Tuesday, 30 June 2009

LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN SEPRI

SK.Sepri namamu,
Tempat menimba ilmu.
Visi dan misi sekolah kita,
Akan dikecapi bersama.

Berdisiplin tunjang kita,
Dedikasi amalan semua.
Membina insan yang berilmu,
Agar kita hidup lebih maju.

Demi keutuhan,
Cogan kata kita.
SETIA, USAHA, JAYA.
SKS kebanggaan kita.

Lencana SK.Sepri, Rembau



A. LAMBANG

Obor : Melambangkan sukan, permainan dan kokurikulum.
Buku : Melambangkan Akedemik dan Kurikulum.
Gear : Melambangkan Sains dan Teknologi.
Bunga Padi : Melambangkan pertanian yang merupakan sosio ekonomi penduduk tempatan.

B. WARNA

Merah : Berani menghadapi cabaran.
Hijau : Sentiasa segar dan sedia menerima ilmu dan pendidikan.
Kuning : Setia kepada raja, pemimpin dan negara yang berdaulat.
Hitam : Tabah dan cekal menghadapi segala dugaan.
Putih : Suci dan bersedia menerima segala pembaharuan berkaitan dengan pendidikan.

Pengasas Sekolah Kebangsaan Sepri, Rembau.

Sekolah Kebangsaan Sepri ditubuhkan da digunakan sepenuhnya pada 15 november 1910 dengan nama asalnya iaitu Sekolah Melayu Sepri. Pengasas yang menubuhkan sekolah ini secara individu tidak ada melainkan penubuhannya lebih kepada permuafakatan penduduk kampug disamping pernanan penting yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin masyarakat dikala itu seperti datuk-datuk lembaga, adat, penghulu, ketua kampung dan juga peranan dari pejabat pelajaran negeri.

Secara umumnya penubuhan sekolah ini lebih kepada saranan yang dikeluarkan oleh Almarhum Tuanku Muhammad Ynag DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-7 yang menekankan perihal pentingnya ilmu dan pendidikan dikalangan anak-anak Melayu. Satu rang undang-undang telah diluluskan pada 1891 di Sungai Ujung, dimana semua kanak-kanak lelaki Melayu berumur 7 hingga 14 tahun dikehendaki mendaftar dan menghadiri sekolah. Rang undang-undang ini kemudiannya telah dikuatkuasakan ke seluruh Negeri Sembilan pada tahun 1900.

Bagi mematuhi rang undang-undang ini maka Sekolah Melayu Sepri ditubuhkan dimana ada peringkat awal penubuhannya pada 15 November 1910, cuma terdapat 79 orang murid sahaja yang menuntut di sekolah ini disamping empat orang tenaga pengajar yang terdiri daripada empat orang guru lelaki termasuk seorang guru besar.

Guru-guru tersebut ialah:

Guru Besar : Encik Md. Kasim
Guru Penolong : Encik Mohd. Noh Bin Shawal
: Encik Abd. Hamid Bin Ibrahim
: Encik Mohd. Sa'id Bin Haji Hassan

Sejarah SK.Sepri Rembau

Nama sekolah ini pada asalnya ialah Sekolah Melayu Sepri yang kemudiannya dinamakan Sekolah Kebangsaan Sepri sehingga kini. Dari faktor sejarah nama sekolah ini diambil daripada nama sebuah kampung di mana sekolah ini didirikan iaitu Kampung Sepri. Kampung Sepri pula mengikut masyarakat setempat adalah dari panggilan "pari-pari", sejenis makhluk halus.

Sekolah Kebangsaan Sepri adalah gabungan daripada dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sepri dan Sekolah Kebangsaan Ulu Sepri. Murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Ulu Sepri mula dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Sepri pada 10 Januari 1960 seramai 34 orang murid Tahap 2. Pada 1 Februari 1972 seramai 15 orang murid tahap 1 pula di arahkan berpindah mengikut arahan surat Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan iaitu Bil.(31)dlm.JPNS 132/ISJ 283.

Saturday, 27 June 2009

Perjumpaan Program Bacaan Yassin.


Majlis Bacaan Yasin akan diadakan pada :
Tarikh : 19 Ogos 2009 (RABU)
Masa : 7.00 mlm
Tempat : Masjid Kariah Tg Berangan, Sepri
ATURCARA : 1. Solat Maghrib berjemaah
2. UcapanYB Tuan Zaiful Bahri b Idris
(ADUN Kawasan Chembong, Rembau)
3. Ucapan YDP PIBG
4. Majlis Akad Ilmu
5. Bacaan Yassin
6. Solat Isyak berjemaah.
7. Solat Hajat berjemaah
8. Jamuan
"MARI DATANG BERAMAI-RAMAI MENGIMARAKKAN MAJLIS"







Gambar-gambar Sekolah Kebangsaan Sepri.

Persekitaran sekolah.

Pondok ilmu


Landskap Kemahiran Hidup


Landskap di kantin


Kraftangan pelajar sekolah


Kolam ikan


Balai ilmu








Para pelajar

Aktiviti di dalam kelas.


Suasana di kantin


Pelajar dan guru-guru ketika waktu rehat


Suasana di dalam kelas


Pelajar yang rajin dan berdaya saing

Visi dan Misi SK.Sepri Rembau

VISI SEKOLAH:

Melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan serta berkesanggupan berkhidmat untuk agama, masyarakat dan negara selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

MISI SEKOLAH:

1. Mewuujd, membina dan mengekalkan budaya belajar yang bersistematik.

2. Mempertingkat dan mengekalkan budaya disiplin dan sahsiah pelajar gemilang.

3. Membina reputasi akademik dan kokurikulum yang gemilang terbilang.

4. Mewujudkan dan mempertingkatkan persekitaran sekolah yang kondusif dan harmoni.

Guru-guru SK.Sepri 2008






Template by - Abdul Munir - 2010