Thursday, 30 July 2009

ALUMNI SK SEPRI ; Bukan salah ibu mengandung.

Tiada sambutan atau tidak diketahui? Itulah pesoalan yang timbul. Barangkali maklumat tidak cukup tersebar secara meluas lagi. Atau... adakah mereka yang telah menerima maklumat hanya mendiamkan diri sahaja atau sekadar bertanya di minda dengan soalan "Boleh ke ni ?"

Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab dalam urusan ini.. Seorang tu.. sahaja ke ?.. Apakah yang lain-lain tidak peka dengan perkembangan yang ada.

Bagaimana agaknya kita hendak mencari mereka yang memangnya dah lama tak ditemui ?
Bagaimana agaknya kita hendak melihat mereka datang sendiri dan dengan bangganya memberitahu ..."inilah sekolah aku dulu"
Bagaimana agaknya kita hendak mendapat sumbangan dan perhatian daripada mereka yang sememangnya sudah mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing?
Bagaimana agaknya persepsi mereka terhadap sekolah asal mereka ?

Barangkali mereka juga bertanya . Apakah kelebihan ALUMNI di SKSepri ?
Jawapannya... "Tepuk dada tanya selera"


ps : berita tak tersiar dalam surat khabar agaknya...


Wednesday, 29 July 2009

Mereka baru bemula.


PRA UPSR peringkat Negeri Sembilan baru saja bermula selama 3 hari mulai 28 JULAI 09 selaras di seluruh Negeri Sembilan. Guru Besar mengambil peluang memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar agar sentiasa berusaha untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Pencapaian dalam ppeperiksaan PRA UPSR ini menjadi kayu pengukur untuk melihat sejauh mana kekuatan dan pencapaian para pelajar. Namun kejayaan yang diperoleh selepas PRA hanyalah sementara sahaja kerana setiap individu akan ditanya tentang pencapaian UPSR (Ujian sebenar).

Wahai anak-anak,
Wahai murid-murid,
Kejayaan kalian merupakan kejayaan semua pihak. Oleh itu.. bangunlah.. Bangkit dari segala kelemahan yang ada.. Tunjukkan kekuatan anda. Jadikan dirimu (Pelajar Tahun 6) sebagai idola kepada adik-adik yang bakal mengikuti peperiksaan yang sama pada masa akan datang..

Buat ibu dan ayah,
Sama-samalah kita mendoakan mereka yang berjuang pada tahun ini semoga beroleh keputusan yang berupaya memecahkan rekod-rekod yang lepas.. amin. insyaAllah..

ps: cikgu pun suspen gak nie..

Monday, 27 July 2009

SANTAI MATEMATIK (SM seprian)

MENEKA TARIK LAHIR

Assalamualaikum, mari kita bersantai Matematik, walaupun idea ni dah lama, tapii.....saya (sm seprian) edit semula. So let's do it.

Ikut langkah di bawah untuk meneka tarikh dan bulan rakan anda lahir di samping memantapkan kemahiran mengira dan mencongak.

1) Minta rakan tulis bulan lahir cth:- bulan 2 (no 2 )
2) Darabkan bulan tersebut dengan 5 ( 2 x 5 = 10 )
3) Tambahkan jawapan dengan 6 ( 10 + 6 = 16 )
4) Darabkan jawapan dengan 4 ( 16 x 4 = 64 )
5) Tambah jawapan dengan 9 ( 64 + 9 = 73 )
6) Darab jawapan dengan 5 ( 73 x 5 = 365 )
7) Tambah jawapan dengan hari lahir, cth 5 ( 365 + 5 = 370 )
8) Akhir sekali jawapan ditolak dengan 165 ( 370 - 165 = 205 )

Maka tarikh lahir rakan anda 2 = bulan 2 dan 05 = hari ke-5, iaitu lahir pada 5 haribulan 2 (Feb)

ps: Ada masa cuba la, bukannya susah....

HAFIS TAWAN GUNUNG DATUK REMBAU

Pada 24 hingga 26, Julai 2009 unit beruniform Pasukan Pengakap S K Sepri Rembau telah mengikuti Program Perkhemahan Pengakap, seramai 11 orang murid dari sekolah ini telah mengikuti Perkhemahan Pengakap Daerah Rembau yang diadakan di kaki Gunung Datuk Rembau dan ketinggian Gunung Datuk hampir 2900 kaki. Pasukan Pengakap seramai 5 orang telah berjaya menawan Gunung Datuk yang menjadi kebangaan rakyat Rembau. Seramai 6 orang yang lain menjadi 'helper'.Tujuan utama perkhemahan adalah untuk memberikan 'Keris Perak' dan 'Keris Emas' kepada ahli pengakap.
Pendakian ke puncak merupakan aktiviti julung kali yang dapat dilakukan oleh ahli Pengakap SK Sepri. Hafis B. Md Katan (Tahun 4) adalah antara murid yang berjaya menawan Gunung Datuk. "Syabas" itulah ungkapan yang dapat diucapkan kepada Hafis daripada pemimpin Pengakap SK Sepri. Ucapan daripada blogger 'Hafis, you are the best! we are proud of you. Pesanan daripada guru pengiring Cikgu Z....."Berilah peluang kepada mereka dan SK Sepri Rembau boleh memperoleh kejayaan yang lebih daripada itu"

ps:Hafis mencipta 'rekod of SK Sepri'

Saturday, 25 July 2009

Guard dapat pondok baru.


Fu..yo... sikit lagi nak kena bumbung.. Ngeri melihat apa yang berlaku.. Tapi itulah kecekapan ang ditunjukkan oleh drebar yang expert tu..

Apa pun keadaannya, jaga sekolah dah dapat pondok kawalan yang baru. Pondok tu mungkin akan kekal disitu selamanya.. (selagi ada sekolah la kot). Hah.. Lepas ni.. pakcik jaga kenalah rajin bawa pelawat-pelawat yang datang untuk pergi ke pejabat dulu.. Jauh tu!.. kalau tak, dia orang sempat meronda dulu di sekeliling kawasan sekolah nanti.. "Boleh la tu.. biarlah kerja bersistematik sikit", kata HEM.

Cikgu-cikgu pun kenalah peka jugak.. Jaga tu bukan kenal semua orang. Pendek kata sesama la kita memerhatikannya.

Mato-mato : Ada sesetongah jaga tu tido yo kojo eh..

Friday, 24 July 2009

PEKA sana sini


Sekarang ni seluruh negara sibuk dengan pelaksanaan dan penyelarasan PEKA serta PLBS. SK.Sepri sudah tentu tak terkecuali. Tuan Mohd Razib b Jamaludin (Ketua Sektor, Sektor Peperiksaan dan Penilaian) bersama En Amran b Rasib(Penyelia) telah datang ke SK.Sepri pada 8 Julai 2009 yang lalu. Pelbagai fail yang berkaitan dengan pentaksiran yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains telah diselia. Turut hadir bersama dalam penyeliaan ini ialah Ketua pentaksir kawasan bagi setiap mata pelajaran. So.. far so good.. Rasanya no poblem.




En Mohd Yatim b Dolir, Ketua Pentaksir Kebangsaan (Sains-PEKA) telah datang pada 23 Julai dan meneliti fail-fail pengurusan khas bagi mata pelajaran Sains sahaja. Daripada perbincangan yang didengar oleh Ketua Pentaksi Negeri, tiada masalah PEKA di Sepri, cuma guru-guru perlu mahir dan menguasi "criteia" serta memahami prosedur penilaian yang dibuat.

KPN : Den dah koba dari dulu lae.. SPS mesti ujung jari..criteria pun camtu gak..

Thursday, 23 July 2009

Program Isra' dan Mikraj

Program Isra' dan Mikraj telah dijalankan pada 22 jun 2009 bertempat di dewan Sek.Keb Sepri yang melibatkan semua murid Islam Tahap 2. Program ini di anjuran oleh Panitia Pendidikan Agama Islam S.K.Sepri.
Antara Objektif ini ialah :

Menanamkan akidah murid tentang perkara-perkara sam'iyat.
Menanamkan kecintaan kpd Rasullullah S.A.W.
Melahirkan sikap kerjasama dalam menjayakan program keagamaan peringkat sek.

Penceramah jemputan ialah Ust Nasaruddin bin Ali dari Taman Pancor Jaya.

video video

Persembahan Kalam Jamaie daripada murid telah mendapat tepukan yang gemuruh dan mendapat pujian yang melambung-lambung(tak tercapai oleh akal doyan.....)

Terima Kasih kepada semua yg terlibat..........

paie : kombang doyan nengok eeeee

Tuesday, 21 July 2009

Kita Menang Lagi

YES!! Itulah ungkapan yang keluar dari mulut guru-guru SK Sepri khasnya guru J-QAF,KAP dan PAI setelah melihat kejayaan yang diraih oleh pelajar dalam Program Semaian Wahyu J-QAF-KAP Peringkat Daerah Rembau (Kali ke-3). Guru Besar yang turut hadir berkata,"Saya berasa sangat bangga dengan kejayaan ini. Ini yang kita mahu. Kejayaan ini merupakan kejayaan kita semua. Syabas kepada semua."
Program berkenaan telah diadakan pada :
Tarikh : 18 Julai 2009
Hari : Sabtu
Tempat: SK Kota.

Kejayaan SK.Sepri : Johan Tilawah Al-Quran Tahap 1
Adik Nabilah Raihanah

Johan Kuiz Tahap 2
Shafiqah, Syakirah dan Zuhairi.


Guru yang turut sama mengiringi pelajar ialah Cikgu Nurfadhilah dan Cikgu Atiqah

SYABAS BUAT SEMUA

#*# Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Sunday, 19 July 2009

Mereka di SK.Sepri 2010







EN RAMLAN BIN HJ. RAMLY
Guru Besar (24 Mei 2009)






EN MOMD TAUFIK B AB SHUKOR
GPK Akademik
Guru Bahasa Inggeris






EN HANAPIAH B EMBOT
GPK Hal Ehwal Murid
Guru Bahasa Melayu








EN KAMIL NORZIAN B MOHD ALI
GPK Ko-Kurikulum
Guru Bahasa Melayu











EN ABDULLAH BIN HARUN
Guru Cemerlang Sains












PN ROHAIDA BT MOHD DOM
Guru Bahasa Melayu










PN SURYATI BT ASHAARI
Guru Bahasa Melayu












EN ZAKARIA BIN MD. SALEH
Guru Cemerlang Matematik













PN NORLITA BT JAAFAR
Guru Bahasa Melayu / Sains









EN YAHAYA BIN AHMAD
Guru Sains/Muzik/Moral














PN NORLEZA BT MD YASSIN
Guru Matematik/Muzik












PN NUROL AMIRAH BT SAHARI
Guru Pendidikan Agama Islam













EN MOHAMMAD YAZID BIN MOHAMMAD SALEH
Guru Bahasa Melayu/PJK













EN MUHAMAD B ABDUL MANAP
Guru Matematik










                                               

EN MOHD RAFAI BIN ISMAIL
Guru Pendidikan Agama Islam







CIK NORHASLINDA BT ZAINAL ABIDIN
Guru Media









PN RAHAZREEN BT BAHARI
Guru Bahasa Melayu / PJK/ Kajian Tempatan




                                           



PN SHARIFAH AKMAL BT SYED JA'AFAR
Guru Kemahiran Hidup / B. Melayu












PN MULIANA BT ABANG
Guru Pendidikan Pemulihan Khas








                                          





PN MASITA BT MOHARAM
Guru Pendidikan Agama Islam(j-QAF)













PN NOORAZLINA BT MOHD NOOR
Guru Pendidikan Agama Islam(j-QAF)
















PN JAZIMAH BT TALIB
Guru Pendidikan Agama Islam(j-QAF)











PN SUHAYA BT RAMLI
Guru Bahasa Inggeris














PN ROSIDAH BT MD.TAHIR
Guru Matematik











PN HARYANI MASRINA BT MAS'UD
Guru Sains/Bahasa Inggeris
















PN HARLINI BT MOHD SALLEH
Guru Bahasa Inggeris










EN NOR AZMAN B MD. NOR
Guru Bimbingan dan Kaunseling











PN ZALINA BT ALI
Pembantu Tadbir




EN HIDZIR BIN OTHMAN
Pembantu Am Rendah







EN BAHAR BIN PILUS
Pembantu Rendah Awam






EN. MOHD. RAUS BIN IBRAHIM
Pembantu Rendah Awam
































Template by - Abdul Munir - 2010