

11. Soalan: assalammualaikum....
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib. jawab)

P/S: Lu fikir la...

Kem Bestari Solat terkini.

Mudah-mudahan kat rumah pun jangan tinggal solat ye....ibu bapa kena pastikan anak-anak solat....



Lurus dan rapat-rapatkan saf.....kaki bertemu kaki dan bahu bertemu bahu..antara kesempurnaan solat berjemaah yang susah orang nak ikut....sebab tu hati orang Islam susah nak bersatu...sobab eh, solat jemaah pun tak rapat, tak lurus....
seluruh anggota menghadap kiblat........hari ni ramai orang berdiri kaki tak hadap kiblat.....



ps.....Gambar kem bestari solat sekolah pada 8.8.2009, terima kasih kepada yang terlibat......

Cikgu punya cerita...

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

pecah perut aku gelak ngan org ghumah aku......

Saturday, 8 August 2009

rehat otak jap.

pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya... Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..


Friday, 7 August 2009

Topeng di mana-mana

Topeng sudah mahal... Kalau dulu sekotak harganya lebih kurang RM14.00 - RM18.00 tetapi sekarang harganya sudah menjadi RM20.00 malah dengar khabarnya di Seremban ada yang dah sampai RM50.00 sekotak. (Toke topeng tongah untong nie..)

video

SK.Sepri tidak ketinggalan memastikan setiap murid menjaga keselamatan dan kesihatan diri sebagai perisai menghadapi wabak selsema babi. Terima kasih kepada Cikgu Fadhilah Ludin(bakal doktor) kerana memberikan penerangan tentang cara pemasangan dan penggunaan topeng ini.


plah: Nasib baik tak ada cikgu yang pakai topeng terbalik

Thursday, 6 August 2009

EVOLUSI PERBUALAN

Sewaktu TADIKA ( 5, 6 tahun )

Di satu sudut Taman Permainan di dalam kawasan sekolah TADIKA kelihatan dua kanak-kanak berbual sambil meminum botol minuman Ribena. Kata salah seorang temannya, “ Eh, Abah kita beli keta remort control semalam, poweeeer. Engkau ada ke?” Alaeh ! kita punya helly remort lagi power, boleh terbang. Tinggi dia terbang. Awak ada ke?” Jawab salah seorang dari kanak-kanak itu. Namun ianya disampok balek oleh temannya yang mulut masih penuh dengan air minuman Ribena, setelah menelannya ,katanya “ Nanti le kita minta abah kita beli laaaagi besar nanti boleh le awak datang main sama-sama dengan kita. Kan! Kan! “. Ye lah jawab temannya sambil kedua-duanya berjalan masuk ke kelas.

Sewaktu Sekolah Rendah ( 11,12 tahun )

Di salah satu tempat menunggu bas di hadapan sekolah. Dua orang pelajar sedang menunggu bas sekolah sambil berbual. Kata salah seorang temannya, “ Hei! Petang ni kita main basikal kat taman sebelah nak? Budak-budak kat situ memang pandai wheely bila naik basikal jauh diorang boleh buat”. Jawab temannya ‘”Boleh juga tapi basikal aku rosak sikit, boleh le aku pinjam basikal adek engkau nanti.” “Ye lah nanti aku tanyakan adek aku tapi kau datang le awal sikit” jawab temannya. “Okey, okey, okey nanti aku datang awal “ Jawab temannya tanda setuju. Perbualan mereka habis dengan kedatangan bas sekolah yang datang mengambil pelajar sekolah di situ.

Sewaktu Sekolah Menengah (16, 17 tahun )

Di salah satu tembok pembetong di salah satu Taman Perumahan kelihatan anak-anak muda belasan tahun sekitar tingkatan 4 dan 5 sedang menyanyi dengan salah seorang memetik gitar kapok seolah-olah seperti persediaan akhir Akademik Fantasia atau peringkat final gengstarz lagaknya. Nyayian mereka bertambah bersemangat apabila beberapa orang remaja perempuan lalu di hadapan mereka dengan tersengeh-sengeh. “Woit ! tak ada lagu lain ke? Asyek lagu jiwang-jiwang je, tukar le lagu rock sikit baru le ngam.” Celah salah seorang remaja yang baru sampai untuk join sekali. “Aleh ! suara macam kodok pun ada hati nak nyanyi lagu rock konooon, pirraaaah.” Jawab salah seorang remaja yang ikut menyanyi dari tadi dengan ketawa bedekah-dekah diikuti ketawa temannya yang lain. Gelagat mereka berterusan sehinggalah ke waktu Maghrib.


Sewaktu Di Universiti ( 21, 22 tahun )

Disalah satu sudut di cafeteria di IPTA (universiti ) terkenal di Malaysia kelihatan beberapa orang siswa sedang minum minuman dalam tin sambil mengadap komputer laptop sambil mulut mengunyah burger. “Hei ! semua korang ada dapat email tak tetang sorang siswi lahir anak luar nikah kat Asrama Jati.” Tanya salah seorang dari beberapa orang siswa yang melepak kat situ. “Hei ! kau ni ketinggalan le, cerita tu dah basi dah, kita orang dah lama dapat. Ni email paling panas, nak ke ? nanti aku send kat kau.” Jawab salah seorang dari mereka yang dari tadi asyek menekan butang kat keyboard laptopnya. “Hantarkan kat aku sekali aku pun nak juga. Okey,” mencelah salah sorang lagi siswa sambil ketawa kecil. “ Woi ! kau nak ke? aku lagi banyak dapat email yang panas-panas ni.” Tanya lagi seorang siswa yang rambutnya cacak terkumpul kat tengah kepala dengan stail sikat ala ‘Ultraman’.”Naaakk” bunyi suara ramai yang menyahut meminta.Mereka bersurai setengah jam kemudian.

Sewaktu Alam Pekerjaan ( 31,32 tahun)

Seorang lelaki bergegas keluar dari salah satu bank di Ibu Kota sambil tangan kanannya memegang telephone bimbit model terkini dan tangan kiri memegang kunci kereta yang remortnya terjuntai keluar. “Hooi ! lajunya kau,” sergah seorang lelaki yang lengkap bertali leher.”Eh! mu Mat, pa kabar mu? Le ni mu kak maner? Emm! Mu dah kawin ke belum? Tanya lelaki yang bergegas keluar dari bank tadi sambil menarik tangan temannya ke tepi sedikit kerana ramai yang lalu lalang kat situ. “ Aku tinggal kat Ceras. La ni aku kerja dengan satu company dari U.S, Slumberger , base kat Bukit Bintang. Aku dah ada anak dua. Dua-dua lelaki. Kan aku ada jemput kau waktu kahwin dulu?.” Jawab lelaki yang bertali leher. “Tak perasan le aku tapi aku tak macam mu walau pun bussines aku makin maju,” terang lelaki yang keluar dari bank tadi dengan suara yang agak sedih. “ Apa masaalahnya pulak? Tanya lelaki yang bertali leher. “Aku dah bercerai dengan isteri aku, dah talak tiga. Dia main kayu tiga dengan menager di tempat kerjanya. Sedih betol aku.” Terang lelaki itu dengan suara yang makin sedih.”Habis tu anak-anak kau macam mana? tanya lelaki yang bertali leher. “Semuanya dia ambil, le ni tengah fight kat mahkamah,”terang lelaki yang keluar dari bank. “La ni perempuan memang macam tu. Tah le aku pun tak tahu nak cakap, apa pun kau kena sabar” terang kawannya mententeramkan keadaan. Mereka beredar setelah bertukar-tukar bussines card.

Sewaktu Hampir Pencen ( 48,49 tahun )

Di salah Majlis Perkahwinan di satu kampong di pinggir bandar kelihatan dua orang tetamu bercakap-cakap sambil menjamu selera nasi kenduri. “ Enkau dah berapo okhang menantu? Sei dah nak masuk tigo. Sorang kek Somban sorang la ei kek Kolompo. Yang sulong lak kek Pineng . Lotih sei dengan cucu-cucu, keletah tak dapek sei nak kobar.” Cerita seorang pakcik yang rambut putih dah lebih separuh kepalanya. “Berungtah lah engkau dah ada menantu dan ada cucu. Anak aku pula lelaki yang sulong tu tak nak kahwin lagi. Umur dah 28 katanya nak sambung belajar. Yang perempuan tu pulak banyak sangat memilihnya. Tu hari datang orang Melaka meminang, banyak pula songehnya katanya belum bersedia le, tah apa lagi.Sebelum tu datang juga orang meminang dari Penang, taknak juga katanya hitam le, mamak le, entah macam-macam lagi. Agaknya belun jodoh kot.”terang temannya yang memakai ketayap putih dan sedkit janggut putih di dagunya. Perbualan mereka terhenti dengan bunyi kompang tanda kedatangan pengantin lelaki.


Sewaktu Lepas Pencen (59,60 tahun)

Di tempat menunggu di salah satu hospital swasta kelihatan seorang tua berketayap putih dan bertongkat yang wajahnya agak sedikit pucat dengan kaki yang sedikit bengkak. Beliau ditemani oleh isterinya yang tidak lengkap bertudung sekadar diletaknya di atas kepalanya sambil merungut-rungut kerana lama menunggu. Tiba-tiba keluar dari salah satu bilek seorang lelaki tua sambil duduk di atas kerusi roda ditolak keluar oleh seorang nurse kat situ. Ianya betul-betul lalu di hadapan tempat menunggu, tiba-tiba ianya di tegur.”Assalamualaikum ! tuan haji.” Sambil tersenyum salam yang diberi oleh orang tua yang bertongkat serta bangun dengan sedikit kepayahan bersalam dengan orang tua yang berkerusi roda tadi. “Alalikum salam, apa khabar kamu Deris. Kau tengok le aku ni dah tak boleh berjalan, macam-macam penyakit ada. Lama tak nampak enkau, rasanya dah hampir lima tahun.” tanya orang tua yang berkerusi roda.” Ye la tuan haji dah hampir lima tahun, bukannya apa bebudak tu minta tinggal di rumah mereka kat kolompor sejak dah kena penyakit buah pinggang ni. Senang kata mereka untuk menggurus. Ni pun pulang sekejap je ada urusan tanah.” Terang orang tua yang bertongkat. “Eh ! Mana kawan-kawan kita yang lain, HJ.Din, HJ.Ja’far, Zali, Salleh dan HJ.Rosli,” tanya orang tua yang berkerusi roda. “Tuan Haji tak tahu ke? Hj.Din dah meninggal empat tahun yang lalu, Hj.Ja’far balek kampong kat Linggi dan meninggal di sana. Zali katanya kat Senawang sakit tenat kena strok dah hampir setahun. Salleh dengar cerita balek Kelatan, tak tahu pula ceritanya. Haji Rosli pulak sekarang ni masih kat I.C.U kena lemah jantungi. Saya dapat tahu dari anak saya yang kebetulan sama-sama kerja dengan menantu beliau.” Jelas orang tua yang bertongkat. Perbualan mereka terhenti apabila seorang lelaki tiga pulohan datang menjemput orang tua yang berkerusi roda tadi.

Selepas 7 Tahun Kemudian

Di pagi Hari Raya 2015, di satu kawasan Tanah Perkuburan kelihatan satu keluarga berkumpul anak-anak dan cucu-cucu dengan masing-masing mulut berkumat kamit membaca al-fatihah kepada ahli kubur berkenaan.

(Kesemua mereka telah meninggal dunia)


Targhib

Saudara saudari semua, ini mungkin bentuk perbualan kita. Mahu tidak mahu titek terakhir perbualan kita adalah KEMATIAN yang pastinya akan menunggu kita dan tidak ada sesiapa pun yang akan terlepas darinya. Tiada ada perbualan yang sebaik perbualan melainkan perbualan yang mengajak ke arah keagamaan yang menyeru kepada kebaikan dan yang menjurus kearah perdamaian. Oleh itu perbanyakkan lah perbualan atas dasar agama.

Firman Allah swt :

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya (perbualannya) daripada orang yang meyeru (manusia) kepada Allah dan mengerjakan amalan yang saleh dan berkata ‘sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri (Muslim).” ( Fushilat :33 )

Firmannya lagi :

“Tidak ada kebaikan kepada kebanyakan bisikan (perbualan) kecuali yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat kebaikan atau mengadakan satu perdamaian sesama manusia.Dan barang siapa yang berbuat demikian kerana mengharapkan keredaan Allah maka kami akan memberi pahalayang besar.”(An –Nisa’ :114)

P/S : Mohon maaf kerana tulisan yang agak panjang.

SANTAI MINDA

Assalamualaiku dan salam Sejahtera, bersua lagi di SM Seprian, minggu nie tak ade sesi Rekreasi Matematik tetapi cuma nak santai minda aje dengan 2 bahan so let's join.

1-teka-teki dan 2-masalah haiwan yang manusia perlu fikir-fikirkan

1) Teka-teki:

1-kalau semua binatang jadi ikan, maka ikan jadi apa?
2-Lembu apa yang selalu di cari ?
3-Banyak-banyak cecair, cecair apa akan beku bila dipanaskan?

Ha, ha, gelak dulu Selamat menjawab, mana tahu ada dalam soalan..........keluar bulan Ogos nie, utk yg ambil exam le (saya doakan buat warga SK Sepri semoga ramai dapat IV dlm exam nanti)

2) Masalah binatang di seluruh dunia. Bahasa ini telah diterjemahkan ke dalam
Bahasa Melayu.


Ayam : Manusia ini memang pentingkan diri sendiri
Lembu : kenapa kata gitu ?
Ayam : Apa, idaknye aku bertelur hari-hari, cadangnya nak le tinggalkan waris 2 ke 3 ekor.
kata orang bila aku tak de nanti ada le waris, ni tidak hari-hari manusia nie makan telur
aku, macam mana nak dapat anak!
Lembu : Aaah, masalah kau kecil aje, aku nie sangat le besor ceritanye.
Ayam : Apa ke hal nye?
Lembu : Aku kalau fikir masalah aku rasa nak bunuh diri rasanya, apa idaknye dema (manusia)
ni udah le minum susu aku tiap-tiap hari tapi seorangpun tak pernah panggil aku MAK.
Tak ke pilu hati niee
Ayam : ( dalam hati , patut le dema panggil kamu LEMBU)

Cerita nie cuma untuk santai aje tak de kena mengena dengan sesiapa. So ini semata-mata untuk
jenaka aje. Okey lain minggu SM Seprian beri rekreasi Matematik pula. Jumpa lagi

Jerebu datang semula

Apa lagi selepas ini.. Sekarang sibu dengan selsema babi.. Dulu selsema burung... habis semua burung kena dihapuskan.. kali ini kita tak dapat hapuskan semua babi disebabkan selsema babi. Mungkin kerana bukan semuanya berpunca daripada babi. Semoga tuhan selamatkan kita semua daripada bala yang menimpa ini.

Sekarang dah mula nampak persekitaran yang kelabu di sekeliling kita.. Semua ini disebabkan JEREBU.

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Kejadian ini akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Ia jelas boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada :
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan [enyakit pernafasan lain
  • Perokok

Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah :
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah kesihatan anda ialah :
  1. Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap.
  2. Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  3. Kurangkan penggunaan kenderaan terutama motosikal
  4. Sentiasa basuh bahagian yang tersedah ; mandi
  5. Selalu minum air
  6. Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
plah: kalau dah sakit tu.. p lah jumpa dokto

KESAN SAYANG ANAK KU SAYANG

Tahniah dan syabas kepada semua semua yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan Program Sayang Anak Ku Sayang di Pusat Rawatan Halilintar, Pedas. Bahangnya semakin terasa khas buat HEM.. ( Lepas ni HEM boleh bukak CONSULTAN ler..) Sekolah-sekolah luar yang berhampiran semakin berminat dengan HEM dan program yang disusun. SYABAS !!!


video
Mak ayah nangis... anak-anak lagi ler.. NANGIS GILER.. (Sodeh den mandang eh..) Cikgu pun nangis.. Tak caye ? Nasib baik "cameraman" nangis tak dapat dirakamkan.. kalau tak, pecah rahsia
Apapun keadaannnya memang mengharukan.. sayu, hiba.. sedih, sumo ado .. Tengok clip tu yo..

Sekalung penghargaan terima kasih juga diucapkan kepada Prof. Ar. Dr. Asiah Abdul Rahim ( Mantan murid SK.Sepri) dari UIA yang sanggup datang dari jauh (KL) untuk bersama-sama dengan pelajar "Sayang Anak Ku Sayang". Semoga kehadiran beliau memberikan motivasi yang tinggi kepada setiap pelajar seterusnya menjadi IKON buat pelajar khasnya dari SK Sepri.

SK. Sepri mengharapkan lebih ramai lagi mantan SK.Sepri yang akan muncul dalam program dan aktiviti yang akan diadakan di masa hadapan.

plah : mano deh yang lain-lain nie

Wednesday, 5 August 2009

ANUGERAH SK.SEPRI

Orang Berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa.. "Terima kasih Guru Besar", ucapan daripada guru-guru yang menerima penghargaan daripada Boss.

video

Guru Besar SK.Sepri merasa sangat berbangga dengan komitmen dan usaha yang telah diberikan oleh guru-guru dalam menjayakan apa sahaja aktiviti di peringkat sekolah mahupun daerah. Anugerah yang diberikan adalah sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih daripada Guru Besar SK.Sepri.


plah: Den nak yang bosa

KURSUS BINA BAHAN BANTU MENGAJAR.

40 orang guru pendidikan Islam dalam Daerah Rembau telah terlibat di dalam kursus pembinaan BBm dan laman Web........SK Sepri menghantar 2 orang GPI iaitu Ustazah Jazimah dan Ustaz Rafai.
Memang tengah sibuk menyiapkan BBM...
Ust Rafai turut terlibat....gaya mcm pensyarah.....
Ust Jazimah sedang membuat BBM guna power point.......utk anak didik lah tu........


ps: Boleh lah buat blog sendiri............

Template by - Abdul Munir - 2010