Thursday, 31 December 2009

HAPPY NEW YEAR 2010


MULAKAN AZAM BARU DAN TINGKATKAN PRESTASI DIRI SERTA TERUSKAN PERJUANGAN...

Disiplin & Kaunseling

.
DISIPLIN selalu disalah tafsir sebagai lawan kepada KAUNSELING. Begitulah sebaliknya. Sehubungan itu, guru disiplin selalu diberi stigma negatif sebagai seorang guru yang garang , tak pernah senyum, sentiasa memegang rotan dan tiada tolak ansur. Sebaliknya Kaunselor pula digambarkan sebagai seorang yang lebih positif: lemah lembut, mesra pelajar dan begitu bertolak ansur.
.
Benarkah kaunseling berbeza dengan disiplin?
.
Benarkah disiplin sentiasa versus kaunseling, begitu juga sebaliknya?
.
Salah tafsir ini selalu menimbulkan hubungan yang kurang selesa antara guru disiplin dan kaunselor. Bagi guru disiplin, mereka menyangkakan kaunselor terlalu memanjakan pelajar sehingga pelajar naik lemak. Bagi guru disiplin, pelajar perlu dihukum supaya mereka serik dan berasa takut. Kaunseling seolah-olah satu pendekatan memberi muka yang terlampau banyak kepada seseorang pelajar. Mereka tak kan berubah, kata guru disiplin. Sebaliknya kaunselor pula selalu melihat cara yang dilakukan oleh guru disiplin itu tidak manusiawi, terlampau keras bagi remaja yang sedang membesar dan boleh menyebabkan pelajar yang selalunya menghadapi masalah di rumah akan bertambah parah.
.
Pada saya kedua-dua disiplin dan kaunseling diperlukan di sesebuah sekolah. Kaunseling dan disiplin adalah umpama sekeping duit syiling yang mempunyai tiga permukaan. Permukaan disiplin, permukaan kaunseling dan permukaan yang ketiga yang sungguhpun kecil tetapi penting iaitu kesamaan dan darjah tolak ansur antara kedua-duanya.
.
Guru kaunseling dan guru disiplin wajar memperkukuh hubungah antara mereka, lebih kerap berbincang semeja demi kebaikan anak-anak mereka. Kaunseling dan disiplin saling memerlukan dalam memastikan peraturan sekolah dipatuhi dan sekolah berada dalam keadaan tenang dan selamat untuk belajar. Tindakan yang diambil oleh guru disiplin bukanlah lebih betul daripada tindakan yang diambil oleh guru kaunseling. Begitu juga tindakan guru kaunseling bukanlah lebih lemah daripada tindakan guru disiplin.
.
"Bukanlah yang keras itu semua disiplin dan yang lembut itu semuanya kaunseling"
.
Pada saya kaunseling atau disiplin kedua-duanya boleh mengambil kedua-dua jenis jalan ini sama ada keras atau lembut. Jika pelajar boleh berubah dengan hanya nasihat, guru disiplin mungkin boleh menasihatinya sahaja, bukannya menyerahkan tugas menasihat itu kepada guru kaunseling. Begitu juga kalau pelajar itu telah dikenal pasti hanya akan berubah dengan marah dan dendaan, maka guru kaunseling pun tidak salah untuk melakukannya. Tak perlulah serahkan kepada guru disiplin untuk memarahi atau mendenda mereka.
.
"Yang penting pelajar harus didorong untuk melaksanakan perubahan ke arah kebaikan diri mereka sendiri"

PS: semanagat setelah dilantik jadi guru disiplin {kena ada 2 watak.....keras dan lembut...eemmm aaw....tak reti I}

Berhati2 dengan kasut kulit

Kepada yang nak beli kasut, harap berhati hati kerana ada kasut kulit yang dihasilkan dari kulit babi. Nak bezakan senang je. Liang bulu dia berbentuk segitiga. Kalo liang bulu dia ada segitiga tu, jangan la penang dan belek belek lagi. Pergi la ke kedai lain.

Bahkan kasut BABY dah jadi kasut BABI. Bahaya betul. Siap ada resit lagi. Kedai kat SOGO. Jadi berhati hati nak beli kasut kulit ye. Tengok dulu bentuk liang roma bulu dia samada ia bentuk segitiga atau tak. Kalo tak, beli la. Kalo ya, jangan pulak dibeli dan buat melaram.

kasut babi

kasut babi

kasut babi

kasut babi

kasut babi

Wednesday, 30 December 2009

Tuesday, December 29, 2009

Babiri

Saya tertarik satu email yang dihantar kepada saya tentang produk yang haram tetapi laku dipasaran kerana agenda tersenbunyi sesetengah pihak. Dan satu benda yang menarik minat saya ialah gambar babi aka khinzir generasi baru iaitu kacukan babi dan biri biri. Sebab itu saya namakan ia BABIRI. hohoho

babiri

babiri

Isu babi menjadi isu panas di Selangor. Harap Malaysia takde la baka ni. Ingatkan biri biri rupanya babi. hohohoho.. Bahaya bangat ni. Entah apa lagi yang diorang akan kacuk nanti dengan binatang tu. Bulu dia tu munkin dibuat pakaian kita pulak nanti. Yela, tulis bulu biri biri, tetapi babiri punya bulu daa..

Maknanya bulu BABIRI ni boleh dimesin untuk jadikan pakain sebagaimana bulu biri biri. Sebelum ni mana ada lagi yang seangkatan dengan biri biri. Hari dah ada dah. Jadi berhati hati la ye.

Ekor dia pun dah tak berpusar sebagaimana babi yang asal. Entah apa lagi yang diorang kacukkan nanti. Babi + Kambing = Bambing, Babi + Lembu = Bambu, Babi + Kerbau = Barbau. Agaknya kalo nak daging banyak, kacuk dengan gajah jadi la BAJAH. :p

Macam macam la sekarang ni ye..

candid masa mesyuarat guru bagi kali 1/2010

GB tengah....cikgu Kamil buat pe la tu...ish ish...

ni dk dgr ke tido...yg sebelah pula ingat anak ko...

Z: Ustaz...dgr tu GB ckap pe..
Ustaz: Biar la..den nak habiskan jeruk ni..x thn den tgk jo..melelih air liur..


sedapnye Z jeruk ni....

anak nak sekolah.....bayar astro.....bil air...bil api....bil talipon....tnet...poning ese......
tgk jari saye ni....ha...tgk betul2...tengok...tengok sampai besok....he..he...he...

korang tengok tangan saye ni.....saye boleh buat pelbagai bentuk...hah tgk ni kuda laut........
zzzzzzzzzzz........zzzzzzzzzzzz.........zzzzzzzzzzzzzzz......................zzzzzzzzzzzzzzzz...................zzzzzzzzz lantak korang la....kuda laut ke...kuda hutan ke...kuda2 ke...tupai2 ke..langit2 ke..pepatung ke.....aku ngantuk ni...zzzzz...zzzz...zzzz

Monday, 28 December 2009


Tuesday, 22 December 2009

SK Sepri terus berubah menyambut 2010

Sekolah Kebangsaan Sepri terus berubah mengikut
pengubahsuaian dan penambahan yang dirancang untuk 2010

Kerja-kerja pengubahsuian terus dijalankan.


Bahagian tepi makmal ICT dan garaj kereta turut
berubah dari sturktur yang asal


Bangunan 2 tingkat yang didirikan
bersebelahan kelas Tahun 1 dan Tahun 2

Saturday, 19 December 2009

Sahabat

Ciri-ciri seorang sahabat yang baik

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


1)Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;


2)Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;


3)Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;


4)Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;


5)Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;


6)Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;


7)Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;


8)Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;


9)Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;


10)Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;


11)Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;


12)Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;


13)Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;


14)Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:


1)Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


2)Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


3)Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.


4)Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.


Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.


Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Fikir Sejenak....

  • Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
  • Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  • Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Thursday, 17 December 2009

20 Tahun Menunggu...

Akhirnya....
Malaysia Juara Bola Sepak dalam Sukan Sea Loas..
TAHNIAH!!!!

Wednesday, 16 December 2009

Doa Akhir dan Awal Tahun

Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...
**Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun.
Doa Awal Tahun
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu. Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...
**Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.

Maal Hijrah 1431H

Sunday, 13 December 2009

Tokoh SK Sepri 2009

Tokoh murid 2009



Tokoh Guru 2009


plah : Syabas yang berjaya mendapat anugerah... Yang belum dapat tu... cari la peluang 2010 plak

Monday, 30 November 2009

SK.Sepri ... 30 November 2009



Friday, 27 November 2009

Salam AidilAdha

Thursday, 26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Berkorban menegakkan kalimah tauhid




Ketibaan Aidiladha mengingatkan kita kepada kata-kata Saidina Umar al-Khattab yang mengungkapkan bahawa;

"Sesungguhnya al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan, lalu ia disambut dengan Aidilfitri. Manakala hari penurunan terakhir al-Quran pula, ialah pada bulan Zulhijjah, ketika Rasulullah s.a.w menunaikan ibadah haji yang terakhir (haji wada'), maka ia disambut dengan Aidiladha."

Ungkapan ini memberi maksud bahawa Aidiladha merupakan suatu perayaan yang agung dalam Islam. Menyambut Aidiladha, bukan sekadar dengan mengorbankan binatang ternakan.

Malah sebenarnya Aidiladha adalah sambutan merayakan syumulan Islam sebagaimana firman Allah yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w, mafhumnya:

"Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmat-Ku ke atas kamu, dan aku hanya reda dengan Islam sahaja satu-satunya agama kamu." (Surah al-Maidah, ayat 3).

Apabila umat Islam diajak menyambut Aidiladha sebagai hari kesyumulan Islam, maka umat Islam mestilah memahami maksud sebenar ayat yang diungkapkan pada haji wada' itu, bahawa hanya Islam satu-satunya cara hidup yang lengkap dan sempurna.

Cara hidup yang lengkap dan sempurna bermaksud, Islam yang diimani ini, mestilah dihayati dan diamalkan dalam segenap aspek kehidupan, mencakupi akidah, syariat, siasah (politik), ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, perundangan, akhlak dan sebagainya.

Islam yang kita anuti ini, bukanlah hanya sekadar ibadah ritual sahaja, ia mestilah dijelmakan kefahamannya dalam semua aspek yang dinyatakan di atas.

Apabila kita menerima Islam, kita mestilah menerima dengan sepenuhnya. Kita mesti mengikut cara Islam tatkala kita berpolitik, menjalankan ekonomi secara Islam, beramal dengan undang-undang Islam, mendidik masyarakat dengan ilmu dan nilai Islam serta menyuburkan Islam dalam semua aspek kehidupan.

Maka dengan mengamalkan ajaran Islam secara syumul itu, semua kita akan selamat.

Di setiap Aidiladha, kita disyariatkan untuk mengungkapkan kalimah tauhid, empat hari empat malam, bermula pada waktu maghrib 9 Zulhijjah sehingga pada asar 13 Zulhijjah.

Antara perisytiharan dalam kalimah tauhid yang diungkapkan pada lafaz takbir ialah (mafhumnya):

"Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan kami sama sekali tidak akan mengabdikan diri melainkan hanya kepada-Nya, dengan ketaatan setulus hati (mukhlisin), walaupun dibenci oleh orang-orang kafir."

Kalimah tauhid ini membawa erti yang cukup besar, iaitu dengan jelas berulang-ulang kali kita menyatakan bahawa ketaatan kita, hanya kepada Tuhan Yang Esa.

Ketaatan dengan mengamalkan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

Ketaatan membawa maksud mematuhi segala tuntutan Allah di dalam al-Quran dengan mendaulatkan seluruh sistem hidup melalui syariat-Nya.

Justeru bersempena Aidiladha ini, kita tidak hanya menghayati ibadah korban, hanya dengan menceritakan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s, sekadar menyembelih binatang ternakan.

Tetapi kita mesti menghayati spirit atau roh pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, dengan mengetepikan seluruh kepentingan duniawi serta mengetepikan kepentingan diri dan keluarga, demi untuk mematuhi arahan Allah.

Maka dengan ini, marilah sama-sama kita menjelmakan semangat korban ini dengan mencontohi perjuangan para Anbiya, mengetepikan segala kepentingan, sanggup bersusah payah, demi menegakkan kalimah tauhid yang suci.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.


Cinderella vs Hang Tuah

Gambar pertama..........................
Gambar kedua...................................
Gambar ketiga.......................{isyarat tangan tanda bagus} he..he..he..he..

Cinderella vs Hang Tuah

Siapakah Cinderella dan siapakah Hang Tuah ? Jika persoalan ini ditanya kepada generasi sekarang, mereka lebih mengenali Cinderella daripada Hang tuah. Hakikatnya Cinderella bukan cerita kita. Sebaliknya cerita ini ialah cerita daripada luar manakala Hang Tuah pula merupakan cerita lagenda daripada Melaka.

Cerita rakyat Melayu atau 'Malay Folktale' Cerita lagenda merupakantidak begitu popular di kalangan generasi Malayu sekarang. Terdapat 4 kategori cerita rakyat Melayu iaitu cerita lagenda, cerita hantu, cerita mitos dan cerita penerangan. Cerita lagenda merupakan cerita yang disokong dengan fakta dan bukti yang kukuh. Mari kita ambil contoh yang agak mudah iaitu Hang Tuah. Masyarakat Melayu sekarang lebih gemar bercerita tentang Cinderella kepada generasi sekarang. Selain itu lagenda Mahsuri juga merupakan carita rakyat Melayu yang semakin dilupakan.

Masyuarakat Melayu sekarang lebih obses untuk mendengar cerita-cerita hantu seperti Hantu Pocong, Hantu Raya an Pontianak. Cerita rakyat dalam kategori ini lebih kepada cerita tentang hantu yang mengganggu manusia. Kategori yang ketiga pula ialah cerita mitos atau cerita dongeng masyarakat Melayu. Antara yang begitu popular satu ketika dulu ialah Sang Kancil Yang Bijaksana dan Pak Pandir. Mungkin ramai yang tidak mengetahui baha Pak Pandir telah dipentaskan di Istana Budaya. Ini merupaka salah satu daripada promosi dan mempopularkan cerita rakyat Malayu. Selain itu, Sang Kancil Yang Bijaksana juga pernah ditayangkan untuk memberi pengajaran kepada generasi muda. Biasanya cerita mitos ini tidak realistik dan menggunakan haiwan serta manusia sebagai watak utama. Kategori yang terakhir ialah kategori penerangan iaitu cerita di sebalik nama. Contohnya cerita disebalik Gunung Ledang dan cerita disebalik Pulai Dayang Bunting. Cerita-cerita ini dikategorikan sebagai cerita rakyat Malayu.

Dengan penjelasan ini adalah diharapkan generasi sekarang menghargai cerita kita daripada cerita dongeng luar.


plah : artikel dipetik oleh seorang pelajar Tahun 6


Wednesday, 25 November 2009

Rombongan 48 jam.

Cikgu Kamil mengetuai perjalanan ke Kelantan..


Sarapan pagi di Genting Sempah..



di tepi Sungai Kelantan.. air mula melimpah.



Makan malam di Kota Bharu.. siakap 3 rasa memang best!

Sempat melawat Wakaf Che Yeh..terbang juga dua tiga ratus..
terserempak Cikgu Harlini di sini..
di Pasar Siti Khadijah..

Selamat Pengantin Baru.





Tahniah kepada Puan Noorazlina bt Mohd.Noor.
Semoga kekal bahagia hingga ke anak cucu.


Tuesday, 24 November 2009

Pelajar 5 A UPSR



Keputusan pelajar yang mendapat 5A UPSR
oleh Guru Besar SK Sepri.


plah : mako suko la.. omak dan ayah.

SELAMAT MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN

SELAMAT PENGANTIN BARU
USTAZAH NOORAZLINA DAN SUAMI

Persembahan Pelajar


Persembahan oleh :
Khairun Nasreen dan Balqis Aqilah




Persembahan oleh :
Pelajar Tahun 5 Dinamik

Selamat Hari Lahir Pn Rohaida




Monday, 23 November 2009

Apa kata mereka



Ucapan Harapan







Ucapan Wakil PPD Rembau

DIARI UCAPAN HARI ANUGERAH









plah : Cubo-cubo la dongar ucapan tu...

Sunday, 22 November 2009

Banjir


Banjir di Kelantan, Terengganu makin buruk.


Allah selamatkan kamu......Allah selamatkan kamu....Allah selamatkan konvoi kamu...Allah selamatkan kamu.......

Ps:Kepada geng2 konvoi ke rumah mek na mudah2an tak tersangkut dalam banjir..amin....





Program Berkhatan Beramai-ramai.


Sebahagian murid SK.Sepri turut menyertai Program Berkhatan Beramai-ramai yang dianjurkan oleh JKKK Chembong Halt pada hari Sabtu, 21.11.2009. Program tersebut disempurnakan oleh ADUN Kawasan Chembong, YB Saudara Zaifulbahri Idris. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua warga SK.Sepri di dalam ucapannya di atas pencapaian UPSR baru-baru ini.

Saturday, 21 November 2009

Selamat Hari Lahir Cikgu Noorazlina

Friday, 20 November 2009

Kalau ke Kelantan..


Kelantan Darul Naim merupakan negeri yang bersepadanan dengan Siam. Selain keunikkan pertuturan yang berlainan, negeri ini turut mempunyai nilainya yang tersendiri. Bagi merasai kehidupan harian di Kelantan, Pasar Besar Siti Khadijah yang dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Buluh Kubu ada menyediakannya. Kebanyakkan peniaga – peniaga di pasar ini adalah terdiri daripada kaum wanita. Pasar yang mempunyai 4 tingkat dan berbentuk 8 segi ini menyediakan pelbagai jenis barangan basah mahupun kering. Makanan yang disedakan juga merupakan makanan yang tersohor di Negeri Kelantan yang mungkin tidak terdapat di tempat lain. Selain itu, untuk mendapatkan hasil kraftangan, cenderahati dan kenangan di Kelantan Bazar Buluh Kubu yang bersebelahan dengan pasar ini ada menyediakan.

Pantai Cahaya Bulan merupakan tempat yang terkenal di Kelantan. Pantai ini turut mempunyai nilai sejarah di mana ia merupaka tempat mendarat tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua. Dahulu, pantai ini dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi yang dikatakan diberi nama oleh seorang askar British. Pemandangan pantai ini begitu menarik kerana terdapat deretan Pokok Ru dan Pokok Kelapa di sepanjang pantai. Dalam perjalanan ke pantai ini, pengunjung akan melalui Pekan Melayu Tradisional dimana terdapat hasil seni seperti Batik, Songket dan banyak lagi. Hasil – hasil tangkapan laut yang segar boleh didapati di Pantai Tok Bali. Hasil tangkapan oleh nelayan tempatan akan dijual di kawasan ini dengan harga yang berpatutan.

Manakala, bagi kawasan tanah tinggi pula, Gunung Chamah merupakan kawasan yang sesuai bagi mereka yang gemar menjelajah hutan. Gunung yang penuh dengan nilai perubatan ini mempunyai ketinggian 2,171m. Perjalanan ke gunung ini mengambil masa yang lama dengan perhubungan terdekat adalah dalam 40 – 50 Km. Biasanya, perahu digunakan untuk ke gunung ini dan mengambil masa selama 3 jam dan melalui Tasik Temenggur. Tasik ini merupakan tasik buatan yang dibentuk pada 1970-an. Lata Rek pula adalah kawasan air terjun yang popular di Kelantan. Di kawasan ini biasanya akan diadakan aktiviti perkelahan dan perkhemahan.

Tidak jauh dari Kota Bahru terdapat beberapa rumah ibadat yang mempunyai rekabentuk kesenian. Tokong Wat Tikumtum mempunyai satu patung yang tingginya 16m. Kebiasaanya kawasan ini dimeriahkan dengan Perayaan Kertip dan Perayaan Songkhlam setiap tahun. Selain itu, di Tokong Wat Pothrihan memiliki patung sepanjang 40m dan merupakan antara yang terbesar di dunia. Ia mengambil masa selama 6 tahun untuk menyiapkannya. Bagi nilai kebudayaan yang terdapat di Kelantan boleh dilihat di Gelanggang Seni. Pesembahan yang boleh ditonton adalah seperti Dikir Barat, Rebana Ubi dan Wau Bulan.




Template by - Abdul Munir - 2010